Bab: Satu

2 1 0
                                    

Jeno bersandar dipintu sambil menarik nafas dalam. Dia menggengam erat bunga yang dibeli. Perlahan dia membuka pintu itu dan memberikan senyuman manisnya.

"Aku ingat kau tak datang."

"Kenapa aku tak datang?"

"Yelah kau kan busy sekarang." Jeno meletakkan bunga itu lalu menghampiri katil milik Jaemin. Jaemin masih terlelap.

"Dia baru disuntik ubat." Kata Haechan. Jeno menganggukan kepalanya perlahan memaklumi. Haechan membuang nafas dalam.

"Kau...okay?" Jeno memandang Haechan lalu mengeluh perlahan. Menarik kerusi berbeza dan mendudukan diri disebelah Haechan. Matanya tertuju kepada Jaemin.

"Macam mana aku nak jelaskan perkataan okay sekarang?" Haechan mengelus perlahan bahu Jeno.

Jeno sendiri hanya menunduk menahan tangisanya agar tidak keluar. Dia tidak mahu lemah dimata Jaemin. Ataupun sesiapa. Dia tidak mahu merasakan selemah itu.

Dia hanya ingin kuat untuk Jaemin dan semua orang yang ada di depanya. Haechan mengelus perlahan bahu Jeno untuk menenangkan lelaki itu. Dia membuang nafas dalam.

"Kau tahukan, Jaemin kuat. Dia akan lawan dengan semua benda yang ganggu hidup dia."

"Aku harap." Haechan menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia bangun daripada duduknya dan menyusun kembali kerusi itu.

"Aku balik dulu." Jeno menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia memandang Jaemin dengan senyuman manisnya. Dia mendekat lalu mencium dahi Jaemin.

"Cepat sehat sayang." Bisiknya perlahan. Dia mengenggam tangan Jaemin dan mengucup perlahan. Dia kembali duduk dan membaca buku yang ada. Menunggu Jaemin untuk sedar sepenuhnya.

📚🧾

Jeno menolak kerusi roda itu mengelilingi taman yang ada. Jeno mendudukan dirinya disebelah Jaemin yang duduk dikerusi roda itu. Dia memberikan senyuman kecil.

Jeno mengenggam tangan Jaemin erat. Menikmati keindahan pada hari itu bersama dengan orang yang sama.

"Jeno..." Dia memandang Jaemin dengan mata cintanya itu.

"Maaf. Susahkan Jeno. Jaemin-"

"Takde siapa minta sakit. Jaemin pun tak pernah minta untuk sakit. Tapi yang minta untuk hidup macam ni adalah Jeno. Jangan salahkan diri sendiri."

"Tapi Jeno tak dapat hidup bebas macam pasangan lain. Kalau Jeno nak kahwin dengan orang yang lebih sempurna, Jaemin okay. Lagipun Jaemin dah tak lama."

Jeno membuang nafas dalam dengan perlahan. Mencium kecil tangan Jaemin.

"Siapa?"

"Huh?"

"Siapa yang layak? Siapa yang Jaemin rasa sempurna untuk gantikan Jaemin? Kalau Jeno nak cari yang sempurna dah daripada dulu Jaemin." Jeno menjawab semua itu. Dia memandang ke arah Jeno dengan senyuman dia.

Dia bangun dan kembali ke belakang kerusi roda Jaemin. Menunduk mencium kepada Jaemin perlahan.

"Jangan pernah katakan Jaemin tak sempurna. Semuanya sempurna dimata yang tepat." Kata Jeno membuatkan Jaemin tersenyum kecil. Jeno membawa Jaemin kembali untuk ke ward.

Mendapatkan rawatan berkala yang untuk Jaemin. Namun Jaemin memberhentikan Jeno dengan memegang tangan Jeno.

"Ada apa?"

"Kalau Jaemin tak teruskan perawatan ni boleh?" Jeno memandang Jaemin pelik. Kenapa lelaki itu tidak mahu meneruskan perawatan ini? Dia berlutut di depan Jaemin.

"Kenapa?"

"Sakit. Jaemin tak sanggup." Jeno menghela nafas dalam mengenggam tangan Jaemin.

"Tapi-"

"Hanya melambatkan bukan membunuh. Boleh?" Jeno membuang nafas dalam. Pipi tembam yang sudah kurus itu membuatkan Jeno mengangguk. Akibat daripada perawatan itu. Jaemin tersenyum kecil dan memberikan ciuman di dahi.

📚🧾

Cerita kau dan akuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang