Part 29

3 1 0
                                    

Buku ditutup dengan perlahan. Dia menoleh ke kanan lalu tersenyum kecil. Mengesat air mata suami kecilnya selepas membaca dan mendengar cerita yang diceritakan oleh yang ada di depanya.

Perlahan dia mengelus kepala lelaki itu dan membawa ke dalam pelukkanya menenangkan pasanganya itu. Mencium kepala kekasihnya dengan perlahan.

"Sama macam Jeno layan Jaemin." Jisung mengangkat kepalanya saat melihat papa mentuanya menghampiri mereka. Jisung hanya mampu memberikan senyuman sahaja.

Semuanya masih berkumpul di dewan perkahwinan. Setelah semua tetamu balik ke rumah, Mark memberikan buku biru yang lama dia simpan. Dia memberikan buku itu kepada anak Jeno dan Jaemin.

Jisung dan Chenle membaca dengan sangat teliti sehingga selesai. Chenle itu anak angkat Mark dan Haechan saat mereka di China.

Mark dan yang lain juga menceritakan semuanya. Semua orang yang menjadi bukti cinta Jeno dan Jaemin yang sangat kuat. Sayangnya, seminggu sebelum perkahwinan sang anak, Jeno sudah meninggalkan mereka. Dia sudah bertemu dengan kekasih matinya itu.

Jisung memeluk buku biru itu dengan erat. Dia bangun dan memeluk Mark. Mungkin ini sahaja cara untuk dia menghilangkan rasa rindu kepada sang daddy lalu dia berjalan memeluk Renjun. Menghilangkan rindu kepada papa meskipun dia tidak pernah bertemu.

Perkahwinan itu akhirnya sudah selesai. Dia berjalan untuk pergi daripada sana.

📚🧾

"Jisung mandi dulu atau Chenle?"

"Chenle mandi dulu." Chenle menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia berjalan mencapai tualanya dan berjalan masuk ke dalam tandas. Jisung menatap buku biru yang diberikan Mark masa majlis perkahwinanya itu.

Semuanya seperti menghilangkan rasa rindu dalam hatinya. Dia juga benar-benar berterima kasih kepada daddy nya menulis dairi ini untuk mengajarnya menghargai seseorang.

Apa yang dia tahu daddy nya benar-benar mencintai lelaki yang menjadi papanya. Jisung ingin tahu cerita selanjutnya namun semuanya sudah selesai. Jisung membuang nafas dalam.

Tidak lama itu Chenle selesai mandi. Dia melihat Jisung masih dengan buku biru itu.

"Masih dengan buku biru?" Jisung memandang Chenle lalu melihat buku biru. Perlahan dia meletakkan ke tepi dan menghampiri Chenle. Mengambil hair dryer yang ada dan mula mengeringkan rambut Chenle.

"Kenapa? Nak ikut daddy."

"Benda baik kenalah ikut." Kata Jisung membuatkan Chenle membuatkan muka jijiknya. Dan itu membuatkan Jisung menghalakan hair dryer ke muka Chenle.

"Jangan ikut daddy. Daddy buat sebab kekasih dia papa. Buat cara Jisung macam biasa okay."

"Macam mana?"

"Macam ni." Chenle menarik tangan Jisung lalu mengigitnya dengan kuat. Setelah itu melarikan diri keluar daripada bilik menuju ke dapur berjumpa Haechan.

Jisung sendiri hanya melihat tanganya lalu menggelengkan kepalanya perlahan. Kesabaran dia selalu diuji Chenle. Entah kenapa dia menyukai lelaki yang suka menguji kesabaran dia.

Untung sahaja kesabaranya tinggi dan tidak mudah marah. Dia mematikan hair dryer nya lalu berjalan keluar. Dia melihat Chenle yang sedang bergurau dengan Haechan.

Dia menghampiri Chenle lalu-

"ARKK! PAPA TENGOK JISUNG!" Chenle menggosok bahunya yang digigit Jisung. Haechan hanya mampu bersabar sahaja. Ini benar-benar luar kawalan dua pasangan ini.

"Nah pergi bawa ke depan. Kejap lagi daddy sampai." Chenle menganggukan kepalanya dan berjalan keluar daripada dapur. Jisung juga melakukan benda yang sama. Membawa makanan yang ada.

📚🧾

"Jisung..." Jisung memandang Chenle yang ada di sisinya.

"Apa nak buat dengan buku ni?" Buku biru itu ditunjukkan kepada Jisung. Dia memandang ke arah Chenle lalu mengambil buku itu.

"Kita tamatkan segalanya.

"Hum?" Jisung memberikan senyuman lalu berjalan mengambil sesuatu.

📚🧾

Cerita kau dan akuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang