01 [EDIT]

3.9K 189 4
                                    

"ADIK BANGUN, KAU DAH LAMBAT PERGI SEKOLAH"

Pintu bilik Elyna dihempas kuat dari luar, "Adik bangun!, hari ini hari pertama sekolah, kau lambat aku tinggal kau, tak nak aku datang lambat waktu hari pertama" bebel Abang keduanya, Ayden.

Elyna hanya buat-buat tidak mendengarnya. Kemudian selimutnya ditarik Ayden, kuat sehingga selimutnya jatuh ke lantai.

Elyna menggeliat dan terus bangun bersila di atas katil masih memejam mata, rambutnya kusut dah macam rambut singa liar dekat hutan.

"Adik, kau bangun sekarang, kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?" Ujar Ayden.

Elyna melihat jam digitalnya di atas meja tepi katil, selepas melihat jam itu, mata Elyna meluas kerana jam sudah menganjak pukul 6:30 pagi.

Alamak! Dah lambat.

Elyna laju menurun katil dan terus masuk ke bilik air untuk bersiap ke sekolah.

        ...

SAMPAI sahaja di sekolah, Elyna menguap sambil kaki jalan menuju ke dewan perhimpunan.

Zavira satu-satunya kawan baik Elyna sedang berjalan di belakang memandang kawannya yang dah macam panda sesat datang sekolah ini.

"Na, kau tidur pukul berapa semalam?" Kata Zavira.

Elyna memandang Zavira yang sedang berjalan laju sedikit untuk berdiri di sebelah nya.

"Aku tidur pukul 11 lah, macam biasa"

Zavira senyap memandang Elyna pelik, tidur awal pun mengantuk lagi ke minah ni? Bisik Zavira di dalam hati.

Ketika kedua gadis itu berjalan menuju ke tapak perhimpunan Elyna terlanggar seorang lelaki yang memakai baju biru.

"Sorry" Cepat Elyna meminta maaf lelaki itu tanpa memandangnya dan terus berjalan ke barisan kelasnya.

"Na, kau tahu tak siapa yang kau langgar tadi?" Zavira bisik di telinga Elyna, Elyna hanya mengangkat bahu tidak kisah hal tadi.

"Itu Eriq, kucing!" Bisik Zavira lagi di telinga Elyna supaya tidak didengar orang lain.

Adrian Eriq, rupanya sangat kacak, matanya yang berwarna hazel, pendiam, pandai, kaya dan Eriq ialah ketua pengawas MPM, tidak terkejut lah kalau ramai orang sukakannya di sekolah itu.

Mak dan ayah Eriq merupakan kawan sekerja mummy dan daddy Elyna.

Jadi Eriq dan Elyna sudah kenal dari kecil lagi, tetapi mereka tidak rapat.

Mata Elyna meluas dan memandang di tempat yang dia terlanggar Eriq tadi.

Lelaki bernama Eriq itu sedang menegur seorang pelajar yang tidak memasukkan baju ke dalam seluar.

Kemudia Eriq memandang ke arah Elyna, Elyna terus mengalihkan matanya ke tempat lain, terkezut mak aku.

Elyna memandang ke arah Eriq kembali dan sempat dia nampak senyuman lelaki itu yang manis sebelum ia pudar dan kembali ke muka seriusnya.

        ...

APABILA mereka sudah memasuki kedalam kelas, semua murid mengambil tempat masing-masing. Elyna mengambil tempat di tepi tingkap yang berada di belakang kedua yang boleh menampakkan suasana sekolah yang cantik itu.

Zavira pula duduk di sebelah Elyna, Elyna memandang sekeliling kelasnya seperti sedang mencari sosok seseorang.

Mana dia ni?

Nampak sahaja susuk lelaki yang dicarinya, gadis itu tersenyum lebar. Yes! Dia kelas disini juga!

Eriq menapak masuk ke kelas sebelum matanya melihat sekeliling kelasnya. Apabila matanya menangkap mata yang sedang memandang kearahnya itu, bibirnya terus tersenyum kecil. Eriq berjalan menuju kearah gadis itu dan mengambil tempat yang kosong iaitu di depan meja Elyna.

Jantung Elyna seperti mahu pecah sahaja bila nampak encik crush duduk di meja depannya.

Dup dap dup dap.

Wahai hati, jangan macam ni. Rileklah!

Zavira menyiku Elyna memberi isyarat mata yang Eriq duduk didepan mereka, Elyna hanya mengangguk dan senyum tipis.

"Happy lah tu crush duduk depan dia" Bisik Zavira, Elyna hanya senyap memandang Zavira tajam.

    ...

Urm so.. Ni buku pertama saya, sorry kalau bosan :(

𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂Where stories live. Discover now