"Saya nak kamu semua siapkan semua ni okay. Siapkan dengan pasangan kamu." Kata guru mereka.
"Seam..." Jaemin mengangkat tangan menarik perhatian mereka semua.
"Ada apa Jaemin?"
"Saya takde partner." Kata Jaemin dengan perlahan. Kelas mereka semuanya genap, kehadiran Jaemin menjadikan mereka ganjil dan Jaemin tidak ada pasangan.
"Seam. Biar saya jadi partner dia."
"Habis partner kamu yang tu macam mana Jeno?" Jeno memandang Hyunjin seperti memberi isyarat untuk membantunya. Hyunjin memasang akal lalu-
"Saya team dengan diorang je seam. Diorang semua ni tak boleh pakai otaknya jadi kena ada saya. Takpe seam markah saya seam kurangkan pun takpe." Kata Hyunjin sambil merangkul leher Jihoon dan lelaki itu tercekik.
"Sukahati kamulah. Asalkan kerja saya siap." Lonceng berbunyi tepat masa. Semuanya berkemas untuk balik ke rumah masing-masing. Buku dimasukkan ke dalam beg. Mereka semua bersiap untuk pulang ke rumah.
"Jeno..." Ke4 mereka memusingkan kepala sedangkan Jeno yang dipanggil.
"Ke..kenapa?" Jeno gugup. Tentu sahaja dia gugup saat mereka kali pertama berinteraksi begini.
"Terima kasih." Kata Jaemin lalu memberikan senyuman manis kepada Jeno. Bibir pink itu mengukir senyuman yang termanis pernah Jeno lihat dan dengan bodohnya lelaki itu ikut tersenyum seperti orang tidak ada akal.
Jeno menganggukan kepalanya tidak membalas dengan perkataan. Dia terlalu kagum dengan kemanisan senyuman Jaemin. Tidak sanggup untuk dia berkata-kata dengan lebih.
📚🧾
"Kau kenapa gila?! Aku ni nak siapkan projek akhir aku tau!" Mark mencampakkan bantal ke wajah Jeno saat dia bising diruang tamu.
"Iesh! Buat jelah kerja kau, aku tak kacau kan."
"Bodohnya adik aku ni! Kau menganggu! Kau tu bising!"
"Apa yang dibisingkan sangat ni?" Taeyong menghampiri kedua anaknya itu. Tidak tahu lagi apa yang diributkan. Belum masuk adik bongsu mereka tu.
"Anak bubu nilah! Kacau Mark nak buat kerja!"
"Eh bang, aku duduk sini elok je tau!"
"Hey sudah! Bubu dengar Jeno terjerit-jerit kenapa?"
"Ahh happy." Kata Jeno dengan senyuman dia. Dia memandang ke arah Mark yang berkerut dengan tingkah adik sendiri. Taeyong tertawa kecil memandang Jeno.
"Apa yang buat anak bubu ni happy?"
"Ni."
"Siapa dia?"
"Classmate Jen."
"Kau suka dia eh Jeno." Jeno hanya memberikan jelingan sahaja. Malas nak melayan dia terus meminta diri untuk naik ke atas. Taeyong memandang Mark yang turut memandangnya.
"Kenapa bubu rasa macam pernah dengan nama Jaemin tu."
"Abang pun rasa benda yang sama. Macam pernah dengan nama tu." Namun tidak dipedulikan lagi kerana Mark perlu menyiapkan kerjanya.
📚🧾
Taeyong membuka pintu bilik anak lelaki keduanya itu. Saat dibuka, dia melihat bilik yang sangat sepah dengan banyak benda dan baju.
"Jung Jeno! Apa yang jadi dengan bilik kamu ni?!"
"Bubu! Bubu ada nampak hoodie Jen?" Taeyong berkerut dahinya.
"Hoodie yang mana?"
"Hoodie hitam tu. Harini Jen ada basketball training."
"Baju lain tak boleh?"
"Please bubu."
"Okay, pergi mandi dulu nanti bubu carikan." Taeyong menganggukan kepalanya dengan perlahan. Jeno dengan malas dia menuju ke tandas. Taeyong pula dengan tenang membersihkan bilik anaknya itu lalu mula mencari baju yang diminta sang anak
"Jeno! Bubu letak dekat atas katil."
"Thanks bubu!" Taeyong keluar daripa bilik. Setelah Jeno selesai mandi, dia mula menyiapkan dirinya dengan tenang. Setelah itu dia mencapai beg sekolah dan terus berjalan ke bawah.
Menikmati sarapan dengan tenang sehinggalah selesai. Dia berjalan keluar dan menaiki motornya dan terus untuk ke sekolah. Setelah sampai di sekolah dia terlihat Jaemin yang baru masuk kawasan sekolah. Jeno berjalan mendekat.
"Jaemin!" Jaemin menolehkan kepalanya.
"Jeno."
"Ni research yang Jen dah buat." Jaemin mengambil fila itu lalu melihat isi dalam. Dia tersenyum manis.
"Thanks Jen, maaf sangat sebab internet buat hal."
"Eh takpe."
"Jaemin belanja makan okay?" Jeno menganggukan kepalanya dengan perlahan. Keduanya berjalan masuk ke dalam kelas dan duduk ditempat masing-masing.
📚🧾
KAMU SEDANG MEMBACA
Cerita kau dan aku
RomanceSemuanya akan aku ceritakan setiap masa, setiap jam, setiap minit saat-saat aku bersamamu yang terasa sangat indah. Akan aku ceritakan pada seluruh dunia bertapa aku benar-benar mencintai dirimu sehingga ku dapat melupakan dunia indah kerana cukup k...