03 - New Friends

136 7 0
                                    

Happy Reading

Jangan lupa vote dan comment sesuka hati korang.

★★★★
Jungwon sekarang ni berada di perpustakaan sekolah kerana dia mahu mengambil buku untuk dibaca.

Semasa pencarian jungwon tidak sengaja mengambil salah satu buku, tapi yang ni kenapa ada kertas terselit dalam buku ni.

Jungwon mengambil kertas itu langsung membuka lipatan dan membaca kertas itu.

Seorang pelajar mempunyai gangguan mental dan emosi yang tak stabil. Sekarang dia telah melarikan diri dari hospital jadi saya berharap kamu semua berjaga-jaga padanya.

Jungwon terkejut membaca kertas itu. Dia melipat kertas dan langsung memasukkan ke dalam poket seluar. Jungwon berjalan kearah meja dan langsung duduk di kerusi. Terus ia membuka buku dan langsung membacanya.

Tetapi bola matanya terlihat ada seorang sedang berjalan ke sini. Sepertinya jungwon mengenali orang itu, tak lain tak bukan adalah Heeseung kawan lamanya.

Heeseung itu terus duduk disebelahnya "Hai emm boleh tak saya duduk sini?"

Jungwon memandang ke arah Heeseung yang secara tiba-tiba menyapanya seperti orang yang tidak dia kenali. "Kau dah kenapa? Tiba-tiba berlakon tak kenal aku. Jijik tau tak."

Heeseung tertawa dan menarik kerusi dan duduk dihadapan Jungwon.

Jungwon memutarkan bola matanya dan langsung membaca bukunya semula.

"Jungwon, aku nak cakap dengan kau sesuatu."

"Apa dia?"

"Aku nak cakap yang kau kena hati-hati dengan orang lain."

"Kenapa pulak?"

"Kau tau kan sekolah ni dah lama buka, tapi diperbaharui menjadi baru kan."

Jungwon mengangguk.

"Takut orang tu akan buat apa-apa dekat kau dan kau tau kan apa yang terjadi padanya."

Jungwon terdiam seketika dan mengangguk faham apa yang Heeseung katakan.

Jungwon melihat jam untuk mengetahui sudah berapa minit dia duduk dalam perpustakaan ini.

Jam menunujukkan 10:30 pagi, sepertinya jungwon harus pergi dari sini kerana dia harus menguruskan beberapa kertas untuk membagikan pada guru.

Jungwon langsung mengemas buku-buku nya dan Heeseung hanya melihat apa yang Jungwon buat.

"Hyung, aku pergi dulu ye ada hal yang nak uruskan."

"Baiklah hati-hati" ucap heeseung sambil melihat Jungwon keluar dari perpustakaan itu.

****
Jungwon menghembuskan nafasnya pelan lalu melihat langit yang indah. Sekarang pukul tiga, jungwon pun berjalan dan menutup semua suis kelas.

Dimana niki? Dia tak dapat pergi ke sekolah kerana dia ada masalah keluarga?

Sepatutnya dia balik dengan sunoo tapi tulah dia ada kelas tambahan.

Jungwon sedang menunggu abang sepupunya di kantin. Sementara dia menunggu sepupunya dia mengambil buku dan menulis sesuatu di bukunya.

Puk

Jungwon terkejut sekaligus mengucapkan kata-kata mutiara. :)

"Heh bahasa!" ucap seseorang yang bertubuh tinggi melebihi tiang sambil mencubit pipi Jungwon.

"Sorry Soobin hyung." ucap Jungwon langsung memegang pipinya kesakitan. Jungwon pun menengok ke arah belakang Soobin. Siapa tu?

"Hyung. Belakang hyung siapa? Kawan hyung ke?"

Soobin memiringkan kepalanya ke tepi lalu mengangguk "Haah diorang semua ni kawan hyung."

"Ohh, ehh duduklah hyung-hyung semua."

"Thanks jungwon." kata mereka semua lalu duduk di kerusi masing-masing.

Jungwon hanya mengangguk.

"Jungwon aku akan kenalkan kawan hyung pada mu. Depan kau adalah Taehyun, Beomgyu dan Hueningkai. Dan tepi aku ni Yeonjun." jelas Soobin.

Sepertinya ia tidak salah mendengar nama-nama kawan abang sepupunya.

Dia pun memandang kearah mereka dan mereka pun memandang kearah Jungwon.

"Ohh, Saya Jungwon. Yeonjun hyung kita berjumpa lagi sekali."

"Ya kita berjumpa lagi sekali jungwon." ucap yeonjun

"Korang dua kenal satu sama lain?" tanya Soobin

"Jungwon kan budak baru haritu jadi dia tak tau kat mana bilik pengetua. Aku bagitau jelah." jelas yeonjun

Mereka mengangguk faham dan terus meneruskan pembicaraan tentang benda lain.

Tahun ni adalah tahun yang berharga bagi Jungwon kerana dia mempunyai ramai kawan dan guru-guru yang baik padanya.

Dia harap untuk masa kedepan tiada lagi masalah yang dihadapi olehnya.

Tapi kita tak tau apa yang terjadi pada masa hadapan dan apa yang kita harapkan belum tentu terjadi.

.
.
.
.
.
.
Tbc...

Jangan lupa vote dan comment sesuka hati korang.

Bye...

SECRET || ENHYPEN TXT {✔}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang