"MUMMY tak boleh ke balik esok sekali?" Mengadu Elyna apabila mendapat berita Puan Estina dan Dato' Qairuz perlu mula berkerja pada hari ini juga. Tak puas lagi nak luangkan masa dengan mummy dengan daddy. Selepas mereka solat subuh terus pergi ke hospital. Mereka masih berada di hotel.
Eriq disebelah isterinya itu hanya mampu membisu. Tengah mengantuk ni! Baru saja dia nak lelap selepas subuh tadi tiba-tiba Elyna tepuk kepalanya, katanya suruh teman pergi jumpa mummy dengan daddy. Nak pergi seorang tapi dia takut. Ada yang kena karate dengan aku ni karang!
"Mummy dengan daddy tak sayang kan adik ke? Adik tak puas lagi nak meluangkan masa dengan mummy dan daddy lepas adik kahwin ni!" Mengadu Elyna lagi. Puan Estina menggeleng kepalanya. Mengada betul budak ni.
"Adik kena faham mummy dengan daddy kerja apa, doktor mana boleh cuti lama-lama. Ada ramai orang dekat hospital. Sekarang ramai yang meninggal dunia" Pujuk Dato' Qairuz. Elyna memuncungkan bibirnya.
"Alaa, tu kan daddy punya hospital! Takkan tak boleh cuti lagi sehari? Doktor yang lain kan ada? Ramai pula tu! Please daddy! Sehari jee!" Pujuk Elyna. Eriq mengecil matanya memandang isterinya. Mengada betul! Dia tak adalah sampai macam tu. Puan Airaa dan Encik Eistiq sudah balik selepas resepsi mereka semalam. Tidak ada pun anak lelaki mereka ini mengada macam isterinya ini!
"Dahlah, Ely. Biarlah mummy dengan daddy pergi. Dia orang kerja je, bukan nak tinggalkan kau. Mengadalah kau ni" Eriq menarik tangan isterinya daripada menahan lengan Puan Estina.
"Ish! Sebuklah awak ni! Awak tak faham apa yang saya rasa! Awak tahu apa aje? Nampak sangat awak tak sayang mak ayah awak! Sebab tu awak biasa-biasa je bila dia orang pergi!" Bentak Elyna. Mulut Eriq ternganga besar apabila Elyna mengatakan dia tidak sayangkan ibu bapanya. Apakah?
"Adik! Tak baik cakap dengan suami macam tu! Adrian tu suami kamu tahu! Adik nak jadi isteri derhaka ke? Syurga adik bukan dekat mummy dah, tapi dekat suami adik! Jangan nak bentak suami macam tu, berdosa!" Marah Puan Estina. Elyna hanya membisu, dia tak sengaja sebenarnya, emosi mengawalnya sekarang ni.
"Tak apa mummy, Adri okay. Mummy dengan daddy pergilah kerja, nanti lambat pula" Eriq memegang kemas lengan isterinya yang sedang mencuba mendekati Puan Estina dan Dato' Qairuz yang sedang mendekati kereta.
"Daddy pergi dulu ye Adrian, jagakan anak bongsu daddy, Assalamualaikum" Ucap Dato' Qairuz sebelum memasuki kereta itu.
"Jagakan anak mummy ye Adrian, pujuk dia. Nanti okaylah tu. Mummy pergi dulu" Ucap Puan Estina pula. Eriq memandang kereta yang dipandu Dato' Qairuz sudah menjauh dari hotel 5 bintang itu sebelum memandang kearah isterinya yang masih termenung kereta Dato' Qairuz. Lengan gadis itu masih didalam genggaman Eriq.
"Jom masuk" Eriq menarik lengan isterinya. Muka lelaki itu beku, seperti tiada perasaan langsung.
Elyna memuncung mulutnya. Nak mummy!
Eriq membuka pintu bilik mereka dan menutupnya kembali dan menguncinya.
Eriq mendekati sofa dan punggungnya dihempas disitu. Dia menarik lengan Elyna untuk duduk di atas pahanya. Eriq memeluk badan gadis itu. Kemas.
Jejaka itu menepuk tepi pinggang isterinya perlahan-lahan, mencuba untuk memujuk gadis itu.
Elyna menyandarkan dahinya ke bahu Eriq, merasa sedikit tenang bila dipujuk suaminya.
Untungnya dah ada suami! Korang ada? Hehe.
Jangan risau, author pun tak ada.
"Tadi kau cakap aku tak sayang mama dengan papa aku" Eriq mula bersuara. Elyna yang mendengar itu sudah rasa bersalah. Ni semua salah mulut yang tak ada insuran ni! Siapa-siapa tolong bayarkan boleh?
"Sorry, Ely tak sedar apa yang Ely cakap, Ely cuma taknak mummy dengan daddy tinggalkan Ely je, tak puas lagi luang masa dengan dia orang, rindu" Elyna memeluk badan tegap milik suaminya itu. Saja nak suruh lelaki itu maafkan dia, mana tahu kalau dia manja-manja macam ni lelaki itu maafkan dia? Haha.
"Tak apa aku faham, aku tak halang mama dengan papa pergi kerja sebab aku faham kerja dia orang, dia orang ada bangak nyawa yang kena selamatkan. Walaupun masih ada ramai doktor dekat hospital, pesakit lagi ramai. Kita tak ada beza pun, sayang. Mummy dan daddy doktor, mama dan papa pun doktor. Yang bezanya kau ada abang kau. Aku? Aku anak tunggal, aku selalu kena tinggal sorang-sorang dekat rumah" Eriq mencium dahi isterinya sebelum menyandar kepalanya di sisi kepala Elyna.
Elyna diam. Eriq betul, dia masih ada abang-abang dia tapi sekarang kedua abangnya sudah tiada di rumah! Seorang sudah kahwin. Seorang lagi dekat luar negara, entah buat apa lama-lama dekat negara orang tu! Sampai hati tak datang majlis perkahwinan adik kesayangan dia ni. Majuk lah!
"Abang Ayden tak datang pun majlis perkahwinan kita!" Elyna mengangkat kepalanya dari bahu Eriq. Kepala Eriq yang menyandar di sisi kepala gadis itu terhantuk dengan kepala isterinya.
"Aduh, sakitlah woi!" Eriq memegang sisi kepalanya. Kuat gila!
"Ish! Ingat dia sorang je ke yang sakit? Ni! Kepala Ely ni pun sakit tahu? Kepala awak ni diperbuat dari batu ke? Keras betul" Elyna juga menggosok sisi kepalanya.
"Dahlah kau, turun! Beratlah kau ni. Boleh patah tulang paha aku" Eriq menolak badan kecil gadis itu dari ribanya.
"Bab-bab berat ni jangan buat main tahu! Awak tu yang lembik sangat, badan je sado tapi badan ringan saya pun cakap boleh patah tulang. Lempang kang!" Elyna sudah menaikkan tangannya, buat-buat mahu menampar jejaka itu.
"Aip! Tak baik main lempang-lempang! Aku suami kau!" Eriq mengambil bantal segi empat di atas sofa itu untuk menutup mukanya dari ditampar Elyna.
"Tak sukalah awak ni! Suka cakap 'aku suami kau, aku suami kau', tak habis-habis! Saya tampar betul-betul baru tahu!" Elyna berjalan kearah katil dan menghempas badan disitu.
"Awak jangan tidur atas katil ni! Kalau awak tidur juga dekat sini saya gigit awak!" Sambung Elyna.
Eriq tercengang. Kuajarnya, isteri siapa ni?
...
Haii! Saya buat yang baru chapter ni sbb yang sebelum ni punya macam cringe pula haha.Jadi saya tukarlah jadi okay sikit. Macam mana? Okay tak? Taknaklah sedih-sedih ni. Kita kena happy go lucky selaluu.
Thank you semua baca cerita saya! Saya appreciate sangat ii! Sayang semua! ❤️
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!