Akan ku beritahu kau si pembaca, aku tidak pernah menyesal mengenal seseorang yang aku cintai. Seseorang yang sudah mencuri perhatian aku sejak pertama kali aku melihat wajahnya. Bahkan aku tidak pernah menyesal dihukum sewaktu itu.
Penyesalan hanya berlaku saat aku tidak berani mendekatinya dan mengatakan aku tertarik untuk menjadi kawanya. Mungkin tulisan takdirku denganya bukan seperti itu. Jadinya aku seperti pengintip yang memerhatikan targetnya daripada jauh.
Akan ku jelaskan bertapa indahnya dia sewaktu itu. Tetapi kau tidak boleh jatuh cinta. Dia hanya milik aku, yang layak jatuh cinta hanya aku kerana aku seperti orang dungu yang memerhatikanya.
Aku tidak pernah menyesal. Tidak ada kata menyesal setelah aku mengenalinya.
25:08:2016
KAMU SEDANG MEMBACA
Cerita kau dan aku
RomanceSemuanya akan aku ceritakan setiap masa, setiap jam, setiap minit saat-saat aku bersamamu yang terasa sangat indah. Akan aku ceritakan pada seluruh dunia bertapa aku benar-benar mencintai dirimu sehingga ku dapat melupakan dunia indah kerana cukup k...