Happy Reading
★★★★
Semuanya telah berakhir dengan urusan mereka habis begitu sahaja.Sekarang ni mereka sudah berada di rumah sambil membersihkan badan mereka yang penuh dengan darah. Niki masih lagi tidur dalam keadaan tak sedar diri.
Jam menunjukkan enam pagi dan mereka berdua memutuskan untuk tidak pergi ke sekolah harini. Dan juga mereka memutuskan untuk tidur dan tanpa mereka berdua tahu apa yang diorang buat sebelum ini.
Tiga jam kemudian
Heeseung pun bangun dan melihat ke arah jam menunjukkan pukul sembilan dan dia memutuskan untuk keluar dari bilik. Dia menggaru kepalanya dan melihat Niki sudah bangun.
"Niki? Kau bangun dah?"
"Dah hyung, pukul lapan setengah tak silap Niki."
"Oh" Heeseung pergi dan melihat ada makanan siapa yang memasaknya?
"Niki siapa yang masak?"
"Oh Jungwon hyung yang masak."
"Oh" Heeseung pun duduk di kerusi dan mengambil pinggan yang ada di tepi. Dia langsung mengambil makanan dan memakannya.
Niki melihat Heeseung dengan ragu. Dia mahu menanyakan tentang kejadian malam itu. Tapi tanya jelah.
"Hyung, Niki nak tanya boleh?"
"Boleh, kenapa?"
"Umm, pasal kejadian malam tadi hyung ok?"
"Oh yang tu. Hyung ok je walaupun ada banyak luka kat badan. Ke kau nak tau apa jadi dekat diorang?"
Niki mengangguk
"Diorang semua kena bunuh takde siapa yang akan lari dari kitorang. Kecuali kau. Kami minta maaf kerana libatkan kau."
"Takpe hyung Niki oke je. Cuma Niki terkejut sikit." ucap Niki sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Malam ni aku hantar kau balik rumah." ucap Heeseung lalu mengambil pinggannya masuk ke dapur dan meletakkan di singki lalu membasuhnya.
"Tak payah lah hyung lagipun Niki tak duduk dah dekat situ."
"Eh kenapa pulak?"
"Hehe Niki tak dapat bayar rumah sewa sebab Niki pun takde duit nak bayar. Gaji yang Niki kerja pun cukup-cukup untuk makan."
"Ohh tapi kau duduk dengan siapa?"
"Duduk dekat rumah anak yatim piatu walaupun jauh rumah tu dengan sekolah."
"Ohh. Tapi bukannya kau kata ada masalah keluarga?"
"Heh, diorang dah tak anggap Niki sebagai keluarga diorang."
Ting, tong
Mendengar suara loceng Heeseung terus membuka pintu dan melihat ada seorang polis. Niki pun melihat dan dia merasa ketakutan sekarang ni.
"Ye tuan nak cari siapa?"
"Saya nak tanya kamu kawan Yeonjun, Soobin, Beomgyu, Taehyun, Hueningkai, Jay, Sunghoon, Jake dan Sunoo?"
"Saya kawan mereka semua. Kenapa tuan mereka semua okey ke?" ucap Heeseung sambil melihat polis itu menggelengkan kepalanya.
"Mereka semua dah meninggal."
"Apa!? Apa yang terjadi." terpaksa Heeseung pura-pura berlakon.
"Tapi sebelum tu kami nak periksa rumah kamu. Adakah kamu oke?"
"Saya oke, silakan."
Polis itu masuk kedalam dan mula periksa semua tempat. Tapi tidak dengan bilik Jungwon. Bilik itu dikunci dan terpaksa Heeseung memberitahu pada mereka.
"Maaf tuan Jungwon masih tidur dan dia tak mau dikacau apabila dia masih tidur."
"Oh begitu, kalau macam tu kami pergi dulu ya. Apa-apa kamu boleh telefon kami."
"Baiklah terimakasih." Heeseung pun terus menutup pintu.
"Niki petang ni kau nak ikut?"
"Pergi mana?"
"Pergi kubur diorang."
****
Heeseung, Jungwon dan Niki berada di pemakaman mereka ber sembilan dan jangan lupa untuk bagi bunga pada mereka.Mereka bertiga tidak merasakan kesedihan tersebut, mereka juga melihat keluarga yang sedih melihat anak mereka dan kelakuan selama ini.
Dan sekarang ni mereka memutuskan untuk pulang. Tapi tidak dengan Jungwon urusannya belum selesai iaitu Jungwon dan bapaknya itu.
Tapi Jungwon tak peduli dia tau yang bapaknya masuk hospital gila kerana bapaknya tidak menerima lagi anak bongsunya mati begitu sahaja.
****
Jeonghan terkejut bercampur sedih apabila Sunoo yang ia anggap sebagai adik mati?! Sekarang ni ia berada di bilik Sunoo dan melihat semuanya teratur kemas. Dan juga ia boleh melihat gambar dia dan Sunoo.Tapi ada satu sepucuk surat, dia mengambil dan mula membacanya...
To Jeonghan hyung:
Hyung mungkin Sunoo tak lama lagi Sunoo akan pergi. Sunoo tau hyung sayang dengan Sunoo tapi Sunoo juga ada kesalahan untuk menebus dosa Sunoo yang besar ni. Sunoo tau semua ni akan berakhir bagi Sunoo tapi hyung jangan berputus asa, ikhlaskan Sunoo dan biarkan Sunoo pergi dari dunia ni.
Hyung juga akan dapat syarikat orang tua Sunoo dan akan menjadi milik hyung. Sunoo harap hyung boleh menjaga syarikat itu dengan baik. Dan Sunoo harap hyung bahagia.
Itu sahaja untuk hyung terima kasih kerana menjaga Sunoo selama ni. Sunoo sayang hyung. ♥︎♥︎
-From Sunoo
Air mata Jeonghan turun dan dia terus berpeluk tubuh badannya. Dia merasa menyesal kerana tak menjaga dia dengan baik.
"Hyung pun sayang dengan Sunoo."
****
Mereka bertiga dalam perjalanan pulang kerumah tapi Niki rasa bukan arah untuk balik ke rumah mereka berdua tapi rumah anak yatim."Hyung, bukannya nak balik rumah korang?"
"Yelah tapi barang kau ada dekat rumah anak yatim tu kan, sekaligus kami nak jadikan kau sebagai adik angkat kitorang."
Niki terkejut dia tak salah dengar kan? "Betul ke ni hyung?"
"Betul lah."
"Huee terimakasih hyung!"
Skip..
Akhirnya semua berjalan dengan lancar dan sekarang ni mereka akan mulai kehidupan baru di tempat yang lain.
Dan mereka berdua kecuali Niki tidak menyesal sama sekali dan itu membuatkan mereka lupa apa yang mereka buat.
Dan akhirnya dendam mereka terbalas dan mangsa yang dibunuh akhirnya tenang dengan bahagia.
.
.
.
.
.
.
EndTerima kasih kerana membaca book ini dan saya harap kamu tidak bosan membaca book saya yang ini.
Jumpa lagi di book yang akan datang.
Epilog akan ada.
Bye semua!!
KAMU SEDANG MEMBACA
SECRET || ENHYPEN TXT {✔}
Mystery / ThrillerRahsia mereka akan terbongkar satu persatu... {End} Don't copy my work dan ini adalah rekaan semata. Jangan serius sangat. :) 7/23 - 9/23