Jeno tersenyum melihat Jaemin yang sedang bermain dengan kucingnya. Jeno sejak-sejak ini sibuk dengan kerja jadinya dia menghantar Jaemin terkadang di rumah keluarganya sendiri atau keluarga Jaemin. Terpulang dengan Jaemin ingin ke mana.
"Kejap okay. Jaemin basuh tangan." Jeno menganggukan kepalanya dengan perlahan. Jaemin nampak sangat bahagia dan lebih kepada Jaemin yang dahulu. Berisi dan lebih tersenyum dengan manis.
"Jeno dah makan?" Jeno melihat Winwin menghampirinya.
"Belum baba."
"Kalau macam tu kita makan dekat sini?"
"Boleh juga." Jeno dan Winwin menuju ke dapur untuk menikmati makan berama keluarga Nakamoto.
Mereka semua menikmati makanan itu setelah Yuta pulang ke rumah daripada bekerja. Semuanya menikmati makanan itu dengan sangat tenang. Jeno menjaga Jaemin dengan sangat baik sehinggalah mereka selesai makan.
"Sini, biar Jeno basuh." Jaemin memberikan alatan makananya kepada Jeno. Dia melihat Jeno yang sedang menyuci pinggan mangkuk kotor milik mereka.
"Jeno.."
"Kenapa?"
"Maaf."
"Haih...maaf lagi. Jaemin. Jangan pernah cakap maaf dengan apa yang cuba Jeno lakukan. Semua Jeno buat sebab Jeno sayangkan Jaemin."
"Tapi.." Jeno menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia berjalan untuk menghampiri Jaemin dengan senyuman manisnya.
"Kalaupun Jaemin tak sakit, Jeno tetap nak menjaga Jaemin sampai tua. Jeno sayangkan Jaemin daripada awal kita jumpa sampai semuanya selesai."
Jeno mengelus kepala Jaemin perlahan.
"Mungkin Jeno yang pergi dulu sebelum Jaemin. Sudah jangan dicakapkan lagi tentang ini. Kalau Jaemin tak sayangkan Jeno, sayang baba dengan papa. Diorang nak Jaemin happy."
Jeno memeluk Jaemin dengan penuh perasaan dan lembut. Jaemin membalas sambil menahan tangisanya.
📚🧾
Jeno melihat Jaemin yang sedang mengemas. Dia lantas menghampiri Jaemin.
"Jeno dah cakap, kalau nak kemas panggil Jeno sekali."
"Sikit je."
"Jaemin tak boleh penat. Jaemin nak masuk hospital lagi?" Jaemin menggelengkan kepala perlahan. Jeno tersenyum kecil lalu berjalan ke dapur. Mengeluarkan strawberry kesukaan Jaemin.
"Nah duduk dan makan. Jeno selesaikan semua ni."
"Jaemin nak masak." Jeno menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia berjalan untuk pergi daripada sana. Dia mula mengemas ruangan rumah itu dengan teliti.
Setelah semuanya selesai. Dia mendudukan dirinya di sebelah Jaemin. Menikmati buah yang sama sambil melihat TV bersama dengan yang tersayang.
Setelah habis movie itu, Jaemin bangun daripada duduknya lalu berjalan untuk pergi.
"Mana?"
"Masak."
"Nak Jeno tolong?" Jaemin menggelengkan kepala. Jaemin berjalan masuk ke dalam dapur dan mula untuk masak. Jeno sendiri hanya di ruang tengah menanti Jaemin memanggilnya untuk makan.
Setidaknya memanggilnya untuk membantu masak. Dia tenang sahaja di ruangan sana. Kedengaran masakkan mula ditumis dan banyak benda yang berbunyi dapur. Jeno tersenyum kecil.
Kebahagiaan ini ingin dia kekalkan. Ingin dia kekalkan Jaemin sekali supaya dia dapat merasakan kebahagiaan yang besar.
PRANG!
"JAEMIN!" Jeno lantas berlari ke dapur. Jaemin sudah terbaring tidak sedarkan diri membuatkan Jeno panik. Dia mengeluarkan handphone nya dan terus menghubungi ambulance.
"Jaemin...jangan macam ni." Katanya menunggu ambulance datang.
📚🧾
Jaeyong dan Yuwin berdiri bersamaan di belakang Jeno yang sedang bercakap dengan doctor. Manakala Haechan, Renjun dann Felix menemani Jaemin yang terbaring di atas katil.
"Chan..." Seperti bisikkan namun Haechan tetap mendengarkan itu.
"Kenapa?"
"Semuanya....okay?" Haechan menganggukan perlahan.
"Semuanya akan okay Jaemin." Kata Haechan dengan senyuman dia. Renjun melihat Jaemin yang mengenggam kuat tanganya. Dia tahu Jaemin sedang ketakutan.
Jeno menghampiri Jaemin dengan senyuman. Mencium perlahan dahi Jaemin dan meminta untuk ke tandas seketika. Dia berjalan keluar namun bukan ke tandas. Hanya diam dipembatasan itu.
"Kau okay?" Dia melihat Mark lalu menganggukan kepalanya. Perlahan Mark membawa Jeno ke pelukkan.
"Kau adik aku. Kalau kau tipu aku, kau memang tak guna. Kau boleh jadi lemah, kau boleh nangis depan kau Jeno." Dan Mark mendengarkan tangisan Jeno yang berterusan dan kuat.
"Hyung....boleh..boleh aku jadi ego? B-boleh aku minta jangan bawa Ja-Jaemin pergi?"
"Kau bukan siapa-siapa di mata Tuhan Jeno. Tuhan sayangkan Jaemin."
"Aku pun sayangkan Jaemin! Kenapa aku tak-aku tak boleh jaga Jaemin dengan baik?"
"Kau dah cuba yang paling baik. Jangan cakap macam tu."
"A-aku tak nak dia pergi hyung..."
📚🧾
KAMU SEDANG MEMBACA
Cerita kau dan aku
RomanceSemuanya akan aku ceritakan setiap masa, setiap jam, setiap minit saat-saat aku bersamamu yang terasa sangat indah. Akan aku ceritakan pada seluruh dunia bertapa aku benar-benar mencintai dirimu sehingga ku dapat melupakan dunia indah kerana cukup k...