"KAU buat apa dekat luar ni?"
Elyna mengeras. Alamak!
Resepsi perkahwinan mereka dibuat di hotel 5 bintang. Ia sudah habis 1 jam yang lalu, jadi Elyna juga sudah berdiri dihadapan bilik hotel itu juga sudah 1 jam. Ya, mereka sudah selamat menjadi suami isteri tengah hari tadi.
"S-saya baru sahaja sampai! Tadi saya duduk dekat bilik mummy sekejap" Elyna tersenyum janggal, mata gadis itu juga cuba mengelak daripada bertembung dengan iris mata hazel milik suaminya itu.
"Penipu. Dah masuk, tak panas ke dari tadi pakai tudung tu? Dengan lilit-lilitnya" Eriq menarik pipi tembam milik isterinya, membuatkan Elyna membawa badannya sekali dengan pipinya.
Sakit woi!
"Awak! Sakitlah!" Elyna sudah memegang lengan Eriq yang menarik pipinya. Eriq menutup pintu bilik hotel mereka dan menguncinya.
"Padan muka! Pipi kau merah sangat, geram tahu tak?" Eriq membawa sebelah lagi tangannya ke pipi Elyna, muka Elyna dibawa dekat dengannya dan mencantum dahi mereka. Tangan masih mencubit pipi tembam itu. Geram!
Elyna pasrah, sejak mereka selalu keluar bersama-sama sebelum perkahwinan mereka, kedua-duanya sudah menjadi selesa antara satu sama lain.
Keluar bersama-sama pun sebab Puan Estina dengan Puan Airaa yang paksa je, hm.
Dan sejak mereka mula rapat juga, Eriq semakin suka membuli Elyna, setiap kali jumpa mesti kena buli gadis itu, Kesian.
"Lepaslah! Tadi awak suruh saya mandi, lepastu sekarang awak tak nak lepas pula?" Kata Elyna dengan nada geramnya.
"Bukalah tudung tu dulu, baru pergi mandi. Kau nak mandi pakai tudung ke?" Kata Eriq sambil tangan mencabut jarum di tudung Elyna.
"Ish saya boleh buat sendirilah!" Elyna menepis tangan Eriq yang sedang mencabut jarum di tudungnya.
"Kau ni asyik marah je, majuk ah!" Mulut Eriq mula mencebik. Jejaka itu berjalan ke arah sofa hotel itu dan duduk di hujung sofa dengan tangan naik memeluk tubuhnya yang sasa, mata memandang ke arah balcony. Dia merajuk!
Elyna sudah mula menggaru hujung keningnya. Merajuk pula? Orang marah sikit dah merajuk, Manja.
"Manja!" Elyna mengambil bantal di atas katil dan membalingnya kearah suaminya.
"Aduh" Eriq memasang muka cemberut, jelingan tajam diberi kepada isterinya yang sudah gelak terbahak-bahak.
Headshot!
"Merajuk lagi! Kan sudah kena" Gadis itu kembali menggelak suaminya sehingga lembik lutut rasa dan akhirnya jatuh juga badan kecil itu disebelah katil, tangan kecil itu pun sudah memegang perutnya sendiri. Sakit perut!
Eriq mengetap bibir. Kuajar punya isteri!
"Kau—"
TOK TOK
Kedua pasangan itu memandang kearah pintu bilik hotel mereka. Masing-masing diam.
Siapa tu?
Elyna berjalan kearah pintu bilik itu, mengintai sedikit di lubang kecil yang berada di tengah pintu.
Alamak. Mummy!
Elyna memandang seseorang dibelakangnya, lebih tepat lagi kearah suaminya. Elyna membuat isyarat mulut 'mummy'.
Eriq membuat mulut berbentuk 'O'. Elyna membuka pintu bilik mereka.
"Eh mummy! Hehe, kenapa mummy datang bilik adik ni?" Elyna memberi senyuman manis kepada Puan Estina.
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!