15

2.3K 126 10
                                    

PRANGG!

"Eh mak kau tapir!"

Kepala pasangan suami isteri itu laju memandang kedalam bilik yang diduduki Elyna.

"Alamak! Sorry-sorry. Terlanggar pula pasu bunga ni" lelaki itu menunduk kepalanya sedikit meminta maaf bersama senyuman bersalah.

"Kau!" Eriq menolak tubuh isterinya ketepi dengan sedikit kasar, kakinya laju menuju kearah lelaki yang menjawab panggilannya tadi lalu diberi satu tumbukan kepada lelaki itu.

"Adrian Eriq!" Terkejut Elyna dibuatnya. Laju Elyna berlari kearah suaminya.

"Awak! Apa awak buat ni?!" Jerkah Elyna. Sakit hatinya apabila Eriq menumbuk muka lelaki itu.

"Kau jawab soalan aku sekarang! Siapa dia ni?!" Jerkah Eriq pula. Mata tajam memandang lelaki yang sudah rebah ke lantai.

"Itu abang sayalah! Awak ni kenapa?" Elyna menarik lengan suaminya, membawa Eriq jauh daripada Ayden.

Eriq mengeras tubuhnya. Abang? Seriuslah?

Eriq mengelip matanya memandang wajah isterinya yang sudah berkerut risau.

Jejaka itu menarik tangan isterinya kehujung bilik hotel itu agar dijauhi sedikit dari Ayden yang masih terduduk diatas lantai itu.

"Abang? Kenapa kau tak bagi tahu aku, gila!" Bisik Eriq. Tangan diletakkan dibahu isterinya. Matanya pula terbuntang luas. Terkejutlah gila!

"Awak yang potong saya tadi! Macam mana saya nak bagitahu?" Balas Elyna dengan membisik juga.

"Aduh... masalah-masalah" Eriq menggeleng kepalanya sedikit.

"Kenapa?" Soal Elyna. Apa yang masalahnya?

"Macam mana kalau abang kau tiba-tiba suruh aku ceraikan kau sebab dia tak terima aku jadi adik ipar dia? Aku taknak!" Eriq mencebik bibirnya. Rasa macam nak nangiss.

Elyna tersentak melihat air mata suaminya mengalir dipipi. Cengeng gila jantan ni.

"Janganlah menangis... takkan lah abang Ayden suruh awak ceraikan saya, awak tu suami saya, bukan suami dia" Elyna menyeka air mata suaminya dipipi.

"Tapikan... kenapa awak terus tumbuk dia? Kenapa tak tanya saya dulu?" Sambung Elyna. Orang tanyalah dulu siapa, ini tidak.

"P-agi tadi aku ada call kau, lepastu dia angkat fon kau, aku ada tanya dia tu siapa l-lepastu dia cakap dia tu b-boyfriend kau..." teresak-esak Eriq menangis didalam dagapan isterinya.

"Tak guna punya abang" gumam Elyna. Memang patut pun si Ayden tu kena tumbuk! Siapa suruh tipu orang? Padanlah muka.

"Aku taknak berpisah dengan kau..." Eriq menyandar dahinya kebahu Elyna dengan tangan memeluk pinggang ramping isterinya, erat.

"Sejak bila awak jadi cengeng ni, baby Adrian?" Elyna tergelak kecil. Tangan mengusap tubuh belakang suaminya perlahan.

"Diamlah" gumam Eriq dibahu Elyna.

Bergegar-gegar bahu Elyna menahan tawanya.

"Tch, nak bersweet pun janganlah dalam bilik aku! Pergilah check-in bilik lain!" Kata Ayden yang sejak tadi melihat pasangan suami isteri itu. Sorang gelak, sorang lagi menangis. Elok sangat.

"Tahulah single, bang" perli Elyna. Sengaja tangannya dibawa mengusap belakang kepala Eriq. Ada orang single dalam ni!

"Abang Ayden... Adrian minta maaf sebab tumbuk abang Ayden tadi" Ucap Eriq yang sudah menegakkan tubuhnya.

"Kepala hotak kau abang. Gelilah gila!" Ayden membuat muka gelinya. Badan sudah menggeliat mendengar perkataan 'abang' dari adik iparnya.

"Ely..." Eriq mencebik bibir. Air mata mengalir kepipi sekali lagi.

"Abang! Janganlah cakap macam tu! Kesian suami adik!" Marah Elyna kepada abang keduanya. Sampai hati buat suami dia menangis!

Tangan Elyna menarik kepala Eriq lalu dibawa kebahunya.

"Suami kau selalu macam ni ke, adik?" Tanya Ayden. Jarang-jarang lelaki hensem menangis ni.

"Tak adalah, ini pun pertama kali adik nampak dia menangis" jawab Elyna. Dia memang tak pernah tengok suaminya menangis. Lagi-lagi dengan perkara kecil. Orang tak kasi panggil abang pun menangis ya?

"Entah-entah... kau mengandung ke dik?" Ayden meluaskan matanya.

"Jangan nak mengarutlah! Tak adanya adik nak mengandung" Elyna menggulingkan matanya keatas.

"Mengandung? Mengandung anak siapa?" Eriq bertanya. Kepala sudah diangkat dari bahu isterinya.

"Anak lembu" serentak Ayden dan Elyna menjawab.

"Lembu beranak ke? Bukan bertelur?" Tanya Eriq lagi dengan wajah polosnya. Sejak bila Eriq jadi polos ni?

"Dari mana sia kau rembat dia ni dik?" Ayden mengurut dahinya. Pening-pening.

"Mummy yang rembat, bukan adik" Elyna menolak tubuh tegap Eriq supaya menjauhinya sebelum kaki melangkah menuju ke sofa yang sudah tersedia di ruang tamu bilik hotel itu.

Eriq juga mengikut langkah isterinya.

"Lah? Kau jangan cakap mummy yang suruh kau kahwin dengan mamat cengeng ni?" Ayden memandang Eriq dan adiknya bersilih ganti.

"Aku tak cengenglah gila" bahas Eriq. Jelingan tajam diberi kepada abang iparnya.

"Kau diam, budak cengeng. Ha adik, betul ke?" Jelingan tajam dibalas balik.

"Iya"

"Seriuslah? Anak siapa pula mummy rembat ni?" Ayden memandang Eriq atas bawah seperti tidak puas hati.

"Anak Aunty Airaa" jawab Elyna dengan nada malasnya.

"Ha? Anak Aunty Airaa? Adrian Eriq tu ke?" Tanya Ayden lagi.

"Iya"

"Sumpahlah? Asal lain gila muka mamat ni?" Ayden memandang kearah Eriq pula yang dari tadi hanya membisu.

"Aku ada nama" satu lagi jelingan tajam diberi kepada Ayden.

"Kan? Waktu first-first adik tengok muka dia pun adik tak berapa nak cam muka dia" balas Elyna.

Eriq yang melihat isterinya dan abamg iparnya rancak berborak itu mengguling matanya. Gajet mahal didalam poket diambil sebelum dibuka. Kepalanya terus dijatuhkan keriba isterinya. Elyna hanya membiarkan.

"Dia tak ingat aku ke? Ke muka aku ni makin jadi hensem?" Tanya Ayden lagi dan lagi. Ceh angkat bakul sendiri.

"Dia pun tak ingat adiklah, lupa ingatan kot dia ni" Elyna menunduk kepalanya memandang Eriq yang sedang baring diatas ribanya dengan gejat mahalnya ditangan.

"Entah" Elyna mengangkat bahunya.

Ayden mengangguk kepalanya. Matanya dikalihkan kearah adik iparnya seketika.

"Dahlah, adik boleh balik. Pasal kaki aku ni, adik jangan risau. Pandai-pandailah abang jaga" ujar Ayden.

"Darling tinggalkan aku pagi-pagi sebab kaki jantan ni jeke?" Tanya Eriq. Walaupun matanya tertumpu ke gajet, telinganya masih mendengar apa yang dua beradik itu bicara.

"Yelah, Ely ingat apalah sebab pagi tadi abang Ayden call, dia cakap sakit aje lepastu talian terputus sebab tu Ely laju je datang sini, sampai lupa pasal awak" jelas Elyna.

"Paham" Eriq mengangguk kepalanya perlahan.

"Eh tapikan... tak apalah, balik nanti kau bagitahu aku semua benda" Eriq bangun dari baringannya sebelum memarik tangan isterinya untuk keluar dari bilik itu. Elyna pula hanya mengikut bagai lembu dicucuk hidung.

"Babai abang ipar!" Selepas mengatakan itu, Eriq terus membuka pintu bilik hotel itu dan menuntupnya kembali.

"Bye adik ipar tak guna. Lepas tumbuk aku bukan nak minta maaf pun" gumam Ayden. Lantak engkaulah nak.

                                           ...

Hii, maaf ler lambat hehe. Terkejit tak? Hehe.

Just nak bagitahu yang cerita ni hanya ada dalam 20 chapter saja sebab ni hanya short story. Saya ingat nak buat cerita satu lagi yang ada conflict but conflict ringan-ringan jelah. Kitonyo manjo. Btw thank you for 18k reads!

𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂Where stories live. Discover now