"KAU tak nak makan ke Na?" Zavira memandang kawannya yang sedang sedut air kotak ice lemon tea itu.
Mereka sekarang berada dibangku yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Elyna hanya menggeleng kepalanya dan kembali ke alam alien yang dicipta gadis itu sendiri.
"Tsk, nanti sakit perut baru tahu" Kata Zavira, Elyna hanya mengabaikan.
Tiba-tiba satu plastik roti ikan bilis berada dihadapannya membuat Elyna tersentak dari lamunannya. Elyna memandang di sebelahnya, seorang memakai baju berwarna ungu lengan dilipat ke siku.
Aeyman, merupakan sepupunya, sebaya dengan Elyna, pengawas KOOP, mak ayah lelaki itu sudah meninggal dunia sejak Aeyman lahir lagi, ibu Aeyman meninggal kerana melahirkannya, ayahnya pula meninggal kemalangan.
Sekarang Aeyman duduk di rumah ibu bapa angkatnya.
"Makan, nanti kau sakit perut, siapa yang susah? Aku jugak" ujar Aeyman.
Elyna menjeling sepupunya itu. "Taknak, tak lapar" Jawap Elyna.
"Ish kau ni, kalau taknak tak apa, aku je la yang makan" Aeyman perlahan-lahan menarik tangannya kembali, Aeyman tahu roti ikan bilis ini makanan kegemaran Elyna, sengaja dia berkata begitu.
Elyna merengus, roti itu dirampas kasar, plastik roti dibuka dan terus menyuap kedalam mulut.
Aeyman tersenyum menang, kaki bergerak mahu meninggalkan tempat itu tetapi terbatal niatnya ketika melihat sosok kawannya.
"Eriq!" Laung Aeyman, Elyna kaku di tempat duduknya bila nama itu disebut Aeyman.
Eriq dengan Aeyman sangat rapat, Elyna pun tidak tahu bagaimana mereka boleh rapat kerana Eriq tidak ramai kawan dan ramai orang kata Eriq ialah seorang yang sombong?Entahlah. Elyna pun malas mahu berfikir janji hensem hoho.
Aeyman terus berlari ke arah Eriq yang sedang memandangnya itu.
Dari jauh Elyna memandang tubuh Aeyman yang sedang memeluk bahu Eriq itu sebelum sosok mereka berdua hilang.
"Kau taknak confess ke dekat Eriq tu? Dari kau form 1 lagi kau sukakan dia, nanti orang ambil baru tahu" Kata Zavira yang dari tadi senyap.
Elyna memandang kawannya di sebelah dan geleng kepala "Taknak lah, segan. Kau tahukan aku malu nak bercakap dengan lelaki" Balas Elyna.
Ya, Elyna malu mahu bercakap dengan lelaki melainkan orang itu yang bercakap dengannya dahulu kecuali sepupunya, Aeyman.
"Cuba jelah confess guna cara bagi surat, tak payah bersua muka" Cadang Zavira, Elyna memandang Zavira sambil berkerut muka.
"Kalau nak bagi surat tu pun kena bersua muka jugakkan? Jika tidak macam mana nak bagi?" Balas Elyna.
"Alah kau bagi lah dekat aku surat tu, lepastu aku pas dekat Eriq, kan senang?" Balas Zavira pula.
"Taknak lah, mestilah dia akan tahu siapa yang bagi sebab aku aje yang rapat dengan kau" Ujar Elyna.
"Eish, malaslah aku nak bercakap dengan kau, confess aje pun, itu pun susah" Zavira bangun dari duduknya, kaki melangkah pergi dari situ.
Elyna mencebik, Eleh nanti orang yang dia malas nak bercakap ni lah jugak dia cari, bisik hati Elyna, Elyna terus bangun dari duduk nya dan menuju ke tangga untuk naik ke kelas, rehat sudah habis rupanya.
...
"SIAPKAN buku latihan muka surat 1 hingga 5" Elyna mengeluh mendengar kata-kata Cikgu Farida itu, baru hari pertama sekolah dah bagi kerja, bagi lah orang berkenal-kenalan dahulu walaupun satu kelas ini aku kenal.
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!