Jeno mendudukan dirinya di sebelah Jaemin dengan senyuman dia. Jaemin memberikan minuman botol kepadanya dengan senyuman manis.
"Lagi 3 minggu Jeno lawan dengan Taegu." Jeno meletakkan kepalanya di bahu Jaemin.
"Jaemin datang?" Jaemin memandang Jeno sekilas lalu menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia akan cuba untuk datang untuk menyaksikan perlawanan itu.
"Esok nanti jangan lupa datang rumah. Bubu nak jumpa." Kata Jeno lalu mencuri satu ciuman di pipi Jaemin dengan senyuman manisnya.
BAM!
Jaemin dan Jeno terkejut saat mendengarkan bunyi bola yang dibaling kuat. Jeno mencari si perlakunya itu.
"YAK HWANG HYUNJIN!"
"Kau jangan nak bersweet sangat. Cepatlah training." Marah Hyunjin sambil mengambil balik bola yang ada di sana. Dia memandang ke arah. Dia memandang ke arah Jaemin yang ditemani oleh Hyunsuk kebetulan datang.
Team semua mula berlatih bersama. Jaemin dan Hyunsuk asik berbual sendirian sahaja. Jeno menjaringkan bola mendapatkan mata untuk dirinya sendiri.
"Kita bet nak?" Cadangan Yoshi itu menarik perhatian mereka semua.
"Apa?"
"Alin dengan Jeno. Siapa dapat 3 point 4 kali kita jadikan dia permain utama. Yang kalah kena belanja makan." Kata Soobin sebagai captain. Mereka semua memandang satu sama lain.
"Bukan dah ditetapkan?"
"Aku captain, aku boleh cakap dengan coach siapa yang layak dan tak."
"Kau guna kuasa. Okay! Siapa takut?" Guanlin mengambil bola yang ada di depanya dan memulakan game. Mereka semua dibahagikan dua kumpulan Jeno dan Guanlin.
Semuanya bermain dengan bersungguh. Guanlin menapatkan cetakkan pertama. Dia memandang Jeno dengan muka mengejeknya itu.
Mereka semua berlatih, bermain dan bergurau bersama.
📚🧾
"Hah makanlah. Malam ni! Alin belanja!" Semuanya bersorak sementara Guanlin hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Dia mendudukan dirinya di salah satu kerusi di sana. Dia membuang nafas dalam.
"Mana Soobin?"
"Tandas." Kata Renjun tenang. Dia mengambil daging lalu menyuapkan di mulutnya. Jeno melihat Jaemin yang sedang membakar daging, perlahan dia menghampiri lelaki manis itu. Membantu memegang pinggan.
"Malam harini cantik." Jaemin mengangguk setuju. Jaemin memandang Jeno.
"Kenapa tak makan?"
"Dah makan sikit tadi. Sekarang nak tunggu Jaemin." Jaemin memberikan senymuman yang menjadi candu Jeno. Jeno suka melihat itu. Jaemin kembali focus dengan pembakaranya.
Tittitititi
"Jeno boleh tolong kejap? Jaemin nak ke tandas." Jeno menganggukan kepala dan mengambil alih penyepit Jaemin tadinya. Dia melihat Jaemin mengeluarkan sesuatu daripada beg dan berjalan untuk ke tandas.
Dia tidak tahu dan dia mahu tahu. Cuma dia tidak dapat melakukan sesuatu.
"Renjun." Renjun mengangkat muka mencari keberadaan Jeno. Untuk Guanlin bantu.
"Jaemin ada sakit apa-apa?" Renjun nampak berfikir lalu menggelengkan kepalanya. Jeno mengangguk faham.
Tidak lama itu Jaemin berjalan mendekati Jeno. Jeno tersenyum memandang Jaemin. Mereka berdua menghabiskan pembakaran itu lalu duduk berduaan bersama. Jaemin menyediakan makanan yang ada untuk Jeno.
"Untunglah Jeno sekarang, dah ada isteri untuk dijaga."
"Kau tu cepat-cepatlah cari kekasih. Kalau tak ada yang boleh jaga kau sekali." Kata Jihoon kepada Soobin. Soobin menghabiskan colanya lalu memandang mereka.
"Aku...malas." Kata Soobin dengan senyuman dia. Mereka yang lain hanya menggelengkan kepala sahaja.
"Jeno."
"Hum?"
"Esok datang pukul berapa?" Jeno tersenyum.
"Biar Jeno amik Jaemin dekat rumah okay." Jaemin menganggukan kepalanya. Keduanya mula makan bersama. Menghabiskan malam itu bersama dengan yang lain.
📚🧾
"Tengok tu Jae. Sampai ke dapur boleh bau perfume dia." Usik Taeyong melihat Jeno turun daripada tangga. Jeno tertawa kecil lalu mendekat ke arah Taeyong.
"Jeno pergi amik dia dulu okay." Taeyong menganggukan kepalanya.
"Jenong!"
"Apa kau nak budak?"
"Takde apa." Dan dengan percuma Beomgyu menerima sepakkan di bontotnya. Jeno mengambil motorbike nya dan mula untuk bergerak pergi ke rumah Jaemin.
Setibanya dia dirumah. Dia melihat Jaemin yang sudah ada di depan rumah sambil bermain dengan kucing kesayanganya itu.
Melihat kehadiran Jeno, Jaemin lantas mencuci tanganya dengan air bersi lalu berjalan menghampiri Jeno. Dia memberikan senyuman manis membuatkan Jeno ikut tersenyum.
"Eee tahu tahu je kelemahan Jeno!" Jeno mencubit hidung Jaemin geram.
"Lama tunggu?"
"Tak. Tadi pun bagi kucing makan." Jeno menganggukan kepalanya. Jeno memakaikan Jaemin helmet dan mula bergerak kembali ke rumahnya.
Sampai di rumah besar milik keluarga Jung, mereka berdua masuk ke dalam rumah.
"Bubu!" Jaemin memandang salah seorang lelaki yang nampak manis namun ada aura karisma tersendiri menghampirinya.
"Na Jaemin?" Jaemin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia memberikan bow hormat yang dibalas Taeyong.
"Panggil bubu je, jom masuk. Bubu dah masak banyak makanan." Jaemin dan Jeno masuk ke dalam rumah itu. Mark, Haechan, Jaehyun dan Beomgyu sudah ada di meja makan.
Haechan dan Jaemin sempat memberikan lambaian satu sama lain.
"Ini daddy, Mark hyung, tunang dia Haechan dan bongsu kami Beomgyu." Jeno memperkanlkan orang yang ada di dalam rumah itu. Mereka semua memberikan senyuman kepada Jaemin.
"Makanlah." Dan kesemuanya makan dengan tenang.
📚🧾
KAMU SEDANG MEMBACA
Cerita kau dan aku
RomanceSemuanya akan aku ceritakan setiap masa, setiap jam, setiap minit saat-saat aku bersamamu yang terasa sangat indah. Akan aku ceritakan pada seluruh dunia bertapa aku benar-benar mencintai dirimu sehingga ku dapat melupakan dunia indah kerana cukup k...