Bab 69 🥀🖤

1.5K 94 14
                                    

PADA malam itu, Nadine hanya renung telefon milik Emir yang masih berupa. Hanya ada sedikit saja calar dan retak di skrin telefon itu.

Tiba-tiba hatinya tergerak ingin membuka telefon itu mahu melihat isinya. Pasti di dalam telefon ini ada banyak memori dia dan Emir. Banyak gambar-gambar mereka bersama. Tanpa membuang masa butang kecil di tepi telefon di tekan dan gambar nikah mereka muncul di skrin.

Nadine mengusap wajah Emir yang ada di skrin telefon itu. Melihat senyuman Emir, dia juga tersenyum namun perit. "A-abang..."

Nadine menggesel skrin ke atas untuk sampai ke home page, namun sejurus dia menggesel skrin ke atas, telefon ini terus menunjuk pada voice recorder. Dahi Nadine sedikit berkerut melihat banyak rakaman suara di dalam itu. Bila digesel sehingga ke bawah memang sangat banyak. Mungkin ini rakaman suara untuk kerja-kerja Emir sebelum ini.

Tanpa sengaja, jarinya tertekan salah satu dari rakaman suara itu. Dan suara mula keluar dari speaker telefon. Nadine hanya diam sambil mendengar suara garau itu.

"Nur Aisyah..."

Tubuh Nadine sedikit mengeras apabila namanya disebut dengan penuh lembut oleh suara garau itu. Ini... Suara Emir!

Nadine diam menanti sambungan. Hati yang sudah berdebar hebat dia cuba endahkan untuk mendengar rakaman suara Emir. Tanpa sedar dia mencengkam kuat telefon milik Emir.

"Hari ini, Emir sudah memiliki Nur Aisyah sepenuhnya. Tak sangka... Allah SWT sudah satukan kita pada hari ini. Emir ingatkan kita memang tak dapat bersama dari awal lagi tapi Tuhan berkata lain kan?" Tawa kecil Emir kedengaran setelah itu. Sangat syahdu.

"Emir rasa Emir adalah orang yang paling bahagia hari ini. Saat Emir lafazkan nama Nur Aisyah binti Abdullah, Emir rasa dunia ini seperti milik Emir seorang. Setelah bertahun... Emir dapat Nur Aisyah seutuhnya. Sayang... Percayalah, apabila lafaz saja akad nikah bersama nama Nur Aisyah, Emir sudah bersumpah dan berjanji atas nama Allah SWT untuk menjaga permaisuri hati Emir seorang ini."

"Emir bersyukur ke atas hadrat ilahi yang memberi peluang untuk Emir bahagia bersama orang yang Emir sangat cinta. Bila Emir bahagia, Emir juga berharap isteri Emir bahagia. Emir tak nak bahagia seorang diri. Emir nak bahagia bersama isteri Emir."

"Terima kasih Nur Aisyah. Terima kasih sudi menjadi peneman hidup Emir. Emir sayang isteri Emir, Nur Aisyah."

Nadine mengemam bibirnya membiarkan air matanya menitis setelah rakaman suara itu terhenti. Suara lembut dan halus Emir sangat menyentuh hatinya. Entah bila Emir merakam suara ini dia pun tidak tahu. Apa yang penting sekarang ini dia terharu. Dia terharu mendengar suara itu. Suara yang dia rindui.

Nadine cari lagi rakaman suara secara rawak dan menekannya.

"Nur Aisyah... Allah! Betapa beratnya hati Emir nak tinggalkan isteri Emir ini dekat kampung. Dalam perjalanan ini, Emir rasa tiada semangat langsung mahu memandu. Fikiran Emir hanya teringatkan isteri Emir." Dan saat ini juga Nadine tahu, pasti Emir merakamkan suara ini saat dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

"Emir minta maaf sayang... Emir tak berniat nak tinggalkan isteri Emir ini sendiri. Emir harap Nur Aisyah dapat faham kerja Emir. Hahaha... Jenuh betul Emir nak pujuk isteri Emir tadi. Sampai ke sawah padi ya isteri Emir ini lari?"

"Tapi tak apalah... Sejauh mana Nur Aisyah pergi, Emir akan kejar. Sejauh mana pun Nur Aisyah merajuk, Emir akan pujuk tanpa ada rasa penat. Asalkan isteri Emir bahagia, Emir akan sanggup buat apa sahaja." Dan Emir tiba-tiba tergelak kecil lagi.

"Emir teringat pula pada malam isteri Emir tak boleh tidur itu. Isteri Emir ini tak mengalah untuk kejut semata-mata sebab nak cakap dia panas. Tapi boleh pula Emir balas 'I know.'" Diam. Nadine tersenyum nipis kerana dia terasa Emir juga sedang tersenyum saat merakamkan suara ini.

Mrs. Emir Luthfi Where stories live. Discover now