MATA dibuka perlahan, tangan pula diraba-raba disebelahnya. Kosong.
Baru sahaja jejaka itu mahu melelap kembali, matanya terbuntang luas.
Eh kosong? Kepala laju mengalih ke sebelahnya, mata pula terus segar. Kemana isterinya tu?
"Darling?" Mata merayau disekeliling bilik tidurnya. Kosong juga. Gelap sahaja bilik itu memandangkan sekarang baru sahaja pukul 6:30 pagi.
Eriq membangunkan separuh badannya dari baringan, mata masih melihat sekeliling biliknya.
"Sayang!" Panggil Eriq dengan nada sedikit kuat namun hampa, tiada siapa jawab.
"Kemana pula betina ni?" Gumam Eriq. Eh betina?
Eriq tergelak kecil dengan kata-katanya. Gila agaknya.
"Eh Serius-serius! Mana isteri aku ni?" Tanya Eriq kepada dirinya sendiri.
"Sayanggg! Ohh sayangku bucuk-bucuk!" Jerit Eriq sebelum turun dari katil yang bersaiz queen itu.
"Woi perempuan!" Jerit Eriq lagi, kesabarannya bukan tebal mana pun. Haih.
"Tak baik tak baik, perempuan tu bini kau!" Tangan dibawa menepuk mulutnya. Jahatnya mulut ni! Mulut siapa ni?
Kepala digeleng perlahan. Risau dengan diri sendiri, cakap dengan siapatah.
"Eish, menguci kesababaran betullah bini aku ni" gumam Eriq sebelum mengambil gajet canggihnya dimeja kecil sebelah katilnya.
Belum sempat dia mahu membuka gajet itu, tangannya secara tiba-tiba mengeras. Kepalanya seakan teringat sesuatu.
"Menguci? Bukan menguji ke? Bodoh rupanya aku ni ya?" Eriq tergelak kecil. Lawak juga aku ni ya?
Baru sedar ke bang?
Eriq melangkah keluar dari bilik tidur. Gelap saja rumah itu. Kaki melangkah kearah tangga. Ruang tamu, kosong. Dapur juga kosong.
Eriq mendecit perlahan. Jejaka itu melangkah ke tingkat atas kembali dan masuk kedalam bilik tidur.
Gajet ditangannya dibuka, laju saja tangan Eriq menekan nombor isterinya sebelum menekap gajet itu ke telinganya.
1 minit...
2 minit...
3 minit...
4 minit...
5 minit...
"Eh asal beti—"
"Hello?"
Terhenti kata-kata Eriq apabila gegendang telinganya disapa dengan suara garau disebelah sana.
"Eh? Aku salah tekan ke?" Bisik Eriq. Mata memandang sekilas nombor yang ditekannya sebelum dilekapkan kembali ketelinga.
"Sorry ni siapa ya?" Tanya Eriq. Jangan cakap isteri aku curang eh?
"Kau pula siapa?" Soalan dibalas soalan.
"Eh aku tanya kau dulu tau? Kau siapa?" Eriq tanya sekali lagi. Ada yang kena belasah karang.
"Kalau aku cakap aku ni boyfriend dia. Kau nak buat apa?" Soal lelaki yang menjawab panggilan Eriq menggunakan gajet Elyna.
Eriq tersentak. Tak... Elyna takkan curang dia... fikir positive Adrian!
"Eh jantan! Kau kat mana? Kau buat apa dekat isteri aku?!" Jerkah Eriq. Amarahnya tidak boleh ditahan lagi.
"Isteri? Sejak bila Elyna kahwin? Kantoilah berangan dengan girlfriend aku?" Lelaki itu tergelak kecil. Sengaja perkataan 'girlfriend' ditekan.
"Kau cakap sekarang kau dekat mana" keras Eriq berkata.
"Hotel La Prince, Kuala Lumpur. Nak datang? Mehla sini. Nombor bilik 21. Jumpa nanti lelaki tak sedar diri" dengan itu panggilan diputuskan oleh lelaki itu.
Nafas Eriq tidak mengatur.
"Darling! Kau curang dengan aku ke?" Bibir dicebik. Nak nangis tapi kena tahan. Kita jantan mana boleh menangis.
Tak membuang masa, Eriq laju melangkah masuk kedalam bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.
...
PINTU kereta dihempas sebelum kaki laju melangkah masuk kedalam hotel mewah yang disebut lelaki itu. Besar juga hotel ni ya?
Kaya betul lelaki ni. Sebab ni ke Elyna curang? Tapi rasanya dia lagi kaya. Ceh.
Harta bukan boleh masuk kubur pun.
Haih.
Terpaksa dia mengambil cuti harini memandangkan ada benda yang lebih penting sekarang ini untuk diuruskan.
Lagipun isterinya juga tiada, macam mana dia nak kerja kalau Elyna tak ada? Tak senanglah nak buat kerja kalau bini tak ada depan mata.
Kau ingat aku tak boleh kerja sebab tak ada PA kan? Haha. Salah-salah.
Sampai sahaja didepan pintu bilik nombor 21, pintu itu terus diketuk kuat beberapa kali.
"Sabarlah! Tak ada kerja ke ketuk pintu bilik orang—" terhenti kata Elyna apabila matanya dihias dengan muka tegang suaminya.
"A-awak... m-macam mana awak t-tahu saya ada dekat sini?" Tanya Elyna dengan rasa gugupnya. Takut-takut Elyna mahu menatap mata suaminya yang kelihatan menahan marah
"Best? Best berdua-duaan dengan lelaki ajnabi dekat dalam bilik tu?" Soalan dibalas soalan.
"Apa yang awak—"
"Dahlah Elyna, aku penat kau tahu? Kalau kau tak cintakan aku pun, boleh tak kau cuba bukakkan hati kau untuk aku? Please... aku merayu. Aku taknak bercerai dengan kau" potong Eriq. Tangan jejaka itu dibawa mengusap pipi isterinya.
"Awak—
"Aku sayangkan kau, Elyna. So please... jangan ada lelaki lain dalam hati kau. Just me... hanya aku aje yang ada dalam hati kau. I admit it, aku cemburu bila ada lelaki lain rapat rapat dengan kau. Apatah lagi sampai berdua-dua dalam bilik. Sumpah ini kali pertama aku nampak kau dengan lelaki lain, mesti kau sayangkan dia sangat-sangatkan? Sampai kau sanggup berdua-duaan dengan dia" potong Eriq lagi. Dia taknak dengar penjelasa dari isterinya. Dia takut ia akan sakitkan lagi hatinya apabila mendengar penjelasan Elyna.
"Eriq—"
Prangg!
...
Alamakkk. Hi?
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!