04

1.9K 134 9
                                    

ELYNA mengeluh, semalam baru sahaja rasa macam tingkatan 3, tahu-tahu sekarang dah habis SPM.

Alhamdullilah 10A, dapat jugak lah banggakan mak ayah, ye tak ye? Haha!

Tak sangka, dari tingkatan 1 sehingga hari ini dia masih tidak boleh move on dari Eriq.

Sudah banyak kali dia berdoa dengan Tuhan supaya Dia jauhkan ajnabi darinya kerana Elyna takut. Takut markahnya merosot.

Maksiat dan ilmu tidak bole bersatu.

Walaupun dia berjaya mendapat 10A. Dia masih takut jika ini ialah istitdraj.

Elyna mengeluh lagi sekali, dia menarik nafas sebelum hembuskannya. Elyna sedang duduk di bangku kantin seorang diri, dengan kertas yang mempunyai tulisan '10A'.

Mummy dan daddynya tidak dapat datang. Almaklumlah, doktor kan? Jadi, hanya abang sulungnya, Ayden sahaja yang datang menemaniku tapi dia dah balik, katanya ada hal. Jadi tinggallah dia seorang diri sekarang.

Zavira pula sibuk dengan keluarganya. Aeyman pun hm entahlah dia tu, kata sepupu kesayangan tapi bukan nak teman dia yang sedang bersendirian ni.

Dasar sepupu tak guna, keluarga angkatnya pun sudah balik, sempat jugalah Elyna bersalaman dengan makcik dan pakciknya itu.

Ketika Elyna mengelamun, ada satu kasut seseorang dihadapannya, Elyna mendongak kepalanya.

Kaku.

Kenapa?

Kenapa dia dekat sini?

Elyna merenung mata hazel jejaka itu yang memandangnya dengan senyuman manis di bibir itu.

Eriq mengangkat sebelah keningnya apabila gadis dihadapannya itu hanya merenung matanya dengan mata bulat itu.

"Sorry, saya nampak awak duduk seorang diri, jadi saya cuma nak tanya, awak okay?" Lembut Eriq bertanya, dia duduk di bangku bersebelahan dengan gadis itu.

"H-ha? Oh, saya okay! Kenapa? Muka saya nampak macam tak okay ke?" Elyna tergelak kecil. Elyna terus memandang ke tempat lain daripada memandang ke arah Eriq, Ya Allah, malunya.

Eriq hanya tersenyum melihat tingkah Elyna "by the way, tahniah, awak dapat 10A, saya dapat 11A je" Eriq memandang ke arah kertas yang dipegangnya.

Eh mamat ni? Dia punya lagi tinggi daripada kita, dia cakap dia dapat 11A je? JE?! Kepala kambing atok dia lah. Astafirullah.

"Saya pergi dulu lah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye? Assalamualaikum" Eriq meminta diri apabila Elyna mendiamkan diri, tak selesa kot?

Eriq melambai tangan kepada Elyna dan terus pergi dari kantin sekolah itu.

Elyna hanya memandang sosok Eriq yang mula menghilangkan diri dari pandangannya.

Waalaikummusalam, semoga kita berjumpa lagi Adrian Eriq, dalam versi yang lebih baik.

                                         ...

Haha! Chapter ni pendek je sebab ntah lah, jgn lah tny saya *buat ii malu*

        

          Terima kasih sudi membaca!❤️

𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂Where stories live. Discover now