"Jeno, kau ada charger laptop? Aku nak pinjam."
"Dalam laci tu." Mark masuk ke dalam bilik adiknya itu lalu mengambil laptop yang ada di sana. Dia baru sahaja ingin keluar, dia melihat wajah sendu Jeno tu.
"Aku tak busy."
"Then?"
"Tak nak cerita apa-apa? Kau dah lama tak cerita dengan aku." Jeno memandang Mark yang mendudukan diri di depanya atas katil. Jeno membetulkan kedudukanya lalu memandang Mark.
"Macam mana kalau kau dengan Haechan sahabat, tapi kau sukakan dia?" Mark memandang Jeno dan mentafsir soalan adiknya itu. Mula memikirkan jawapan sesuai dengan jawapan yang diinginkan Jeno.
"Aku ada dua pilihan."
"Apa?"
"Teruskan menjadi kawan supaya keadaan tidak terlalu awkward atau terus terang dan terima apa yang akan jadi jawapan dia nanti." Kata Mark menjawab pertanyaan Jeno.
Jeno membuang nafas dalam dengan perlahan.
"Kau sukakan seseorang?"
"Susah nak jelaskan. Dinding yang dia cipta terlalu tinggi." Kata Jeno dengan keluhanya. Mark tertawa kecil lalu mengusak rambut adiknya itu.
"Tak sangka adik aku ni dah besar."
"Iesh apa ni!"
"Jeno, suka dengan sahabat sendiri tak sama dengan kau suka pada seseorang yang kau memang suka. Kau kena tahu resikonya." Kata Mark dengan tenang dan perlahan. Jeno kembali mengeluh perlahan.
"Aku nak keluar main basket dengan yang lain, nak join?"
"Ahh takpelah. Aku nak rest." Mark menganggukan kepalanya dengan perlahan. Sebelum Mark keluar dia sempat mengingatkan Jeno untuk tarikh esok. Jeno membaringkan dirinya dengan tenang.
📚🧾
Jeno mencuri pandang Jaemin yang ada di belakang. Jaemin sedang focus membuat kerjanya dengan tenang.
"Kau suka dia?" Jihoon membisikkan saat dia melihat Jeno memerhatikan Jaemin di belakang. Jeno memandang Jihoon yang sedang menulis. Dia kembali menulis dan cuba untuk focus.
"Kalau suka cakap, jangan pendam sorang-sorang." Jeno tertawa kecil.
"Aku nak cakap apa? Kau tak nampak line yang dia buat tu besar." Balas Jeno. Jihoon melirik ke belakang lalu membuang nafas dalam.
"Kau pun asik mengiyakan je apa yang dia cakapkan. Cuba sesekali kau kata tak." Jeno membuang nafas dalam.
"Aku tak nak pertemanan aku dengan dia hancur."
"Hancur? Takde yang hancur kalau semuanya okay." Kata Jihoon pula. Jeno hanya menggelengkan kepala perlahan. Dia melirik ke arah belakang kembali. Jaemin masih dengan kerjanya.
Jeno kembali membuat kerjanya dengan sedikit tidak tenang. Kepalanya terlalu banyak memikirkan benda yang membuatkan dia sedikit tidak selesa.
"Seam! Saya nak ke tandas." Jeno bangun dan berjalan untuk pergi keluar. Dia menuju ke tandas lalu mencuci mukanya dengan air bersih. Wajahnya ditatap sendiri.
Dia kembali berjalan keluar daripada sana dan membuang nafas dalam. Dia terus kembali ke kelas namun dia melihat Jaemin sudah tidak ada ditempatnya.
"Mana Jaemin?"
"Dia ke bilik rehat."
"Sakit?"
"Katanya sakit perut." Jelas Jihoon. Selepas lonceng berbunyi sahaja Jeno lantas berlari keluar kelas.
"YAK JENO BE-" Jihoon menghela nafas dalam dan membantu Jeno mengemaskan barangan lelaki itu.
Jeno sampai dibilik rehat lalu memandang Jaemin yang terbaring. Dia mendekat ke arah Jaemin dan mengelus perlahan lelaki itu.
"Sakit?"
"Jen..."
"Shust. Jeno belikan air hangat okay?" Jaemin menggelengkan kepalanya perlahan. Dia hanya ingin menidurkan dirinya sahaja. Jeno menjadi peneman lelaki itu di rehatnya.
📚🧾
"BUBU! DADDY!" Seorang anak lelaki keluar daripada asrama itu lalu memeluk dua lelaki yang lebih tua itu! Tidak lama itu sebuah kereta mewah lain berhenti di depan sekolah itu menarik perhatian mereka semua.
"HYUNG!" Mark memeluk adik bongsunya itu.
"HAECHAN HYUNG!" Semua orang di sana dia peluk dengan sangat erat. Sebuah motobike juga berhenti di depan sekolah itu. Jeno membuka helmetnya dan membetulkan rambutnya.
"Eeew dia siapa?" Hanya kepada Jeno sahaja adik laknat ini melakukan itu. Jeno ingin tergesa-gesa turun daripada motornya dan mengejar adiknya itu namun lelaki itu bersembunyi dibelakang Jaehyun.
"Beomie, tak baik buat Jeno macam tu." Beomgyu tersengih kecil. Dia mendudukan dirinya di motorbike abangnya itu lalu bermain dengan helmet Jeno.
"Beomie nak naik dengan Jenong." Beomgyu tersenyum memandang Jeno yang memandangnya kecil.
"Kau kan anak angkat, tak tak sudi."
"Hey Jenong! Beomie tahun hyung rindu Beomie kan? Bubu?"
"Niaklah sayang, mana barang kamu? Biar daddy yang bawak."
📚🧾
KAMU SEDANG MEMBACA
Cerita kau dan aku
RomanceSemuanya akan aku ceritakan setiap masa, setiap jam, setiap minit saat-saat aku bersamamu yang terasa sangat indah. Akan aku ceritakan pada seluruh dunia bertapa aku benar-benar mencintai dirimu sehingga ku dapat melupakan dunia indah kerana cukup k...