05 - Check

103 5 1
                                    

Happy Reading

★★★★
Jungwon masih memikirkan tentang bilik tersebut kerana ia penasaran apa yang ada di dalamnya.

Sepertinya waktu pelajaran telah tamat, semua orang akan balik kerumah ataupun duduk di sekolah, mungkin mereka ada kerja untuk dibuat.

Sekarang ini, Jungwon berada di depan bilik tersebut bersama niki. Niki sudah tau mengenai bilik tersebut, dia tau tentang itu kerana dia tau sendiri itu jelah.

"Nak buka pintu ni?" tanya niki sambil memegang pintu tersebut

"Cubalah buka pintu tu." jawab Jungwon

Niki cuba membuka pintu sambil mengoncang pintu tersebut. Oh, ternyata boleh buka tanpa ada kunci sekalipun.

"Nak masuk?" tanya Niki sambil melihat di dalam sana

Jungwon mengangguk, lagipun dia tidak sabar untuk melihat apa yang ada di dalamnya.

Mereka melangkah masuk kedalam dan juga memberi salam pada penghuni.

"Kami masuk ye?"

Mereka berdua akhirnya melihat seluruh ruang bilik dengan penuh darah di tepi dinding dan surat khabar yang tertampal di dinding ataupun di lantai.

"Wei seramnya. Takkan lah sampai sadis macam ni?"

Jungwon setuju dengan percakapan niki. Yang menarik perhatian pada jungwon adalah papan yang menunjukkan gambar-gambar yang telah mati ataupun hidup.

Jungwon mengambil satu gambar yang mirip dengan seseorang, tapi siapa ya?

"Hyung, cuba kau tengok ni." niki datang ke arah Jungwon dan menunjukkan dua surat khabar lama.

-
Sebuah sekolah yang memiliki ruangan yang menyeramkan??

Ruangan yang penuh berdarah dan mayat-mayat yang tergeletak di lantai. Pihak polis akan mencuba sedaya upaya untuk menjumpai para pelaku itu

-
Sudah tiga hari kami tidak menjumpai sebarang petunjuk dan kami akan berusaha untuk menemui pelaku tersebut.

-
Kes di tutup, kami mohon meminta maaf kerana tidak dapat menangkap pelaku tersebut. Kami akan tutup kes ini buat selama-lamanya. Sekali lagi kami meminta maaf atas tidak dapat menangkap pembunuhan tersebut.

-
Mereka berdua terdiam, adakah ini sebabnya mereka menutup kes ini?

Pranggg

Mereka berdua terkejut mendengar suara pecahan dari tepi tingkap.

"Hyung, harini siang kan? Bukan malam kan?"

"Hahah hyung pun tak tau ni siang ke malam."

Pranggg

"AAAAA!!!"

"HYUNG TUNGGU AKUU!!"

Mereka berdua pun berlari sekuat mungkin tanpa menutup pintu, tetapi kertas-kertas itu ada pada mereka.

****
"Haih siapalah buka pintu ni." ujar seorang pengawal keselamatan atau dikenali sebagai security guard.

Security masuk kedalam bilik dan ia langsung membuka lampu suluh.

Lampu itu menyuluh ke beberapa tempat dari ke kiri ke kanan.

Ting!

Security itu langsung menyuluh kearah bunyi tersebut dan benda yang terjatuh itu adalah pen. Security itu ambil pen dan melihatnya.

Security itu melihat pen itu lama-lama dan secara tiba-tiba badan security itu membeku, dan tangan security itu melemah dan membuatkan pen itu jatuh.

Srakk

"Uhuk...uhuk...uhuk huueek." security itu tiba-tiba batuk berdarah. Entah apa yang membuatkan security itu batuk berdarah.

Badan security itu terhempas jatuh ke lantai dan ada benda yang membuatkan security jatuh. Itu adalah pisau yang tertancap pada badan security itu dan ada juga seseorang di belakangnya.

Seseorang yang memakai pakaian berwarna hitam itu langsung mengambil pisau dari badan security itu. Dia mula memusingkan pisaunya itu supaya darah yang berada pada pisau itu menghilang.

Dia mula memandang sekitar kawasan bilik itu, sepertinya dia mengenal bilik ini bahkan dia juga membunuh semua orang yang duduk di bilik ini.

Dia tersenyum sinis pada security itu dan dia berjalan langsung pergi dari sini.

.
.
.
.
.
.
Tbc...

Ehek pembunuhnya tak tau lagi siapa. :p

Jgn lupa vote dan comment sesuka korang

Byee guyss, see you next chapter ^^

SECRET || ENHYPEN TXT {✔}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang