ELYNA menyangkut tuala yang digunanya ditempat gantung tuala selepas siap mengeringkan rambutnya yang basah itu.
Kaki melangkah keluar dari bilik tidur dan menuju ketangga pula apabila dia bau sesuatu yang sedap dari tingkat bawah.
Hari ini hari minggu jadi mereka tidak pergi kekerja. Jadi mereka berfikir pada hari ini mereka hanya mahu berehat dirumah sahaja.
Laju kaki Elyna berlari kedapur apabila dia nampak susuk suaminya.
"Good morning!" Ucap Elyna.
"Morning" balas Eriq tanpa melihat kearah isterinya.
"Awak masak apa tu?" Elyna berjalan mendekati Eriq yang sedang memasak itu.
"Organ manusia goreng" selamba Eriq menjawab tanpa memandang isterinya.
"Oh bukan air goreng?" Lawan Elyna.
"Eh bukan! Semut goreng!" Lawan Eriq lagi. Ingat dia nak kalah? No way! This is Adrian Eriq!
"Semut goreng? Macam sedap! Saya tengok Gopal makan semut goreng tu macam sedap je. Teringin pula nak makan" Elyna berjalan mendekati Eriq dan berdiri disebelah suaminya.
"Nak ke? Pergilah kutip semut dekat belakang rumah tu, ambil banyak-banyak! Boleh kita makan sama-sama" bahas Eriq sambil tangan mengambil bekas berisi garam sebelum mencubit sedikit garam itu dan diletakkan kedalam nasi gorengnya.
"Okay!" Belum sempat Elyna mahu berlari kebelakang rumah, tangannya ditarik.
"Kenapa?" Tanya Elyna apabila Eriq memegang tangannya.
"Kau nak pergi mana?"
"Nak pergi kutip semutlah" Elyna memandang suaminya dengan muka berkerut.
"Kau serius ke nak makan semut goreng?" Eriq menutup gas api dahulu sebelum memandang kearah Elyna semula.
"Iyalah, awak ingat saya bergurau?"
"Gila! Mana ada orang makan semut!" Pekik Eriq.
"Adalah! Gopal tu makan semut, boleh je?" Balas Elyna.
"Ya Allah, sayang. Itu karton je" Eriq menolak rambutnya didahi kebelakang. Mummy, anak mummy dah tak betul!
"Alaa, tapi dia manusia jugakan? Bolehlah abang..." Elyna menghayunkan lengan suaminya kekiri dan kekanan.
"A-abang?" Eriq memandang isterinya terkejut. Gila, dia panggil aku abang, choi!
"Iyalah, abang. Ely tengok semua isteri panggil suami dia orang dengan panggilan 'abang'. Ely pun macam teringin nak panggil awak 'abang'. Boleh kan?" Elyna memandang suaminya dengan mata yang bersinar.
"B-boleh... t-tapi aku—"
"Abanglah! Bukan aku, A. B. A. N. G. Abang. Ikut cakap Ely!" Tegas Elyna berkata.
"O-okay, ab- ish, gelilah! Taknaklah aku" hilang rasa gugupnya dan digantikan dengan rasa geli.
"Eh mamat ni kan, aku bagi makan kaki aku ni apa pun tak dapat" gumam Elyna. Tangan kecilnya digenggam penumbuk ditunjuk kepada Eriq.
"Tch, cukuplah abang-abang kau tu, kau panggil abang, aku tak payahlah" tangan Elyna yang masih berada dihadapan mukanya ditolak kebawah.
"Alah tapi bila saya panggil awak abang rasa dia lain tahu! Dia rasa macam... macam mana eh? Hati saya ni... haish susahlah nak terangkan" berkerut muka Elyna memikir bagaimana mahu menerangkan apa yang dia rasa.
"Dah lah, malas aku layan kau ni" Eriq mengambil pinggan di rak dan sudu didalam laci cabinet itu.
"Abang..." panggil Elyna dengan nada meleret.
"Kau diam! Jangan panggil aku abang! Geli" Eriq menjauhkan diri daripada isterinya yang sudah berjalan mendekatinya yang sedang mengisi nasi goreng dibuatnya tadi kedalam pinggan.
"Abang..." panggil Elyna lagi.
"Astaghfirullah, shuh! Shuh! Setan mana rasuk kau ni Elyna! Ya Allah, tolonglah hambamu ini" Eriq meletakkan pinggan berisi nasi goreng diatas bar dapur sebelum lelaki itu mengundur kebelakang apabila Elyna semakin mendekatinya dengan senyuman... senyuman... misteri? Entahlah!
"Abang... abang nak pergi mana tu? Abang dah tak sayang Ely ke? Sampai hati! Kit heart I!" Elyna memuncungkan bibirnya. Meminta simpati.
"Kaulah! Abang abang, siapa abang kau ha?! Aku suami kau, bukan abang kau" Eriq mengguling matanya keatas.
"Ohhh awak juling mata dekat saya?! Awak nak kena ke?!" Jerit Elyna. Sampai hati juling mata dekat kita!
"Alamak..." gumam Eriq. Dia tidak sedar bahawa dia menjuling matanya keatas. Itu tindakan reflex! Dia tidak salah! Itu tindak balas!
"Sini awak!" Elyna berlari mengejar suaminya yang sudah melarikan diri itu. Adrian Eriq jahat!
...
Hai awak" semua! Lama tak jumpa kan? Sorry dah lama tak update :(
Saya exam so kita busy sikit hm maaf klau chapter ni terlalu pendek, otak saya hilang lps hbis exam hritu hehe.
Kepada yang setia tunggu cerita saya yang tak berapa nk best ni, saya nak cakap terima kasih sangat" tau! Kesian awak tunggu cerita saya ni. Terima kasih juga untuk semua yang baca cerita saya ni, saya appreciate sgt"
Thank you again for all of you! Muahh sayang semua. And also thank you for 1k followers dkt tiktok! ❤️
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!