Bab: Satu

2 0 0
                                    

"Terima kasih." Kata Jeno dengan senyuman manisnya. Dia mendudukan dirinya dengan perlahan. Tidak lama itu keluarganya menghampiri dia. Jeno kembali bangun.

"Bubu baru sampai?"

"Uhm." Jeno memberikan senyuman kecil. Keluarga Jaemin juga datang menghampiri Jeno. Yuta mengelus perlahan bahu Jeno. Dia juga dapat merasakan cinta Jeno kepada anaknya Jaemin.

"Jeno..." Jeno memandang Mark yang memanggilnya. Lalu mendepakan tanganya kecil. Jeno mengigit bibirnya dan tersenyum kecil. Mark membuka langkah dan memeluk Jeno.

"Jeno." Sekali lagi nama Jeno disebut Mark. Jeno memeluk Mark erat dan menghancurkan hati semua yang ada di sana.

"Hyung! Jaemin! Jaemin tinggalkan Jeno. Di-dia dah takde hyung." Jeno akhirnya melepaskan tangisan yang dia tahan selama 2 hari sendirian. Mark mengelus perlahan belakang badan Jeno. Menenangkan adiknya itu.

"Jaemin dah-dah takde hyung. J-Jeno tak tahu apa nak buat." Kerana terlalu lemah dia akhirnya lemah sehingga jatuh memeluk Mark dengan erat.

"Shust shust." Mark masih memujuk adiknya yang menangin tanpa berhenti itu. Jeno masih memeluk erat Mark.

"Jae-Jaemin...dah takde hyung..." Melihat itu semuanya menangis merasakan sedih milik Jeno yang disimpan. Jeno bahkan tidak sanggup menghantar Jaemin ke tempat tidur yang terakhir.

Selama 2 hari dia berpura kuat dan tidak ingin menangis. Namun harini dia kalah dan tidak mampu melakukan apa-apa. Dia benar-benar merasakan sangat terpukul kehilangan kekasih tercintanya.

📚🧾

"Sayang...semuanya selesai. Jaemin tidur nyenyak jangan fikirkan apa-apa. Sakit Jaemin dah hilang." Kata Jeno sambil tanganya mengemas makam milik Jaemin. Dia melihat gambar yang ada di sana membuatkan matanya menangis.

"Aku tak nak bagi kata-kata penenang macam orang biasa. Semuanya dah jadi. Kalau kau nak nangis, nangis lah. Jangan pernah tahan air mata kau." Kata Hyunjin membawa Jeno ke dalam pelukkanya.

Jeno akhirnya menangis di dalam pelukkan Hyunjin. Yang lain juga memeluk mereka berdua.

"Kalau kau rindu, jangan tahan. Menangis je. Tak salah menangis, kau rindukan seseorang yang kau cinta."

"Terima kasih." Kata Jeno. Yang lain memberikan senyuman menenangkan untuk Jeno

"Jaemin beruntung ada kau yang mencintai dia sampai akhir hayat dia." Kata Soobin. Jeno mampu memberikan senyuman sahaja menanggapi ayat itu. Keempat mereka akhirnya balik ke rumah.

Jeno mendudukan dirinya di belakang bersama dengan Jihoon. Memandang keluar tingkap dengan tenang. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Matanya sudah cukup bengkak.

Cerita dia akhirnya selesai. Dia selesai dengan apa yang sudah dia perjuangkan. Namun pada akhirnya, dia tetap tidak mampu berjuang melawan takdir. Tuhan tetap mengambil Jaemin daripadanya.

Dia merasakan bahunya diurut kecil dan itu daripada Jihoon. Jihoon menenangkan Jeno dengan urutan kecil. Jeno melelapkan matanya. Ini sudah takdirnya.

Jaemin sudah tidak merasakan sakit. Sudah tidak perlu makan ubat yang menyakitkan tekaknya. Tidak perlu menerima rawatan yang menyakitkan setiap tubuhnya.

Meskipun dia sudah kehilangan sumber kehidupan. Dia sudah hilang senyuman manis yang menjadi obsesnya. Dia sudah kehilangan sebab untuk dia bertahan di dalam dunia ini.

"Jeno...jangan buat yang bukan-bukan." Pesan Hyunjin tegas memandang Jeno yang sudah keluar daripada kereta untuk masuk ke dalam rumahnya.

Jeno memberikan senyuman dengan manis. Dia berjalan masuk ke dalam rumah itu. Selepas menutup pintu dia terduduk lemah.

"Jaemin...Jeno sendiri. Gelap. Sunyi. Sejuk." Dia kembali menangis malah meraung dengan sangat kuat.

📚🧾

Cerita kau dan akuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang