02 - Friends

169 7 0
                                    

Happy Reading

Jangan lupa vote dan comments.

★★★★
Keesokan harinya, Jungwon sudah tentu mendapatkan kawan yang baik hati dan namanya adalah Niki dan Sunoo. 

Jungwon berjalan menuju ke kelas untuk meletakkan begnya dan ia akan pergi ke kantin untuk sarapan.

Sesudah meletakkan begnya di kerusi lalu melihat jam dinding yang sudah menunjukkan pada pukul 6:30, masih awal. Dia membalikkan badannya sebelum mengangkat kepalanya dia sudah melihat badan yang sedang berdiri di depannya, ia kenal bentuk badan tersebut. Dia mengangkat kepalanya dan dia bertemu dengan kawan sekelas sekaligus kawannya, Niki.

"Awal kau datang Niki. Selamat pagi." ucapnya

"Selamat pagi hyung. Salah ke aku datang awal?" jawabnya sambil meletakkan begnya di tempatnya.

Kenapa Niki memanggil Jungwon dengan sebutan hyung? Kerana umur Niki dan Jungwon beza setahun. Niki terlalu pandai sebab tu dia lompat kelas.

"Tak salah pun. Kau nak ikut aku pergi kantin tak?"

Niki berpikir lalu mengangguk setuju untuk pergi kantin dengan jungwon.

Sesampai di kantin mereka ternampak ada orang yang sedang melambaikan tangannya pada mereka.

"Niki kau pergi duduk dekat Sunoo hyung, kau nak apa?"

"Aku nak nasi goreng dengan air kosong jelah." jawabnya lalu pergi meninggalkan jungwon keseorangan disini.

Niki berjalan kearah meja yang diduduki oleh sunoo dan yang lain.

Niki pun duduk di tepi sunoo dan mengucapkan hai pada Sunoo.

"Hai hyung." sapa niki pada Sunoo

"Hi niki" jawab sunoo sambil tersenyum pada niki

Jungwon berjalan kearah meja dan mengambil makanan lalu meletakkan di atas meja. Lalu dia duduk di depan mereka berdua.

Mereka pun makan makanan mereka, lalu jungwon perasan yang pipi sunoo ada bekas cakaran.

"Um... Sunoo hyung dekat pipi hyung kenapa ye? Ada bekas cakar dekat pipi hyung."

Sunoo mendengar itu langsung memegang pipinya sambil tersenyum "Oh yang ni kena cakar dengan kucing. Biasalah kucing kan nakal sikit takpe hyung oke je."

Jungwon mengangguk lalu melihat niki yang sedang menikmati nasi gorengnya itu. Sedap sangat ke nasi goreng tu?

***
Jungwon berjalan di tepi kelas-kelas hanya untuk mengambil angin. Rehat pun satu jam, Jungwon pun tak tau buat apa lebih baik dia jalan-jalan sekitar sini.

Sepertinya Jungwon baru teringat sesuatu iaitu tentang bilik tersebut. Jungwon pun berjalan menuju ke blok C untuk melihat lebih detail.

Jungwon sudah berada di depan yang bertuliskan JANGAN MASUK. Jungwon melihat depan pintu itu dipenuhi oleh kertas-kertas dan tulisan pada sekitar bilik itu.

Tapi ada satu kertas yang membuatkan jungwon tertarik, Jungwon mengambil kertas dan membacanya.

5.3.2019
Seorang murid telah mati dibunuh oleh seorang yang mereka tidak kenali. Sepertinya ia berdendam dengan sekolah ini kerana banyak pelajar sekolah mati kerana dia ataupun orang lain.

Jungwon mengalihkan pandangannya kedepan kerana dia mendengar ada seorang guru memanggilnya. Jungwon melipatkan kertas tersebut lalu memasukkan dalam poket lalu ia berlari ke arah guru yang memanggilnya.

Tanpa dia sedari ada dua orang melihatnya sambil tersenyum sinis dan berjalan begitu sahaja.

****
"So, apa plan kita?"

"Kita berkawan dengan dia dulu. Lepastu kita akan mulakan rancangan kita."

"Okey"

.
.
.
.
.
.
Tbc...

Jangan lupa vote dan comment sesuka hati korang

See you next chapter

SECRET || ENHYPEN TXT {✔}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang