12

1.8K 114 2
                                    

"WOI, makcik. Bangunlah! Hari ini kau dah mula kerja, kau bangun sekarang sebelum aku hempuk kau" Eriq menggoncang badan isterinya dengan kuat. Jika dia buat perlahan sahaja, memang tidak bangunlah budak ni.

"Tak payah lah kacau!" Selimut ditarik menutup kepala. Semaklah jantan ni!

Eriq menarik nafas sebelum menghembuskannya kembali. Sabar Eriq, sabar.

"Sayang.. bangun ye? Awak kena kerja hari ni, pergi siap-siap mandi, buat sarapan, kalau tak nak buat pun tak apa, kita makan angin aje pagi ni" Lembut Eriq berkata. Panggilan juga diubah kepada 'awak'. Nanti tukar balik ke 'aku,kau'. Cis.

"5 minit" Tapak tangan ditunjuk dihadapan muka suaminya sebelum menjatuhkannya kembali.

"Eh engkau ni, mentang-mentang tidur atas katil empuk ni, selesa ye? Aku pula? Tidur atas sofa aje!" Jejaka itu memeluk tubuh tegapnya. Memandang isterinya tidak puas hati.

Ya, dia hanya tidur diatas sofa dari hari pertama mereka berkahwin, perempuan yang bergelar isterinya pula tidur diatas katil. Mana aci!

"Bisinglah awak ni! Saya nak tidur pun tak senang" Gumam Elyna dibawah selimut itu.

"Darling, bangunlah... ada yang kena buang kerja waktu hari pertama ni karang" Kata Eriq dengan nada tertahan. Dia terduduk ditepi katil itu.

"Awak yang nak sangat saya jadi PA awakkan? Ha, padanlah muka" Elyna bangun dari baringannya. Jelingan maut diberi kepada suaminya.

"Uu tacodnya titee!" Tangan dibawa menekup mulutnya sendiri, muka dibuat-buat seperti sedang takut.

Pelik betul jantan ni, dengan duduk macam gadis ayunya. Siapa yang buat mamat ni jadi macam ni? Sila mengaku sekarang.

Tanpa berkata apa, Elyna terus mengesotkan badan ketepi katil yang dimana Eriq berada. Sempat kaki memijak paha jejaka itu yang masih terduduk diatas lantai sebelum berlari masuk kedalam bilik air.

"Aduh! Sakitlah gila!" Mata dipejam manahan sakit dipahanya. Apalah nasib dapat isteri macam ni?

...

"KAU fahamkan apa yang aku terangkan tadi?" Mata memandang kearah isterinya yang duduk dihadapannya itu.

Mereka berada didalam office milik Eriq. Elyna hanya mengangguk kepalanya perlahan. Faham sikit aje.

"Dah, kau boleh buat kerja kau sekarang. Kalau ada yang tak faham, tanya je aku, ataupun kau tanya aje pekerja yang lain" Kata Eriq dengan nada seriusnya.

"And one more thing"

Elyna mengangkat kedua belah keningnya. Menunggu kata-kata seterusnya dari mulut Eriq.

"Don't tell anyone about our marriage, okay? Aku taknak orang tahu kita suami isteri. Bukan sebab aku malu ada isteri macam kau tau? It's just... I don't want anyone know that I'm married, okay sayang?" Lembut Eriq berkata. Dia tidak mahu isterinya terasa dengan kata-katanya.

"Iya, cintaku" Mata digulingkan keatas. Dia pun taknaklah bagitahu orang yang dia sudah berkahwin.

"What did you say? Say it again" Mata terus menjadi sinar apabila telinganya menangkap perkataan 'cintaku' dari mulut isterinya.

"Ish, saya pergi buat kerja dululah!" Dia terlepas cakap pula! Buat hal lah mulut ni!

"Sayang... cakaplah lagi! Sekalii aje!" Perkataan 'sayang' dileretkan.

"Diamlah!" Kaki laju melangkah keluar dari bilik itu. Sempat dia mendengar gelak besar dari suaminya. Kuajarlah jantan ni. Suami siapalah tu?

Dengan muka cemberut dia melangkah ke meja kerjanya. Sekarang dia nak buat apa ya? Kerja pun Eriq belum bagi.

Elyna hanya bersandar ke kerusi kerjanya. Eriq taknak beri dia kerja ke? Takkan dia nak buat bodoh aje dekat sini? Mata merayau melihat sekeliling, semua tekun membuat kerja masing-masing.

Aduh, apa dia nak buat ni? Bosanlah!

Tiba-tiba matanya menangkap telefon lama dibirai mejanya. Eh, telefon lama? Entahlah nak.

Elyna menekan satu butang ditelefon lama itu, ia membuat bunyi 'tit'. Eh?

"Hello" bisik Elyna. Manalah tahu ada orang ada disebelah sana?

"Yes? Anything, sayang?"

Terkejut Elyna dibuatnya. Betul-betul ada oranglah! Tapi itu suara siapa? Kenapa orang tu panggil dia 'sayang'?

"Awak siapa ha nak panggil orang sayang? Saya dah kahwin tahu?" Kata Elyna dengan nada geram. Suka suki jantan ni aje nak panggil kita sayang.

Eriq tercengang. Apakah? Isteri dia ni okay ke tidak? Ada terhantuk meja ke tadi? Tetapi dia rasa seperti mahu mengacau wanitanya itu pula. Haha!

"Oh yeke? Alamak! Macam mana ni? Saya rasa macam saya dah jatuh cinta dengan awaklah" suara dibuat-buat seperti terkejut.

"Awak jangan macam-macam eh? Saya bagitahu suami saya baru tahu!"

"Bagitahulah. Suami awak kisah ke? Saya rasa tak"

"Awak jangan main-main dengan sayalah! Saya panggil suami saya sekarang" Elyna bangun dari duduknya dan terus menerjah office Eriq tanpa mengetuk pintu dahulu. Kisah apa dia? Suami sendiri kot.

"Ya, sayang? Kenapa ni?" Senyuman manis diberi kepada isterinya.

"Awak! Awak nak tahu tak ada orang nak ngorat dengan saya tadi? Gatal betul jantan bebal tu!" Lengan baju ditarik ke paras siku.

Alamak. Marah betul bini aku ni. Ya Allah.

"Y-yeke? Kau tak payah lain lelaki tu. Dia gurau aje kot" mampus dia kalau Elyna tahu itu dia. Kalau isterinya tahu, tak ke naya dia dapat tumbukan padu dari gadisnya itu? Perempuan ni bukan boleh bawa main sangat. Gurau sikit kena attack.

"Awak taknak bercakap dengan dia ke? Saya tak tutup telefon tu lagi" pandangan tajam gadis itu memandang suaminya. Suami dia ni tak cemburu ke ada orang nak ngorat bini dia?

Eriq terkebil-kebil memandang Elyna. Dia ingat tu telefon ke? Biar betul betina ni? Dulu kau belajar apa do perempuan?

Sebenarnya author sendiri yang taktahu. Kesian Elyna dapat makcik macam ni.

"Eh, k-kau pergi buat kerjalah! Kau buat apa layan lelaki tu?" Eriq mencuba untuk mengubah topik dan dia berjaya.

"Saya nak buat kerja apa? Termenung? Awak pun tak beri saya kerja apa-apa pun" Elyna mencekak pinggangnya.

"Oh... ye eh? Lupalah pula. Nah ambil fail ni. Dah pergi buat kerja" fail diatas mejanya diberi kepada Elyna.

Elyna menyambut berian Eriq. Belum sempat dia mahu melangkah pergi, suara Eriq menyapa pendengarannya.

"Lengan tu, tarik balik baju kau turun" tegur Eriq. Kalau dia tak tegur, mesti isterinya tidak menjatuhkan baju lengannya kembali. Cemburulah dia nanti! Dia seorang sahaja yang boleh tengok. Orang lain? No no no.

"Sorry, lupa" Elyna hanya tersengih. Baju lengan ditarik kebawah semula dan kaki terus melangkah keluar dari bilik itu.

                                          ...

Hi hi hiii, maaf chapter ni agak cringe. Btw sorry dah lama tak update hehe. Thank you for 9k readers! Wahh tidak ku sangka buku ku ini akan mencecah 9k. Haha!

Kepada yang tengah exam tu. Gudluck! Saya dah ucap gudluck utk korg. Ucaplah utk saya jugaa gehegeh. Guraulah you.

Take care semuaa, jaga kesihatan ye? Nanti saya update lagi tapi taktau bila. Thank you lagi kerana sudi baca cerita ni!

𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂Where stories live. Discover now