13

1.8K 131 5
                                    

"JOM" Eriq terus berjalan melepasi meja Elyna yang masih terpinga-pinga ditempatnya.

"A-awak—"

"Tuan. Call me Tuan. Kita dekat tempat kerja so, call me Tuan" Eriq berhenti berjalan, tangan dimasukkan kedalam kocek seluar slack hitamnya sebelum memusing badannya menghadap Elyna yang sudah berdiri dibelakangnya.

"T-tuan, kita nak pergi mana?" tergagap Elyna memanggil suaminya dengan gelaran 'Tuan'.

"Jumpa klien, kau kena ikut aku" kata Eriq dengan nada beku. Dia memang begini apabila ditempat kerja. Kenalah tunjuk macho sikit depan perkerja. Ye tak ye?

"Oh... sebenarnya.." Elyna berhenti bercakap apabila pandangan Eriq berubah tajam.

Kening diangkat memandang PA nya.

Pftt, PA? Macam pelik pula.

"S-saya ada urusan dekat luar..." perlahan sahaja suara Elyna. Entah dengar ke tidak lelaki itu.

"Ha?"

Oh tak dengar rupanya.

Baru sahaja Elyna mahu membuka mulut kembali, Eriq sudah memotongnya.

"Urusan apa? Penting sangat ke?" Eriq memandang isterinya tajam. Urusan apakah? Kenapa tak bagitahu dia?

"A-adalah, mana boleh bagitahu..." Elyna hanya memandang karpet yang dipijaknya itu sahaja. Takut mahu memandang mata helang suaminya.

"Kenapa pula tak boleh bagitahu?" Kaki melangkah dekat kearah isterinya sebelum muka didekatkan ke telinga Elyna.

"Aku suami kau, kenapa tak boleh bagitahu?" Bisik Eriq keras.

Pekerja lain yang melihat itu sudah terpinga-pinga. Boss mereka ke tu? Sebelum ini tidak pernah mereka nampak boss mereka sedekat ini dengan pekerja perempuan kerana boss mereka sangatlah menjaga batas. Kebanyakkan personal assistant boss mereka juga lelaki tetapi kenapa kali ini perempuan?

"Err... a-awak boleh jauh sikit tak? Orang tengoklah! Awak cakap taknak orang tahu kita suami isteri!" Bisik Elyna. Matanya hanya memandang kedada Eriq. Malu nak angkat, dengan staff-staff yang lainnya sudah memandang kearah mereka berdua. Huaa mummy! Tolong upah orang culik adik masuk gua!

"Tch, yelah. Kau betul-betul taknak bagitahu aku ke urusan apa yang penting sangat tu?" Eriq menapak kebelakang satu tapak, memberi ruang antara mereka berdua.

Elyna hanya menggeleng kepalanya.

"Suka hati engkaulah, aku pergi dulu" Eriq menjuling matanya keatas sebelum kakinya terus melangkah pergi.

Eh?

Elyna memandang tangannya yang sudah diangkat mahu menyalam suaminya seketika tadi.

Oh lupa, sekarang dia ada ditempat kerja. Ehek.

Tanpa melengahkan masa, Elyna terus mengambil bag tangannya. Belum sempat kaki mahu melangkah pergi, dia seperti teringat sesuatu. Kereta! Dia pergi ke kerja bersama Eriq pagi tadi.

Adudu, masalah, masalah!

Terpaksalah dia mengambil teksi ya? Haih.

                                           ...

"TERIMA kasih sudi bekerjasama dengan saya, Tuan Adrian. Kalau sudah tidak ada apa-apa, saya minta diri dulu" Lelaki tua itu bangun dari duduknya, diikuti dengan Eriq.

"Sama-sama, Encik Zaidi" Eriq menunduk sedikit badannya memberi hormat kepada lelaki yang bernama Encik Zaidi itu.

Selepas Encik Zaidi hilang dari pandangan sahaja, senyuman dibibir Eriq memudar perlahan-lahan.

𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂Where stories live. Discover now