Bab: Satu

18 1 0
                                    

Beg dicampak masuk melepasi tembok tinggi itu. Kakinya dengan lincah memanjat sesuatu untuk melepasi dirinya pula.

"Sial! Macam mana aku boleh lambat ni!" Marahnya tentu sahaja pada diri sendiri.Jika dia boleh bangun pagi dan lebih awal, tidaklah dia perlu memerah tenaga pagi memanjat tembok sekolah ni.

Setelah melepasi dirinya, dia mencapai beg dan berlari laju untuk mengikuti pembelajaran yang akan bermula dalam masa 3 minit sahaja lagi. Laju kakinya melarikan diri sehinggalah dia berhenti di sebuah kelas. Dan itu kelasnya. Dia lantas masuk ke dalam.

"Bro! Kau lambat!" Kata Soobin sambil memberikan minuman kotak kepadanya.

"Aku bangun lambat lagi."

"Bukan selalunya bubu kau kejut?"

"Bubu aku takde harini. Balik kampung." Kata Jung Jeno. Dia menyedut minumanya dengan tenang lalu memandang kanan dan kiri.

"Mana yang lain?"

"Tolong seam amik kertas dengan buku kehadiran. Nasib baik kau sempat masuk."

"Nasib baik dia tak bawa buku kehadiran." Kata Jeno memperbetulkan tu. Keduanya tertawa. Tidak lama itu matanya tertatap pada seseorang yang duduk mendengarkan musik dimeja belakang bersebalahn tingkap itu.

"Siapa?"

"Apa?"

"Tu?"

"Ahh budak baru. Na Jaemin, dia budak pindahan. Dengar kata dia tu kena buli, tu yang keluarga dia pindahkan dekat sini." Jeno hanya terangguk-angguk sahaja. Guru masuk ke dalam kelas dan semua pelajar mula focus kan diri.

Namun Jeno memusingkan kepalanya ke belakang untuk melihat pelajar baru itu. Entah kenapa bibirnya ingin mengukir senyuman manis menatap wajah lelaki itu.

"Jung Jeno! Kepala kamu kenapa? Teleng dah? Terhantuk apa? Saya panggil kamu banyak kali!" Jeno terus memusingkan kepalanya ke depan.

"Hah?"

"Hah?! Kamu keluar bawa kerusi kamu angkat dekat luar."

"Ne-ne seam." Dia bangun dan membawa kerusi keluar.

Pertama kali mereka bertatapan.

📚🧾

Setelah lonceng pertama berbunyi, Jeno baru dibenarkan masuk ke dalam kelas. Dia meletakkan kerusinya lalu mengeluh perlahan. Soobin yang melihat itu hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Bodoh!" Marah Hyunjin sambil memukul kepala Jeno.

"Tapi kenapa kau pandang belakang? Ada apa?"

"Takde apa."

"Mestilah dia nak tengok Jaemin. Tengok-tengok Jaemin tu comel apa." Sahut Jihoon pula. Jeno hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Tidak. Bukan itu yang dia pandang.

Jeno sendiri tidak tahu kenapa, namun dia ingin terus menerus menatap wajah manis itu. Sehinggakan masa bertukar atau hari berganti pun dia tidak peduli. Asalkan dia boleh bertatapan dengan lelaki manis itu.

"Dia Na Jaemin, papa dia daripada Jepun baba dia daripada China."

"Uish! Keluarga lintas negara. Hebat." Kata Soobin kagum mendengarkan keterangan Jihoon. Tidak pelik kerana Jihoon ketua kelas mereka.

"Dia ada abang dan kembar. Kau kenal Na Xiaojun. Alumni sekolah kita?" Kesemuanya menganggukan kepala.

"Itu abang dia. Dan Na Renjun daripada kelas 2-A itu kembar dia." Semuanya membulatkan bibir mendengarkan itu. 

"Renjun? Bukan budak nakal kekasih Guanlin tu?"

"Dialah."

"Beza betul ek."

Hyunjin mencuit tangan yang lain untuk menunjukkan Jeno. Lelaki itu bahkan tidak memberi perhatian kepada mereka untuk mendengarkan info tentang Jaemin. Sibuk memandang lelaki yang sibuk dengan musik di telinga.

"Pergilah tegur dia. Jadikan dia kawan kau." Jeno memandang Jihoon. Lalu dia menggeleng kecil. Belum masanya lagi untuk dia berkawan atau menegur si manis itu.

Tidak lama itu Renjun masuk kelas mereka dengan dua lagi kawan-kawanya. Lee Haechan, dan Lee Felix . Renjun mencuit bahu Jaemin lalu memberi tanda untuk keluar bersama. Jaemin menganggukan kepalanya dan mengikuti Renjun.

Kali kedua, mereka berpandangan antara satu sama lain.

📚🧾

"Makan tteokbeokie jom."

"Jom! Lamanya tak makan!" Kata Jihoon menyahut ajakkan Hyunjin.

"Kau Jen?" Jeno memandang ketiga temanya itu. Lalu memusingkan kepala saat mendengar suara Haechan tidak jauh daripada mereka.

"Korang pergi dulu, aku nak jumpa Haechan."

"Okay." Jeno berlari mendapatkan Haechan.

"Abang ipar!" Haechan menoleh lalu menghempuk bahu Jeno dengan buku. Lupa! Haechan itu kekasih abangnya Jeno. Mark Jung. Jeno hanya tertawa sahaja. Dia memandang Haechan dan memandang kiri kanan.

"Cari apa kau?"

"Kau kenal Jaemin?"

"Uhm? Kenapa?"

"Boleh aku minta nombor dia?"

"Dia kan sekelas dengan kau. Kenapa tak minta sendiri?" Jeno menghela nafas dalam. Dia memandang Haechan lalu memikirkan alasan lain. Malu? Tentu dia akan digelakkan Haechan. Bukan Haechan sahaja, abang, daddy dan bubu nya pasti menggelakkan dia juga.

"Okaylah aku bagi, tapi kalau kau macam-macam aku report dekat Renjun." Jeno menganggukan kepala. Haechan memberikan Nombor Jaemin kepadanya.

Setelah itu Jeno dengan senang hati berjumpa dengan kawan-kawanya yang lain. Menikmati tteokbeokie yang mereka semua pesan.

📚🧾

Cerita kau dan akuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang