"YA ALLAH, dik kau ni kan, asyik datang sini je, rumah Ayden ada kau taknak pergi ke? Mummy tahu ke tidak yang kau datang sini? Tak pasal-pasal abang yang kena marah" Bebel Arden Qurd, abang sulung gadis itu. Baru bangun tidur dah ada tetamu yang tidak diundang.
Gila tak terkejut?
"Mummy sudah tahu, abang ingat adik berani ke keluar tak minta izin mummy? Mahu naik angin syurga adik tu kalau tak bagitahu? Lagipun adik dah 26 tahun lah, dah boleh jaga diri sendiri" Jawab Elyna sambil makan kerepek pisang yang diambil di dapur rumah abamg sulungnya.
Tak mahu dia duduk di rumah seorang diri, kedua abangnya sudah ada rumah sendiri. Seorang sudah kahwin, seorang lagi berada di luar negara. Ada kerja katanya hm.
Kerja ke kahwin senyap-senyap? Haha.
Gurau.
Mummy dengan daddy pula sibuk kerja. Almaklumlah, doktor kan? Hm.
"Pergilah cari kerja, adik memang boleh jaga diri tapi duit? Kau nak dapat mana kalau masih tidak ada kerja? Takkan kau nak selalu minta dekat mummy dengan daddy aje? Dah besar, cari kerja. Apa susah? Banyak kerja dekat dunia ni" Arden berjalan menuju ke dapur untuk membuat sarapan.
"Ha takpun kau kahwin je, cari lelaki yang kaya-kaya, cari yang nakkan kau ajelah, selalunya yang nak jenis macam kau ni yang tua-tua aje, kalau yang muda-muda ni nak perempuan yang berjaya, cantik" Sambung Arden, package sekali dengan mengutuk adiknya sendiri.
"Macam isteri aku, ye tak ye?"
Ceh. Menyempat puji isteri sendiri.
Nasib isteri sendiri, bukan isteri orang lain.
Elyna yang sudah biasa dikutuk abangnya hanya beriak tenang.
"Eh Qaid balik pukul berapa?" Elyna menukar topik.
"Asal? Kau nak tolong ambilkan ke?" Soalan dibalas soalan.
"Tak ada lah, saja tanya. Malaslah nak ambilkan" Elyja menyilang kakinya di atas sofa, mata masih setia memandang tv.
"Eh kenapa kau datang sini? Kau tak jawab lagi soalan aku yang tu" Arden menyandar tubuhnya ke kabinet dapurnya. Mata memandang ke arah adik bongsunya itu.
Banyak tanya lah jantan ni.
"Bosan" Pendek jawab Elyna.
"Bosan pergilah cari kerja. Menyemak dekat sini kenapa? Sibuk je" Susah betul nak suruh adiknya sorang ini cari kerja.
Dahlah masuk rumah orang tak minta izin dia!
Dasar tetamu yang tak bertauliah.
"Bang, aku laparlah, buatkan makanan untuk aku boleh tak?"
...
PINTU kereta Audi A7 putihnya dihempas. Sampai hati Arden halau dia! Dasar abang tak guna.
Kata abang mithali. Ceh.
Elyna perasan kereta Toyota Alphard putih milik mummynya. Elyna memandang jam tangannya. Baru pukul 12 tengah hari, awalnya mummy balik?
Daddy kasi balik awallah tu, mentang-mentang suami punya hospital.
Elyna melihat disebelah kereta mummynya ada kereta Bmw m4 berwarna hitam milik sesiapa dia pun tidak tahu. Ada tetamu ke?
Elyna memberi salam sebelum manapak masuk ke dalam rumah. Elyna melihat ada pasangan di ruang tamu bersama mummynya.
Sejak bila mummy ada kawan yang muda-muda ni? Haha.
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!