Bab: Satu

5 1 0
                                    

Jeno berjalan dengan tenang untuk ke rooftop. Saat sudah sampai di sana, dia terlihat Jaemin yang ada di sana. Dia mendekat dengan senyuman lalu mendudukan diri di sebelah Jaemin.

"Nah." 

"Thanks."

"Okay." Jeno menghela nafas dalam dan membuka penutup botol itu. Menikmati minumanya dengan sangat tenang. Dia memandang Jaemin yang ada di sebelahnya.

"Jaemin..."

"Yup?"

"Jeno dengar Jaemin pindah sini sebab kena buli?" Jaemin memandang Jeno lalu tersenyum kecil. Dia menghela nafas dalam.

"Mungkin. Renjun yang suruh pindah." Kata Jaemin tidak menceritakan lebih. Lagi. Jeno mengangguk faham situasi itu. Tidak lama itu seseorang menuju ke arah mereka. Jihoon dan Hyunjin menghampiri keduanya.

"Kau ni sibuk dating je. Training dah nak start." Hyunjin memukul kepala Jeno perlahan. Jeno memandang Jaemin lalu memandang kedua sahabatnya itu.

"Nanti aku turun."

"Hyunjin, aku dengan Jeno tak couple pun. Kitorang kawan, macam kau dengan Jihoon." Jaemin menjelaskan itu dengan senyuman manisnya.

"Sorry. Jeno cepat! Kalau kau rasa kau nak kena denda hah duduk lama-lama." Kata Hyunjin dan keduanya berjalan keluar daripada sana. Jeno bangun darpada duduknya dan mengeliat kecil.

 Jaemin hanya memerhatikan sahaja apa yang jadi. Dia ikut bangun dengan tenang.

"Kalau ada masa jomlah tengok training." Kata Jeno dengan senyuman menampakkan eyes smile nya. Jaemin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia membetulkan baju Jeno yang sedikit kacau.

"Nanti kalau ada masa Jaemin tengok Jeno training."

"Okay." Jeno berjalan pergi daripada sana. Dia berhenti di depan pintu masuk dan keluar.

"Kau nak anggap benda ni apa Jeno."

📚🧾

"Jeno pass!" Jeno mencampak bola itu kepada Yoshi. Dia memandang yang lain dan memandang kesekeliling tempat. Namun kosong seperti biasa. Kecuali kekasih para permain di sini.

Semuanya berhenti untuk berehat. Masing-masing mendudukan diri nak meneguk minuman mereka.

"Jen, aku nak tanya." Jeno memandang Soobin yang mengelap peluhnya.

"Kau dengan Jaemin ada apa-apa ke?" Apa-apa? Hubungan? Kawan? Entahlah. Jeno hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Kalau takde, kenapa kau rapat gila dengan dia."

"Kenapa? Korang jealous aku ada kawan lain?" Dan muka tampanya dilempar kain peluh milik Soobin. Mereka kembali masuk ke dalam basketball court. Bermain dengan tenang dan happy sesama sendiri.

Tidak lama itu seseorang masuk ke dalam. Dia mendudukan diri di salah satu kerusi di sana. 

"Eh Jeno, tu Jaemin datang." Jeno memusingkan kepalanya mencari Jaemin. Dan benar, Jaemin ada di sana sambil tersenyum ceria kepadanya.

"JENO BOLA!"

BRUK!

Kepala Jeno kena bola laju yang dibalik Hyunjin. Dia terus terjatuh sambil memegang kepalany dan mengusap kasar. Jaemin yang melihat itu terus bangun dan melihat keadaan Jeno. Dia baru sahaja ingin turun namun Jeno mengangkat kepalanya dan memberikan senyuman kecil meskipun ada kerutan sakit diwajahnya.

Jaemin tertawa melihat Jeno. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Soobin yang melihat itu lantas menonjol kepala Jeno.

"Yak CHOI SOOBIN!" Dan kejadian kejar mengejar terjadi antara Jeno dan Soobin. Setelah beberapa jam mereka berlatih akhirnya dia selesai training.

Jeno dan Jaemin balik bersama.

"Kita makan dulu boleh? Lapar." Jaemin menganggukan kepalanya dengan perlahan. Keduanya menuju ke kedai 24/7 untuk membeli makanan instant.

📚🧾

"Harini ada friendly dengan sekolah sebelah, Jaemin datangkan?" Jaemin berhenti mengunyah makananya lalu memandang Jeno, Jihoon, Hyunjin dan Soobin. Keempat mereka permain utama basketball. Jeno memberi soalan itu kepadanya.

Jaemin sudah mula bersama dengan 4 sahabat itu. Jika dengan Renjun dan yang lain mereka sudah ada banyak kawan untuk bergaul dengan Jaemin. Untung sahaja Renjun masih menjaganya dengan baik meskipun daripada jauh.

"Kalau Jaemin ada masa Jaemin datang." Kata Jaemin dengan senyuman dia.

"Kesihan Jeno nanti macam orang gila bila kekasih dia takde." Kata Hyunjin dan menerima pukul di belakang kepala oleh Jihoon. Sepertinya memukul dibelakang kepala sudah menjadi satu habitat mereka.

"Kau ni tak faham ke tak dengar ke amnesia ke bodoh? Kan Jaemin cakap diorang takde apa-apa hubungan. Jeno pun dah jawab soalan Soobin 3 hari lepas." Kata Jihoon sambil menggelengkan kepalanya.

"Korang jangan salah anggap. Aku dengan Jeno memang rapat tapi kitorang bukan kekasih." Kata Jaemin. Jeno mengangguk menyetujuinya itu.

Ke5nya mula makan dengan tenang. Namun sesekali Jeno akan memerhatikan Jaemin yang ada di sana. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan.

Sahabat. 

Itu yang sesuai untuk mereka.

📚🧾

Cerita kau dan akuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang