Sudah 5 bulan bersama dengan pujaan hati tidak pernah membosankan. Makin parahnya perasaan ini semakin hari semakin masuk ke dalam jiwa dan tersemat di hati. Seolah hati ini sudah jumpa pemilik tetap. Rasa bahagia itu tentu sahaja selalu tiba. Namun...akan ada satu perasaan mengotori kebahagiaan yang ada.
Kenapa masih ada rahsia dihubungan kita? Masih tinggi dinding penghalang yang dibina meskipun sudah berjaya melepasi lapisan utama. Masih banyak halangan yang tidak aku tahu dan tidak mampu untukku tembusi.
Aku hanya ingin sebuah hubungan tanpa rahsia. Namun aku tidak dapat memaksa kau untuk terus terang atau menceritakan rahsia yang kau simpan dalam hidup kau. Aku tidak mahu hubungan kita adalah hubungan yang terpaksa.
Cukup kau sudah ada dalam dunia aku, semuanya cukup. Aku benar-benar mensyukurinya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cerita kau dan aku
RomanceSemuanya akan aku ceritakan setiap masa, setiap jam, setiap minit saat-saat aku bersamamu yang terasa sangat indah. Akan aku ceritakan pada seluruh dunia bertapa aku benar-benar mencintai dirimu sehingga ku dapat melupakan dunia indah kerana cukup k...