09

2K 118 2
                                    

"WAH! Besarnya rumah awak!" Mata gadis itu besar memandang penthouse milik suaminya.

"Hesy kau ni! Cuba tolong aku angkat barang-barang ni! Ni semua barang kau tahu? Bukan barang aku, tapi apa pasal aku pula yang kena angkut semua ni!" Eriq menyepak bagasi pink milik Elyna.

PAK.

Elyna yang mendengar bunyi itu laju menoleh kebelakang.

"Awak! Bagasi saya tu mahal tahu! Suka hati kucing awak aje nak sepak-sepak barang saya!" Kaki gadis itu laju meluru kearah bagasi Frontec SPINNER 79/29 EXP TSA AM miliknya yang berwarna pink itu.

"Eleh, setakat harga seribu aku boleh bayarlah. Berapa? Sini aku bayarkan" Tangan sudah siap sedia mahu mengambil dompet di dalam pocket seluar.

"RM 1, 135.20, tambah dengan awak sepak bagasi saya dengan kaki awak yang kotor tu RM 1500.10, lepastu barang-barang yang sudah bersepah dekat dalam bag ni RM 1000.00 Totalnya RM 3, 635.30" Elyna mengangkat kedua keningnya. Tangan juga sudah sedia.

Eriq meletak dompetnya kembali kedalam pocket seluarnya. Air liur ditelan. Apa benda ni?

"Kaki aku bersih tahu? Kau nak tengok? Kalau kau nak bau pun boleh, wangi!" Eriq mengangkat kakinya ke hadapan muka gadis itu, sofa disebelahnya itu dipaut.

"Saya tak main-main tahu, saya serius" Muka gadis itu sudah menunjukkan dia betul-betul serius.

"Eh ha'ahlah! Tadi sayang cakap nak pergi beli baby pancakes dekat suka dessert tu kan? Jom!" Tukar topiklah! Dia bukan tak boleh bayar cuma dia tak ambil duit dekat bank lagi. Baca elok-elok, 'belum ambil duit lagi dekat bank'.

"Eh yelah! Jom! Perut dah lapar ni!" Laju Elyna menarik tangan Eriq untuk keluar dari penthouse itu. Tak sabarnya nak makan baby pancakes tu! Mesti sedap! Hilang sudah ingatannya tentang bagasi itu.

Eriq melepaskan nafas lega. Perempuan dengan makanan berpisah? Tiada.

                                          ...

MULUT jejaka itu ternganga besar. Biar betul perempuan ni? Perut nampak kecil je tapi yang masuk dalam perut tu banyak! Bela saka ke apa betina ni? Eh salah, isteri.

"Awak nak sikit? Sedap!" Elyna mempelawa baby pancakes chocolate. Satu pancake sudah dikepit dengan chopstick sudah pun berada dihadapan mulut lelaki itu.

Eh, dia nak bagi kita sikitlah! Baik juga isteri Eriq ni. Belum sempat Eriq mahu memakannya, Elyna sudah menarik tangan dan pancake yang mahu dipelawa untuk Eriq itu sudah selamat masuk ke dalam mulut gadis itu. Bukan mulut suaminya!

Eriq terkebil-kebil memandang isterinya.

Dasar ini betina! Sampai hati yayang! Nangislah.

"Yum! Kalau awak nak, pergilah beli sendiri! Ini saya punya!" Sedap betul gadis itu mengunyah.

"Cis, nanti aku juga yang kena bayar, bukan kau" Mata lelaki itu diguling keatas.

"Duit awak, duit saya juga!" Elyna tersenyum manis. Sedapnya makanan-makanan ni semua!

"Eh? Tapi aku baca dekat dalam novel. Lelaki yang sepatutnya cakap macam tu, sebab perempuan taknak menyusahkan lelaki dia. Tapi kau ni, macam lain je? Sah kau ni bukan perempuan idaman aku macam dekat dalam novel aku tuh! Mama! Ian nak cerailah macam ni! Nak kahwin lain!" Kepala dijatuhkan ke riba isterinya yang berbalut dengan long skirt hitam. Elyna hanya mengabaikan orang tidak betul disebelahnya. Nak kahwin lain? pergilah! Ada dia kisah? Janji dapat makan!

"Bila kau nak habis makan ni? Aku nak tidurlah. Cuba cepat sikit makan tu, mulut kau kan besar" Eriq mengangkat kepalanya dari riba Elyna dan menyandar pula ke bahu.

"Ish! Mulut saya kecil je sebab tu makan lambat!" Elyna menjeling tajam kearah Eriq. Dahlah suka suki dia aje letak kepala dekat bahu kita! Nasib suami. Bukan sebab sayang.

"Iyelah, darling. Makanlah lambat mana pun. Makan sampai besok pun boleh" Kepala yang masih berada di bahu isterinya diangguk berkali-kali.

Sekarang sudah pukul 10 pagi. Mereka datang kesini dari pukul 8 pagi. Sudah 2 jam mereka di 'suka dessert'.

Orang pun dari tidak ramai orang sudah ramai sekarang. Eriq pun sudah penat melihat orang keluar masuk, dia ni bila nak keluarnya? Hm.

"Okay! Saya dah siap makan, jom balik!" Elyna bangun dari duduknya sebelum keluar dari situ, diikuti dengan Eriq.

Mereka berdua membolos kedalam kereta Bmw M4 milik Eriq.

"Aku nak tanyalah" Eriq menghidupkan enjin.

"Apa?" Elyna memandang kearah suaminya disebelah yang sudah menggerakkan kereta mahal itu.

"Kau kerja apa? Kau tak pernah bagutahu aku pun" Tanya Eriq. Mata dikalihkan ke isterinya seketika sebelum memandang ke jalan raya semula.

"Kerja saya duduk rumah, tengok tv" Selamba Elyna berkata.

"Kau tak kerja? Biar betul?" Mata dibuka luas, biar betul betina ni?

"Ish! Kan saya cakap kerja saya duduk rumah! Kerja lah tu kan?" Elyna berdecit geram, pekak ke?

"Itu bukan kerja, darling. Itu pemalas orang panggil. Dah besar pun tak kerja lagi. Ish ish ish" Eriq menggeleng kepalanya. Isteri siapa ni? Pemalas betul.

"Kerjalah juga! Mata ni ha yang bekerja! Penat tengok benda cerah setiap hari, gelap sikit tak boleh ke?" Adu Elyna. Mata penat sampai sakit tahu? Pening kepala dibuatnya.

"Mengada. Kalau kau tak ada kerja, kau kerja ajelah dengan aku, alang-alang aku tengah cari secretary baru. Yang datang interview haritu semua macam tak cukup lain aje. Sangat tidak sedap memandang, kalau kau okay sikit. Kalau aku bosan, aku boleh kacau kau. Ye tak ye, darling?" Kening diangkat berkali-kali, dibibir pula tersenyum nakal.

"Ish! Suka kacau orang! Taknaklah!" Elyna memeluk tubuh. Pandangan pula mengalih kearah luar tingkap.

"Alaa, sayang! Jomlah! Aku taknaklah orang yang tak cukup kain tu! Kau tak kesian ke dekat aku? Aku ni lelaki, tak silap-silap kau dapat madu nanti. Lagi satu, macam mana kalau aku balik lambat? Kau tak overthinking ke? Kebanyakkan dekat dalam novel aku baca, suami balik lambat sebab curang. Ha kau nak ke aku curang dekat kau?" Mata memandang sekilas kearah gadis disebelahnya sebelum kembali ke jalan raya.

"Eleh, nak curang konon, awak dah jatuh cinta dengan sayakan? Jadi cinta awak dah tak boleh dikalihkan kepada orang lain sebab awak dah obses sangat dengan saya!" Senyuman bangga diukir. Confident betul.

"Are you sure, darling? Cinta boleh diganti dengan orang yang lebih cantik tahu? Yang selalu luang masa bersama, kau tak tahu apa aku buat dekat kerja nanti. Manalah tahu aku lunch dengan perempuan lain ke? Tak takut?" Dia tak akan berputus asa! Dia nak juga Elyna jadi secretary nya! Taknak orang lain. Nak Elyna Qistina binti Dato' Qairuz sahaja. Dia juga tidak menafikan yang dia sudah jatuh cinta dengan isterinya itu.

"Ish! Yelah! Bencilah awak ni!" Mata menjeling tajam kearah Eriq. Benci!

                                            ...

Halloo! Sejak kebelakangan ni saya rasa malas betul nak berfikir + malas nak tulis. Hehe

And saya pun busy, busy ape? Busy baca cerita orang lain. HAHAHA.

Thank you semua yang baca cerita saya yang tak seberapa ni! Sayang awok ii! ❤️

𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂Where stories live. Discover now