Aku ingin ego. Merasakan ego untuk menyimpan kau dalam diri aku sendiri. Biarkan aku merasa ego hanya untuk beberapa tahun, beberapa bulan, beberapa minggu, beberapa hari, beberapa jam, beberapa saat dan beberapa minit. Biarkan aku ego untuk menahan diri kau daripada pergi daripada hidup aku.
Kau hadir dalam hidup aku, mengetuk pintu hati dan akhirnya kau menginap di dalam. Saat aku ingin kau terus berada di hatiku, kau pergi untuk berehat ditempat lain.
Kejam. Bukan kau namun takdir Tuhan yang kejam memisahkan dua hati yang sedang bahagia. Jika aku tidak mampu menahanmu, biar aku menggantikan dirimu. Biar aku pergi untuk menggantikan kesakitan yang kau hadapi.
Aku mencintaimu. Tidak pernah jemu untuk aku ucapkan semua itu. Tidak pernah bosan, jemu dan hilang mengatakan aku mencintaimu.
Meskipun kau mengatakan kau akan pergi, kau tetap akan pergi daripada hidup ini. Aku tetap mencintaimu sehingga semuanya selesai.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cerita kau dan aku
RomanceSemuanya akan aku ceritakan setiap masa, setiap jam, setiap minit saat-saat aku bersamamu yang terasa sangat indah. Akan aku ceritakan pada seluruh dunia bertapa aku benar-benar mencintai dirimu sehingga ku dapat melupakan dunia indah kerana cukup k...