Prologue

561 10 1
                                    

"Wehhh....ada budak gemuk kena reject" terdengar suara nyaring Irene yang mengejek sebaik sahaja Ardellia melangkah kaki masuk ke dalam kelas 1 Amethyst.

Seisi kelas mula ketawa mengejek. Mereka menjeling si chubby berambut perang itu dengan pandangan jijik.

Langkah Ardellia mati disitu. Dia terkesima. Macam mana Irene boleh tahu? Dia menoleh ke kanan, memandang kawannya Syuhada.

Hanya Syuhada tahu apa yang berlaku. Hanya Syuhada tahu yang dia menyimpan perasaan pada Ryan Noah, pelajar Tingkatan 5 Amethyst.

Ardellia menggengam surat yang dia terima dan kad ucapan hari lahir yang dia bertungkus lumus buat semalam. Kata Syuhada, hari ni Birthday Ryan dan Ardellia perlu gunakan peluang ni untuk meluahkan perasaannya pada Ryan.

Dia juga telah merancang untuk mencari hadiah hari lahir untuk Ryan hujung minggu ketika mereka keluar outing nanti.

Syuhada yang juga merupakan teman semejanya memandang Ardellia dengan rasa  simpati.

"Lia, sumpah aku tak tahu. Bukan aku yang bagitahu mereka" Syuhada menggigit bibirnya dan dia tunduk sebelum dia cepat-cepat tarik tangan Ardellia untuk duduk di meja mereka.

"Mungkin Ryan yang bagitahu Kak Sophea" bisik Syuhada setelah mereka duduk.

Ryan bagitahu Kak Sophea? Tapi kenapa?

"Kau tak tahu ke? Kakak sepupu Irene tu satu kelas dengan Ryan. Ingat tak, Kak Sophea? Alaa, yang famous tu?"

"Kak Sophea? K-kenapa Ryan bagitahu Kak Sophea?" Ardellia tak faham.

"Korang tahu tak, ada budak gemuk tak sedar diri tulis surat cinta untuk boyfriend kak Sophea. Apa lagi, mengamuk la kakak sepupu aku tu. Dia ingat, abang Ryan akan pandang dia kalau dia tulis surat dan buat kad lawa-lawa semata-mata nak confess. Tak sedar diri. Dah la miskin. Gemuk pulak tu." Kutuk Irene lagi.

Oh! Ryan tu boyfriend kak Sophea? Patutlah!

"Weh Ardellia. Rumah kau tak ada cermin ke? Cuba kau tengok muka kau tu. Berjerawat. Kulit kusam. Pakai gigi besi. Ada hati nak mengorat abang Ryan. Kau tahu tak dia tu boyfriend kak Sophea" Irene geram bila Ardellia tidak menjawab.

Dia geram, rasa nak tarik je rambut perang budak chubby tu.

"S-Saya tak tahu" jawab Ardellia.

Dia betul-betul tak tahu. Syuhada tahu ke? Kalau dia tahu, kenapa dia tak bagitahu Ardellia. Kenapa dia yang menyuruh Ardellia meluahkan perasaanya pada Ryan.

Syuhada yang bersungguh-sungguh menyuruhnya membuat kad ucapan hari lahir itu.

"Dah tu. kalau tak tahu sekalipun bawaklah sedar diri. Kau tu dah la buruk. Miskin lagi. Ada hati nak dekat orang kaya." Satu kelas masih ketawakan dia kecuali Syuhada.

"Syu, kau tak geli ke duduk sebelah dia?" Soalan Irene beralih pula pada Syuhada.

"Haa?" Syuhada pandang Irene.

"Hmm, apa kata, kau balik hostel nanti, minta dengan warden kau nak pindah duduk bilik Najwa. Najwa sekarang ni duduk sorang-sorang sebab roomate dia dah tukar sekolah." Saran Irene.

"Aku kesian dekat kau. Dekat hostel kena hadap muka si gemuk ni, dalam kelas pun hadap muka buruk dia jugak" tambah Irene.

"Err...aku..." Syuhada serba salah untuk memberikan  jawapan dan hanya memandang Ardellia dengan rasa simpati.

"Dahlah gemuk dan buruk..."

Jeda seketika dan Irene berjalan perlahan menghampiri Ardellia.

"Busuk pula tu!" Kutuk Irene. Tapi dia tahu itu satu pembohongan.

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now