Bab: Dua

1 1 0
                                    

Jeno menghantar Jaemin masuk ke dalam hospital itu. Setelah menunjukkan surat appoinment dia dibenarkan masuk ke dalam.

"Jeno masuk sekali?" Jeno menggelengkan kepala dengan senyuman. Dia mencium dahi Jaemin dengan perlahan dan menyuruh Jaemin masuk ke dalam.

Masih tiada kekuatan di diri Jeno untuk menemani Jaemin. Bukan kerana dia lemah, dia hanya tak mampu untuk terima semuanya.

"Jaemin ada sakit,"

"Sakit? Sakit apa?"

"Cancer."

Dia sepertinya ingin mati saat mengetahui hal itu. Bukan kerana dia tidak mahu Jaemin berpenyakit atau dia sudah tidak mencintai Jaemin. Ini semua kerana dia memikirkan semuanya.

Hidupnya bagaimana? Apa yang akan jadi jika Jaemin tiada di sisinya? Apa yang akan berlaku kalau Jaemin meninggalkan dia? Banyak yang membuatkan dia berfikir sehingga dia tidak mampu untuk berdiri.

Jeno hanya menunggu diluar sahaja. Sehingga Jaemin selesai daripada melakukan pemeriksaan, dia menghampiri Jaemin.

"Macam mana? Doctor cakap apa?"

"Macam biasa. Cuma kalini kena makan makanan sihat lebih sikit." Jeno menganggukan kepala.

"Nanti Jeno masakkan."

"Jeno...maaf kalau-"

"Lepas Jeno buat keputusan untuk berkahwin dengan Jaemin, tak pernah Jeno menyesal dengan apa yang Jeno lakukan. Walaupun ada Jaemin lain yang sihat dan tidak sakit, Jeno tetap inginkan Jaemin yang ini."

Jaemin meletakkan kepalanya di bahu Jeno. Dia menganggukan kepalanya dengan perlahan.

"Jaemin tidur dulu. Nanti Jeno kejut." Jaemin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan. Jeno mencium dahi Jaemin dengan perlahan.

📚🧾

"Benda merepek jangan cerita dekat aku. Aku tak nak dengar benda karut." Kata Jihoon sambil membaling bola kepada Hyunjin. Mereka sedang lepak bersama setiap hujung minggu.

"Sejak bila kau jadi matang ni." Kata Soobin pula.

"Entahnya!" Jeno hanya mampu tergelak sahaja melihat Jihoon begitu. Jihoon mendudukan diri dan diikuti dengan yang lain. Dia memandang yang lain sambil menarik nafas dalam.

"Aku cuma penat."

"Ada masalah ke?" Tanya Hyunjin melihat muka murung Jihoon.

"Kau tahukan aku dah nak kahwin."

"Okay, jadi?"

"Hyunsuk dapat tawaran ke America. Producer music." Adu Jihoon. Jeno memandang Jihoon yang memang nampak kusut.

"Kau tak sokong?"

"Aku bukan tak sokong dengan impian dia. Tapi dia kena buat pilihan."

"Pilihan apa?" Tanya Soobin membuatkan Jihoon menghela nafas dalam dengan perlahan.

"Tarikh untuk di ke sana kalau dia terima sama dengan tarikh perkahwinan aku." Kata Jihoon dengan keluhan. Semuanya dapat rasakan itu.

Jeno memandang Jihoon. Jihoon pasti sedih mengetahui semua ini.

"Aku tak boleh tanpa dia." Jeno menunduk kecil. Jihoon hanya berpisah jarak sahaja sudah tidak mampu melakukan apa-apa.

Bagaimana dengan dirinya? Yang akan berpisah alam suatu hari nanti? Adakah dia akan okay? Atau dia akan merasakan sangat kesakitan?

Adakah dia boleh tanpa Jaemin? Adakah dia mampu tanpa Jaemin?

📚🧾

Cerita kau dan akuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang