Happy Reading
Jgn lupa vote comment supaya Nad bersemangat untuk bertulis.
★★★★
Ternyata pengiraan Jungwon dan Niki salah, mereka berdua berpikir Sunoo sakit kerana dia tidak datang ke sekolah. Tapi diorang salah, Sunoo tidak sakit.Sekarang ni Sunoo berada di luar negara untuk melihat kedua orang tuanya. Ia melihat kedua orang tuanya yang berada di pemakaman. Sunoo meletakkan bunga pada kuburan orang tuanya.
Sunoo ditemani oleh seorang bodyguard yang ia selalu temani dari kecil. Sunoo pun sudah anggap bodyguard itu sebagai abangnya.
"Mama papa, apa khabar? Sunoo baik je dekat sini. Sunoo rindu mama papa, nak dengar suara mama yang tengah marah, pukul Sunoo sampai berdarah. Sunoo pun rindukan papa, masakan papa. Hehehe walaupun masakan papa ada racunnya." ucap Sunoo sambil tersenyum lebar.
Sunoo pun berdiri dan tidak lupa untuk meninggalkan kata-kata untuk orang tuanya.
"Semoga berbahagia di neraka." kata terakhir untuk kedua orang tuanya, Sunoo pun lalu pergi meninggalkan kubur kedua orang tuanya.
****
Sunoo berada di rumah milik orang tuanya, bukan milik orang tuanya tapi miliknya. Dia sahaja anak tunggal dan mendapati warisan dari kedua ibu bapanya.Sunoo menengok kearah tingkap melihat pemandangan yang agak mendung.
Tok tok, ceklek
"Tuan muda Sunoo, mari kita makan dekat bawah." ucap bodyguard yang bernama Yoon Jeonghan.
"Jeonghan Hyung, jangan panggil Sunoo tuan muda. Lagipun orang tua Sunoo dah meninggal." ucap Sunoo sambil memandang kearah Jeonghan dengan biasa.
"Sunoo, jangan cakap macam tu, walaupun orang tua Sunoo dah buat macam-macam dekat Sunoo. Diorang tetap orang tua Sunoo." jelas Jeonghan lalu mengusap kepala Sunoo dengan lembut. Tapi rasa traumanya itu cukup untuk menghilang.
Sunoo dengan wajah sedih lalu memeluk badan Jeonghan. Jeonghan pun menerima pelukan tersebut. Dia pun sudah menganggap Sunoo seperti adiknya sendiri.
Jeonghan melepas pelukan tersebut dan menyuruh Sunoo untuk makan bersama.
"Jom kita makan sama-sama dekat bawah." Sunoo mengangguk.
Pada malam hari, Sunoo merebahkan dirinya pada katil lalu ia melihat siling diatas itu membuatkan dia berpikir sesuatu. Dia berpikir apa yang terjadi di sekolah dan macam mana khabar mereka berdua. Dia sudah duduk disini dua hari kerana ia harus mengurus perusahaan orang tuanya dan itu cukup memenatkan.
Lalu dia berpikir lagi tentang bilik yang berada di sekolahnya. Sunoo mengambil handphone lalu dia membuka dan menelefon seseorang.
Sunoo menutup panggilannya lalu meletakkan handphonenya di atas meja sebelah kiri.
Dia bangun dari katil dan berjalan kearah tempat belajarnya lalu menarik kerusi dan duduk di situ. Sunoo mengeluarkan satu kertas dan mengambil satu pen dan menulis dalam kertas tersebut.
Sudah lima minit Sunoo menulis di kertas itu, dia melipat kertas itu dan meletakkan di atas meja belajarnya sahaja.
Sunoo menghembuskan nafasnya, lalu menatap dinding diatas.
"Maafkan aku, Jeonghan hyung."
.
.
.
.
.
.
Tbc...Maaf kalau chapter ni agak pendek dan membosankan.
:)
KAMU SEDANG MEMBACA
SECRET || ENHYPEN TXT {✔}
Mystery / ThrillerRahsia mereka akan terbongkar satu persatu... {End} Don't copy my work dan ini adalah rekaan semata. Jangan serius sangat. :) 7/23 - 9/23