"NAK pakai tudung pun dah dekat sejam, pergi rumah mummy aje, itu pun nak pakai tudung belit-belit. Aku cekik kau karang" Omel Eriq. Sejak dari tadi Elyna berdiri dihadapan cermin dengan tudung diatas kepala. Bila dah siap lilit dia pergi buka balik, katanya nak try style lainlah. Kepala hangguk kau.
Semalam Puan Estina menelefon mereka untuk datang ke rumah. Puan Estina mengambil cuti kerana mahu berjumpa dengan menantu, bukan nak jumpa anak dia.
"Sabarlah! Tudung ni asyik tak jadi je! Rimaslah!" Tudung yang berada diatas kepala dicampak ke lantai, lalu berjalan ke almari tudungnya di hujung bilik, selepas itu Elyna mengambil tudung sarung nude.
"Cis, sepatutnya kau ambil tudung sarung tu dari tadi lagi! Bukan baru lepas berapa jam kau baru nak ambil! Ish" Eriq meramas rambutnya. Geram ye haha.
"Senyaplah, bising je tahu" Jelingan diberi kepada si suami.
"Dahlah, jom" Jejaka itu berjalan menuju ke isterinya yang berada dihadapan almari tudung, kemudia menarik tangan kecil itu kearah pintu bilik. Malas nak tunggu lama-lama.
...
SAAT mereka tiba di rumah Puan Estina. Eriq memberi salam dahulu sebelum melutut dihadapan isterinya untuk mencabut tali kasut wanitanya itu.
Gaduh setiap hari pun dia masih sayang.
Ehek.
"Eh, dah sampai?" Puan Estina berlari kecil kearah pintu utama rumah banglo itu. Lebih tepat ke menantunya.
"Mummy! Adik rindu mummy" Elyna memuncungkan bibirnya. Anak manjahhh.
"Eriq, apa khabar? Sihat?" Wanita tua itu menghiraukan anak bongsunya, hanya memandang kearah menantu kesayangan sahaja.
Elyna terkedu, terkelu lalu terkentut.
Dari mana eh ayat ni? Lupalah.
"Mummy! Anak mummy tak nak tanya khabar ke?" Gadis itu mencebik bibirnya. Sampah hati mummy! Nangislah gini.
"Sihat mummy, Alhamdullilah" Eriq mula berkata apabila Puan Estina sedari tadi memandangnya. Kesian eh isteri dia ni.
Tangan tua itu disalam. Puan Estina menarik tangan menantunya ke dalam rumah. Jemput menantu aje, anak tak.
Elyna hanya senyap memerhati. Ingatkan bila sampai aje rumah Puan Estina, dia akan dapat pelukan atau ciuman dari wanita yang lahirkan dia itu, tetapi? Hampeh.
"Adrian duduklah dulu ye? Mummy pergi siapkan makanan sekejap" Senyuman manis diberikan sebelum matanya tertumpu kearah pintu utama. Anak bongsunya masih berdiri tegak disitu dengan mulut yang memuncung kedepan.
Anak siapa ni?
"Masuklah adik, tak payah nak mengada-ngada. Ni rumah adik, bukan rumah orang luar" Kata Puan Estina. Sengaja dia memalau anaknya seorang itu. Saja.
"Adik masuk bilik dululah" Elyna melangkah masuk kedalam dan terus menuju ke tangga.
"Eh jangan nak mengada. Ni, suami adik ni? Taknak ajak sekali?" Jari ditujuk kearah Eriq. Eriq terkebil-kebil memandang jari telunjuk Puan Estina dihadapannya. Terjuling jugalav mata dia ni.
"Buat apa? Adik nak rehat sekejap je. Penat" Tangan dikipas-kipas dihadapan muka. Mengacah-acah penat.
"Mengada, bukan adik pun yang memandu. Suami adik yang memandu. Dah, ajak dia rehat sekali! Mummy nak siapkan makanan, nanti kalau dah siap mummy panggillah" Omel Puan Estina.
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!