Bab: Dua

1 1 0
                                    

Semuanya bersiap untuk melakukan perlawanan. Kalini mereka menentang sekolah yang berbeza. Jeno membetulkan seluarnya, sebelum dia keluar. Dia terlihat Jaemin yang masuk ke dalam bilik persalinan itu.

"Kenapa dekat sini Jaemin?"

"Jaemin nak minta Jeno hati-hati. Jangan terluka lagi okay." Kata Jaemin dengan senyuman dia. Jeno menganggukan kepalanya. Perlahan Jaemin menarik tangan Jeno lalu memakaikan seutas gelang.

Jeno memandang Jaemin dengan senyuman dia. Dia memberikan senyuman manis itu kepada Jeno.

"Jeno! Cepatlah!" Jeno menganggukan kepala. Dia sempat mengusak rambut Jaemin dengan senyuman dia. Dia berlari keluar daripada sana dan mengikutii yang lain.

Perlawanan berlangsung. Mata demi mata diraih sehinggalah ke mata penamat. Dia memandang ke arah Jaemin yang memberikan tepukkan sambil memandangnya.

"Kau main best harini." Kata Guanlin menepuk bahu Jeno.

"Guys tolong aku."

"Apa?"

"Dah 2 bulan aku dengan Jaemin rapat. Aku rasa dah tiba masanya." Semuanya membesarkan mata dia. Tentu sahaja mereka tahu Jeno itu menyukai Jaemin namun perlu berpura sebagai seorang kawan.

Tentu sahaja mereka akan membantu Jeno untuk mendapatkan Jaemin. Orang yang Jeno cintakan.

"Apapun kitorang akan bantu kau." Kata Soobin yang lain mengangguk setuju. Tidak lama itu kesemuanya bersurai dan menyalin pakaian mereka.

Jeno menghampiri Jaemin. Dia memandang Jaemin dengan senyuman dia.

"I win."

"I know."

"And thanks for this. But, what for?" Tanya Jeno  namun Jaemin hanya memberikan senyuman kecil sahaja.

📚🧾

Bubble milktea disedut dengan perlahan. Matanya tidak terlepas daripada melihat Jaemin yang sedang menikmati cake itu.

"Jaemin..."

"Hum?"

"Kita dah lama kan kawan?"

"2 bulan lebih." Jeno menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia nampak ragu dengan apa yang cuba dia ingin sampaikan.

Dua kemungkinan. Dia diterima ataupun dia ada diterima oleh Jaemin. Dia berdehem kecil dan membetulkan kedudukan.

"Jaemin/Jeno." Keduanya saling berpandangan.

"Jaemin dulu/Jeno dulu." Lagi sekali mereka melakukan serentak.

"Jaemin cakap dulu."

"Takpelah, Jeno boleh cakap dulu." Keduanya senyap. Tidak ada yang mahu bercakap terlebih dulu. Jeno sibuk dengan bubble milktea nya dan Jaemin dengan cake nya.

"Jaemin nak jadi kekasih Jeno?" Jaemin mengangkat kepalanya memandang Jeno. Matanya berkedip beberapa kali membuatkan Jeno gugup lebih laju.

Jantungnya bekerja sangat laju di dalam. Tinggal tunggu masa nak resign je jantung Jeno itu. Dia membuang nafas dalam dan menunduk. Dia tidak sanggup melihat wajah Jaemin.

"Jeno..."

"Uhm?"

"Jaemin dah ada kekasih." Jeno terdiam. Dia merasakan jantungnya hampir-hampir menghantar surat berhenti kepada otak dan tidak lama lagi dia akan mati.

"S-siapa?"

"Jeno." Sekali lagi dia terkejut. Dia memandang ke arah Jaemin yang sudah tersenyum kecil. Jaemin menunjukkan gelang yang sama kepada Jeno.

"Jeno nak jadi kekasih Jaemin?" Dan keduanya tertawa senang. Kerana geram Jeno mengusak rambut Jaemin sehingga rambutnya berantakkan.

📚🧾

"Usaha tak menghianati hasilkan bro." Kata Jihoon dengan senyuman dia. Mereka semua bergelak sakan mendengarkan itu.

"Tak sangka korang betul-betul jadi kekasih."

"Aku baru nak try si Jaemin tu." Jeno sudah menunjukkan buku limanya kepada Soobin. Ke4nya ketawa dengan serentak. Mereka semua sedang lepak dibilik Jeno. Pintu bilik dibuka.

"Jeno, Haechan ada bawakkan cookies. Makan sekali dengan yang lain." Mereka semua menganggukan kepala dengan senyuman manisnya. Pintu kembali ditutup.

"Bila Mark hyung nak kahwin?"

"Lepas kita habis belajarlah. Haechan kan sebaya kita." Kata Jeno sambil bermain dengan handphone nya. Setelah rancak berbual mereka berempat turun ke bawah dan menuju ke dapur.

Haechan bersama dengan Taeyong sedang masak di dapur.

"Muka korang lagi."

"Kau ingat kitorang nak tengok muka kau. Mana Mark hyung?" Tanya Soobin sambil mengambil salah satu cookies di atas meja.

"Keluar dengan kawan dia. Hah tu dah balik." Mereka mendengarkan suara pintu terbuka.

"Jun kau duduk dulu. Bubu, Mark balik malam harini. Mark ada projek nak kena siapkan. Kenalkan ni Yeonjun. Student sama dengan Mark." Taeyong dan Yeonjun saling bersalaman.

"Hyung! Chan buat cookies." Haechan memberikan sekeping cookies kepada Mark yang sudah menganga minta disuapkan.

Plak!

"Shit!"

"Kau tenung apa?" Marah Jihoon melihat Soobin yang terdiam.

"Hah?"

"Apa hah?" Soobin menggelengkan kepala. Mengangkat gelas susu tingga dan berjalan ke dapur.

"Bin kau nak ke mana?" Tanya Hyunjin memandang Soobin yang menghilang ke dapur. Namun Soobin tidak menjawab malah berbual dengan Taeyong.

📚🧾

Cerita kau dan akuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang