ELYNA keluar dari kereta dan lalu masuk ke dalam pagar sekolah, hari ini dia terbangun lambat, haih.. apa lah nasib, tak pernah-pernah dia datang lambat begini.
masuk sahaja ke dalam pagar sekolah, Elyna disapa oleh si dia, siapa lagi kalau bukan Eriq?
Elyna menundukkan pandangan nya, tidak mahu menentang mata dengan jejaka itu.
Dia malu sebenarnya, gila tak malu? dah lah datang lambat lepastu si crush pulak jaga pagar.
Elyna masuk ke dalam kelas dengan keluhan, Zavira perasan akan itu terus meluru soalan kepada Elyna.
"Kau asal ni? Murung je nampak?" Tanya Zavira sambil memandang ke arah Eriq yang baru sahaja masuk ke dalam kelas.
Elyna tidak menjawab soalan Zavira, dia hanya memandang meja nya sahaja.
Gila tak murung? Dah lah semalam dia nampak ada orang confess dekat crush, lepastu tadi crush nampak dia datang lambat, siap senyum-senyum lagi, bagaikan tengah mengejek nya, nangis lah gini.
"Eriq! Semalam saya dengar ada orang confess dekat awak?" Seorang perempuan baru sahaja berjalan ke tempat Eriq terus bertanya.
Walaupun mata Elyna tidak memandang ke arah mereka tetapi dia bole dengar tau? Tak pandang tak semestinya tak boleh dengar, kan kan.
"Oh.. ha.. kenapa ye?" Lembut Eriq menjawab kepada perempuan yang bertanya itu, Eriq pandang sekilas ke arah Elyna yang duduk dibelakang nya.
"Awak terima dia ke? Bukan apa.. cuma.. baik awak tak payah terima dia, saya tak suka lah dia, awak tahu tak yang perempuan confess dekat awak tu kan, saya pernah nampak dia berpegang tangan dengan ex dia" Eh dia ni? Perlu ke kasi opinion dia? Eriq tu boyfriend engkau ke minah? Elyna berbisik di dalam hati.
"Erm.. yeke? Elyna, betul ke Alisya tu berpegang tangan dengan lelaki?" Memang dia tak nak terima pun, sengaja Eriq tanya kepada Elyna.
Elyna tersentak, pandangan dari luar tingkap disebelah nya bertukar ke arah Eriq.
"Ha?" Biasalah, perempuan ni kadang-kadang pekak sikit, kan kan.
"Betul ke perempuan yang confess dekat saya semalam tu suka berpegang tangan yang bukan mahram?" Eriq bertanya semula kepada Elyna.
"Oh.. tak tahu lah.." Elyna menggaru kening kiri nya, awkward woi, tiba-tiba je kena soal tanpa memberi salam, eh?
"Kalau macam tu.. saya pun tak tahu lah" Eriq memandang ke arah betina yang bertanya dia sebentar tadi, ehek.
"Kenapa— tak apalah" betina tu merengus dan terus berlalu ke arah meja nya kembali, sempat betina tu menjeling Elyna.
Maaf la kalau perkataan betina tu kasar sedikit, member yang ajar.
Elyna perasan akan jelingan maut perempuan itu, kisah apa aku? Setakat jelingan bukan boleh buat apa pun, pandang-pandang gituw, eleh.
Belum sempat Eriq mahu bertanya sesuatu kepada Elyna, cikgu pelajaran sudah masuk ke kelas.
...
"ELYNA sayanggg" Nak jugak aku lempang orang yang memanggilku itu, tak tahu malu betul, silap hari nanti ada orang menuduh yang aku bercinta dengan si badak sumbu itu.
Elyna yang sedang duduk di bangku sekolah itu masik tidak menjawab panggilan Aeyman.
"Elyna cayang kuuu" Aeyman memanggil Elyna sekali lagi apabila Elyna tidak menjawab panggilan nya.
"Kau nak ape" Kasar Elyna menjawab, siap memberi jelingan kepada Aeyman.
"Alololo ayang kita ni kan! Suka marah-marah, tak manis lah awok ni" Aeyman mencubit pipi tembam Elyna.
"Woi haram lah!" Elyna menepis tangan Aeyman daripada mencubit pipinya.
"Eleh, sepupu je pun" Aeyman mencebik.
Eh dia ni? Tak belajar agama ke bang? Parah sepupu aku seorang ini.
"Weh besar nanti kan, kau nak jadi apa?" Tanya Aeyman kepada Elyna.
"Entah lah, kau ni belajar tak habis lagi dah fikir fasal kerja" Kata Elyna, Elyna memandang sekeliling untuk mencari kawannya seorang itu, bukan crush eh.
"Alah kau ni.. takpa lah, aku dah tahu apa cita-cita kau" Aeyman memberi senyuman misteri kepada Elyna.
"Apa?" Elyna memandang Aeyman pelik.
"Cita-cita kau ialah.." Aeyman gantung kata-katanya, Aeyman memandang sekeliling mencari seseorang.
Elyna memandang Aeyman pelik sekali lagi, dia cari siapa?
Apabila Aeyman jumpa orang yang dia cari, cepat-cepat dia menarik tangan orang itu, Elyna yang memandang ke arah orang yang Aeyman menarik tangannya itu sudah kaku, woi apa kena mengena cita-cita aku dengan dia?!
"Ha Elyna! Cita-cita kau nak kahwin dengan Eriq, kan kan" Teruja Aeyman berkata nya.
Mata Elyna meluas, gila ke bebal? Elyna memandang Eriq yang dari tadi memandang nya dan Aeyman bersilih ganti, mungkin dia terkejut?
"K-kepala kambing kau lah Aeyman!" Elyna menyepak pak kompang di palu, pengantin baru.
Eh.
"Bukan kau suka Eriq ke?" Tanya Aeyman, kalau suka mestilah nak kahwin kan? Manalah tahu jodoh.
"Mana ada! Siapa cakap?" Marah Elyna, sah muka dia sudah merah sekarang ni, huwaaa mamaa.
"Zavira cakap.." Aeyman memandang ke arah Eriq yang dari tadi membisu, jem mungkin? Banyak sangat kereta di dalam kepalanya.
"Ish dahlah kau" Elyna bangun dari bangku dan terus berlalu, lari lah! Takkan nak duduk situ lagi bila dah kantoi, malu lah aney.
"Aku ada tersalah cakap ke?" Aeyman memandang susuk Elyna yang sudah hilang dari pandangannya, matanya beralih ke arah Eriq yang berada di sebelahnya itu.
"Ye..kot" Eriq masih kaku, memandang ke arah bangku yang Elyna duduk sebentar tadi, masih tidak percaya yang Elyna menyukainya.
...
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!