Sebelum baca jgn lupa vote dan comment
Happy Reading ^_^
★★★★
Pada pukul enam pagi, Jay sudah berada di sekolah kerana dia ada tugas yang harus dia selesaikan. Sekarang ini Jay berada di kelasnya yang terletak di blok C. Kelas Jay dan bilik itu terletak pada tiga meter dari tangga tepi.Dalam pukul enam setengah pagi, Jay akhirnya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru disiplin. Sekarang ni Jay akan turun ke bawah dan pergi ke pagar sekolah dan menunggu sesiapa yang datang lambat. Yang lambat akan di denda.
Tetapi pandangan Jay tertuju pada lorong yang gelap itu. Jay mahu membiarkan sahaja tetapi hati nurani nya berkata lain, iaitu pergi dan melihat apa yang terjadi disitu.
Jay pun pergi berjalan kearah lorong yang gelap itu. Semasa berjalan menuju ke tempat itu, Jay merasakan kepalanya sakit secara tiba-tiba. Tetapi Jay tidak mempedulikan rasa sakitnya, ia teruskan berjalan.
Jay sudah berada di depan bilik itu, dia memegang pintu tersebut dan mencuba untuk menolak pintu itu.
Pintu itu terbuka dan membuatkan Jay langsung masuk kedalam.
Bugh!
Jay secara tiba-tiba terlanggar sesuatu dan membuatkan Jay tertanya-tanya. Tiba-tiba pulak ada barang kat depan tu.
Kerana terlalu gelap, Jay mengambil handphonenya dan membuka lampu dari handphone itu. Jay menyuluh ke arah depan pintu...
'Shit!?'
Jay terkejut melihat ada mayat terletak di depan pintu itu. Jay langsung menelefon ambulans.
****
Pada pukul tujuh pagi Heeseung baru sahaja datang ke sekolah menggunakan motor dan dia ternampak sesuatu. Heeseung ternampak ada satu kereta polis dan satu van ambulans yang berada di depan sekolah.Heeseung yang tidak mengetahui apa-apa langsung masuk kedalam sambil memarkir motornya dan melihat apa yang terjadi.
Sebelum Heeseung mahu melihat apa yang terjadi dia berjumpa dengan Beomgyu, kawannya yang memandang ke arah blok C itu.
Heeseung memegang bahu Beomgyu dan membuatkan Beomgyu menengok ke tepi.
"Kau dah kenapa, tercegat kat sini?" tanya Heeseung
"Hah, takde apa lah. Jomlah kita tengok apa yang terjadi." jawab Beomgyu lalu berjalan sambil diikuti oleh Heeseung di belakang.
Sesampainya mereka di tempat itu mereka disambut oleh beberapa polis dan cikgu.
"Heh! Kamu kenapa datang sini? Kamu berdua balik kelas sekarang." tegur seorang guru yang bernama cikgu Seokmin.
"Ah cikgu takde lah kami nak tengok apa yang terjadi itu je." ucap Heeseung sambil melihat ada seorang mayat yang ditutupi oleh kain hitam.
"Nanti kamu tau sendiri. Kamu berdua balik kelas sekarang!!" ucap cikgu Seokmin lalu menghalau mereka berdua menggunakan tangan.
Mereka berdua pun pergi ke kelas dengan perasaan yang kesal.
Seokmin yang melihat mereka berdua lalu kembali menguruskan hal ini.
Apa yang terjadi pada Jay, bukannya dia yang jumpa mayat itu?
Selepas Jay sudah menghubungi pihak hospital, dia ternampak kelibat seorang berpakaian hitam yang sedang menuju ke sini. Jay tak sempat nak halang disebabkan kepalanya terlalu sakit dan dia berakhir pingsan.
***
Jungwon dan Niki melihat ke arah Jay yang sedang baring di katil bilik hospital. Dan itu membuatkan mereka berdua pelik kerana seluruh badan Jay terluka parah.Dan juga, mereka berdua menjumpai satu kertas yang berada di depan poket hoodie itu. Kertas itu menuliskan...
Hello, apa khabar? Sihat. Korang mesti nak tau sesuatu dalam bilik itu kan? Dalam bilik itu ada beberapa bukti yang korang tak tahu. Aku harap korang takkan menjumpainya. Hehehe
Unknown
Dan itu juga membuatkan mereka tertanya-tanya pada kertas ini, apa yang mereka maksudkan?
.
.
.
.
.
.
Tbc...Bye-bye :P
KAMU SEDANG MEMBACA
SECRET || ENHYPEN TXT {✔}
Mystery / ThrillerRahsia mereka akan terbongkar satu persatu... {End} Don't copy my work dan ini adalah rekaan semata. Jangan serius sangat. :) 7/23 - 9/23