ELYNA perlahan-lahan menuruni tangga, takut jatuh. Dia masih tidak sedar dari tidur sepenuhnya.
"Ning ning mummy, tak kerja ke harini?" Masuk sahaja ke dapur, Elyna melihat Puan Estina sedang masak nasi goreng.
"Eh adik! Kenapa tak siap lagi ni!" Puan Estina terkejut melihat anak bongsunya masih dengan hoodie dan seluar adidasnya, dengan rambut serabainya! Dihiraukan soalan Elyna tadi. Hospital suami, biarlah dia nak cuti pun!
Hehe.
"Kenapa? Hari ni ada apa-apa ke?" Elyna kelihatan masih mamai. Dia juga perasan Puan Estina memakai tudung.
Kenapa mummy pakai tudung dekat dalam rumah sendiri ni?
"Ya Allah, lupa ke? Harinikan adik kena pergi ambil baju kahwin adik, Adrian dah tunggu dekat ruang tamu tu, tak perasan ke?" Marah Puan Estina.
Eh budak ni! Sudahlah tak pakai tudung! Itu baru bakal suami bukan suami lagi!
"Hah?!" Elyna laju menarik hoodnya dan mengikat tali di bawah dagunya.
Eriq ada dekat ruang tamu?! Kenapa dia tak perasan tadi! Ya Allah.
"Dah! Pergi siap sekarang!" Sempat Puan Estina mencubit lengan anak bongsunya itu sebelum Elyna berlari keluar dari dapur.
...
MASUK sahaja ke dalam kereta Bmw M4 warna hitam lelaki itu, Elyna terus rasa awkward, tadi ada Puan Estina tidak adalah awkward mana, sekarang tinggal mereka berdua je hm.
"Baju kau tempah tu dekat mana? Aku lupa nak tanya mummy" Eriq mula bersuara. Elyna memandang ke arah jejaka itu, mukanya berkerut sedikit.
Suka hati dia je panggil mummy kita mummy! Belum jadi suami lagi dah panggil gitu.
Sepak kang.
Gurau.
"Dekat Flora Boutique" Jawab Elyna. Eriq memandang Elyna sekilas dan memandang ke arah jalan dihadapannya kembali.
Senyap.
"A-awak tak ada girlfriend ke?" Elyna bersuara, cuba untuk menghilangkan rasa awkwardnya.
"Kalau aku ada, tak adanya aku setuju nak kahwin dengan kau" Kata Eriq dengan nada tenang.
"Umur awak berapa?" Elyna sudah tahu sebenarnya, saja tanya, hehe.
"26"
"Awak kerja apa?"
"Adalah"
Cis.
"Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?"
"Entah"
"Awak betul-betul tak ingat saya ke?"
Krik krik
"Kau siapa sebenarnya? Asal kau tanya soalan tu? Kita pernah kenal ke?" Muka Eriq mula berkerut. Tak faham dengan gadis disebelahnya ini.
"Tak ada apalah"
"Again? Kau tak boleh ke bagitahu je aku, penatlah main teka teki macam ni" Eriq berhenti keretanya ketika lampu isyarat bertukar warna merah.
"Tak ada apa-apalah. Boleh saya buka radio tak?" Elyna cuba untuk menukar topik.
Eriq tenung gadis disebelahnya, main tukar-tukar topik pula? Dia yang mula dulu. Aceh.
"Hm, bukaklah" keretanya bergerak semula apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau.
...
MEREKA berdua keluar sahaja dari boutique di mall itu. Ada seorang perempuan rambut paras leher menegur Eriq."Hai Eriq! Lama tak jumpa you!" Perempuan itu nampak macam.. teruja?
"Sorry, who are you?" Eriq mengangkat sebelah keningnya ke arah Elyna, membuat isyarat 'siapa tu?'. Elyna mengangkat bahunya.
Matanya kembali mengalih ke arah perempuan dihadapan mereka.
"You tak ingat I? Alisya, kita sama sekolah dulu! Takkan you tak ingat?" Perempuan yang bernama Alisya itu mencebik.
Elyna yang sudah ingat siapa gadis itu hanya memandang perempuan itu atas bawah.
Oh dia ni?
"Sorry, saya tak ingatlah" Eriq menggaru hujung keningnya, cuba mengingat siapa gadis dihadapannya itu.
"Tak apalah kalau you tak ingat" Alisya membuat muka sedih tetapi kembali ceria.
Dah kenapa perempuan ni?
"Jom! Lunch?, you mesti belum makan lagikan?" Alisya memeluk lengan Eriq sebelum menarik berjalan bersebelahan.
Eh? Dia tak nampak aku ke?
Lagi satu, suka hati dia aje pegang-pegang bakal suami orang!
"Err.. sorry again, tapi erm.. I-I datang dengan isteri I" Tipu Eriq. Lelaki itu menarik lengannya daripada dipeluk gadis bernama Alisya itu dan menarik tangan Elyna.
Woi! Apa ni pegang-pegang?!
Mata Elyna meluas memandang Eriq. Dia cuba meleraikan pegangan jejaka itu tetapi gagal.
Eriq memberi isyarat mulutnya 'sorry', sekali dengan pandangan yang bersalah. Elyna hanya pasrah. Biarkan aje Eriq menggenggam tangannya.
"Oh.. eh you bukan Elyna ke? Elyna Qistina! Am I right?" Alisya membawa tangannya ke mulut, membuat nampak seperti terkejut.
"You dulu banyak jerawat dekat muka, tak sangka sekarang muka you sudah bersih ye! Patutlah Eriq kahwin dengan you" Sengaja Alisya mengungkit kisah silam Elyna.
Elyna memberi senyuman palsunya. Kurang ajar betina ni! Kalau dia tidak fikir dimana mereka, sudah lama dia tampar muka yang memakai make up tebal tu!
Geram betul dia!
"Jom! Kita lunch sama-sama!" Alisya menarik tangan Elyna dan Elyna menarik Eriq kerana tangan jejaka itu masih menggenggam tangannya.
...
"MAKANAN awak nampak sedaplah" Elyna memandang makanan yang di order Eriq. Nasi goreng pattaya.
Serious nampak sedap!
Elyna hanya order air sahaja. Caffe Latte.
Tadi rasa macam tak lapar sebab ada betina yang tengah duduk di hadapannya sekarang ni!
Tapi bila tengok makanan Eriq hm, tiba-tiba kadi laparlah pula.
"Nak sikit?" Tanya Eriq apabila nampak bakal isterinya disebelah asyik memandang makanannya dari tadi.
"Boleh ke? Awak macam teragak-agak aje nak bagi saya sikit.." Dia sengaja! Haha.
"Boleh aje, darling" Eriq seakan tidak sedar apa yang dia panggil Elyna sebentar tadi. Eriq mengambil nasi sedikit dengan sudu dan membawanya ke hadapan mulut gadis disebelahnya.
Eh? Dia nak suap ke? Alamak.
Elyna memandang ke arah hadapannya seketika, Alisya sudah menjeling ke arahnya. Ngam!
Elyna menyambut makanan yang Eriq bagi dengan hati yang puas, puas tengok muka tak puas hati gadis dihadapannya!
"Hmm! Sedap!" Dia sengaja sekali lagi. Hoho!
Eriq hanya tersenyum melihat senyuman lebar gadis disebelahnya.
Alisya hanya melihat betapa mesranya pasangan dihadapannya sekarang. Panasnya hati ni! Menyesal ajak makan sekali. Hmph!
Merajuklah!
Eh kisah apa author?
...
Haii, maaf ye lambat! Hehe. Kita busy la awokk.
Thank you untuk siapa yang baca cerita saya yang tak seberapa ni! Saya appreciate sangat ii! And maaf jika cerita saya ni bosan and ayat berterabur :(
Terima kasih sekali lagi! ❤️
YOU ARE READING
𝐈𝐌𝐀𝐆𝐈𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 | 𝐂
RomanceFirst book, maaf jika ada kekurangan "Loving you, is healing me" ⚠️ - tidak ada conflict kot? Haha. - typo bersepah. - ayat tak betul. - banyak ejaan yang salah. -cringe Happy reading!