"ADUH sakit sayang!" Jerit Eriq apabila Elyna menarik rambutnya.
Kuat pulak tu! Sakit woi.
"Kau main dengan aku lagi, aku baran tau" Kata Elyna dengan nada geramnya dan menarik rambut suaminya itu dengan lebih kuat.
Boleh jantan ni pergi tutup lampu bilik dan menutup rapat pintu bilik itu ketika dia tengah mengemas di dalam bilik stor tadi.
Dia ni dah lah jenis takut gelap!
Lepastu boleh pula lelaki ni pergi buat suara hantu mengilau, ha ambik kau. Boleh menangis dia.
"Sayang! Baby, honey, sweetheart, darling, ayangku bucuk-bucuk, tolong lepas.. botak jugak aku nanti ni woi" Dengan semua jenis panggilan Eriq sebut untuk membuat Elyna melepaskan genggaman pada rambutnya.
"Kisah pulak aku? Kalau kau botak, aku boleh cari orang lain, ada banyak lagi lelaki yang ada rambut and lagi hensem, setakat kau.. aku boleh gantilah!" Elyna melepas kan rambut Eriq dan memberi jelingan tajam kepada suaminya itu.
Eriq sudah mula mencebik.
Sampai hati sweetcheeks dia ni nak cari lelaki lain! Nampak sangat memilih rupa. Ceh.
"Pergilah! Aku boleh cari perempuan lain juga, lagi cantik daripada kau" Lawan Eriq, sempat dia menjentik dahi licin milik Elyna sebelum berjalan ke ruang tamu.
Elyna sudah mencebik, pergilah! Kisah pula dia!
Tapikan.. kenapa dia rasa macam nak nangis ni? Eriq cakap dia nak cari perempuan lain..
"Ha nangis-nangis, tadi nak cari lelaki lain kan? Pergilah!" Eriq menjeling kecil kearah isterinya.
Elyna hanya diam memandang lantai. Cantik pula lantai ni bila mata dua kabur dengan air mata. Hm.
Tapi mana ada dia cemburu! buat apa nak jealous?
Mesti Eriq main-main aje kan?
Kan?
Kan..?
Kalau betul-betul macam mana? Alamak.
Elyna memandang Eriq yang sedang hempas badannya ke atas sofa ruang tamu lalu membuka iphonenya.
Entah-entah Eriq ada perempuan lain?
Macam mana suaminya curang dengannya?
Adakah dia patut mengalah dan serahkan saja suaminya kepada perempuan yang Eriq sukai?
Tiba-tiba saja matanya mulai merasa panas, seperti mahu menangis memikirkan jika suaminya ada perempuan lain yang lebih baik daripada dia.
Eriq perasan yang Elyna masih berdiri di depan bilik stor.
Kenapa pula dengan isterinya itu? Ada nampak hantu ke? Haha.
Tak lawaklah.
"Elyna?" Nama isterinya diseru. Melihat Elyna yang masih kaku dihadapan bilik stor. Eriq laju membangunkan badannya daripada sofa dan berlari kecil ke arah isterinya.
"Sayang? Kenapa ni?" Eriq menyentuh bahu Elyna yang hanya memandang lantai.
Kena rasuk ke?
Eh Astafirullah.
Eriq perasan ada air mata bertakung di tubir mata isterinya.
Terkedu? Semestinya.
Kenapa pula ni?
"Darling? Kenapa ni?" Tanya Eriq lagi. Eriq mencekup kedua pipi isterinya. Elyna mendongak apabila Eriq menarik pipinya ke atas.
Terus air mata yang ditahan tadi mengalir dengan laju, terhinjut-hinjut bahunya. Eriq terkedu sekali lagi, tak pernah dia melihat Elyna seperti ini.
Comellah pula haha. Rasa macam nak biarkan tapi kesian.
"Kenapa sayang? Tell me, Ian ada tersalah cakap ke?" Eriq mengusap pipi isterinya yang masih penuh dengar air mata mengalir.
Elyna laju mengangguk kepalanya dengan bibirnya mencebik.
Eriq menggigit bibir bawahnya, sedaya upaya untuk menahan senyum. Comellah! Rasa nak gigit je pipi merah yang sudah basah dengan air mata tu, tapi dia sedar yang Elyna tengah sedih sekarang ni.
Haha!
"Apa dia? Ian cakap apa?" Eriq menarik kepala Elyna menyandar ke dadanya dengan mengusap belakang isterinya serta menupuk perlahan-lahan.
Kang tepuk kuat-kuat, tak ke naya? Haha.
Elyna sudah teresak-esak menangis di dada suaminya itu, habis basah baju Eriq dengan air mata dia.
"Itulah kau, main-main dengan aku lagi, kan dah kena" Bidas Eriq. Pelukan diketatkan lagi, pipi diletakkan diatas kepala isterinya.
"Saya gurau je! Awak tu yang tak boleh percaya sangat. Tengok Teega tu! Mentang-mentang lelaki boleh kahwin 4! Bukan nak fikir pasal perasaan isteri. Kalau awak kahwin lagi, saya sumbat awak dekat dalam stor tu! Biar kawan dengan hantu" Kata Elyna.
"Ye, darling ku, iye. Buat apa aku nak kahwin lain kalau aku dah ada isteri macam kau ni?" Eriq mencubit pipit merah wanitanya itu. Comelnya!
"Macam apa?" Tanya Elyna.
"Err.. macam.. anjing..?" Perlahan saja suara lelaki itu. Mata Elyna terbuka luas.
Anjing dia cakap?!
"Anjing comel apa? Kan.." Sekana sedar apa yang disebutnya. Mata terkebil-kebil memandang isterinya yang sudah terbuka luas mata besar itu.
"Anjing?! Awak nak kena dengan saya ke!" Tangan mencubit lengan sasa suaminya.
"Eh salah! Kucing, sayang! Kucing!" Mata Eriq dipenjam, sakit siut betina ni cubit lengan dia! Siap pulas lagi. Majuk kang!
Elyna melepaskan cubitannya. Tanpa berkata apa-apa, kaki melangkag pergi ke dapur, meninggalkan suaminya yang sedang menggosok lengan yang kena cubit seketika tadi.
Padan muka.
"Nak buat apa eh?" Kaki diberhentikan di tengah-tengah dapur penthouse itu.
"Apa pasal aku datang dapur? Eh?" Jammed sekejap, asal dia datang sini?
"Kau buat apa berdiri dekat tengah-tengah dapur tu? Buang tebiat ke?" Disebabkan ruang dapur penthouse mereka tidak ada dinding terhalang, Eriq boleh nampak isterinya berdiri di situ.
"Senyap!" Jari telunjuk diberikan kearah suaminya, tanda senyap.
"Gila perempuan ni" Gumam Eriq. Kaki bergerak menuju ke sofa. Tangan kanannya masih menggosok lengan kiri. Bengkak ke?
"Saya dengarlah!" Jerit Elyna. Dia memberi jelingan kepada Eriq yang sudah terduduk diatas sofa ruang tamu.
"Oh yeke? Memang aku nak bagi kau dengar pun" Eriq menggelak besar. Badan dibaringkan disofa dan remote tv diambil. Baik dia layan cerita barbie daripada layan betina tu. Haha!
Astafirullah. Tak baik, tak baik.
Elyna merengus kecil. Geramlah dengan jantan ni! Ada juga dia berkarate nanti.
Tadi bukan main sweet pujuk-pujuk orang, lepastu cari gaduh pula. Eeee.
...
Haloo. Apa khabar semuaaa. Maaflah dah lama tak update. Kitonyo busy. Hehe.
Terima kasih sudi membaca cerita saya yang tak seberapa ni! Babaiii. Minggu depan saya update lagi yee, InshaAllah. Kalau ada idea masuk kepala ajela. Tataa
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!