Farish tersengih sambil melihat screen handphonenya. Figura seseorang yang sudah dimainkan berulang kali di usapnya.
"Kau cantik sangat sayang! Kenapalah aku tak jumpa kau dulu. Kalau tak kau mesti dah jadi milik aku..." sengih lagi.
Sungguh dia angau. Kecantikan wanita itu semakin terserlah setelah dia berkahwin dan memakai hijab.
"Woii...angau!" Tepuk seseorang dari belakang.
Farish tersengih. Jemarinya masih dimainkan pada screen yang mengulang tayang iklan yang sama.
Razi dah gelengkan kepala. Sungguh dia tak sangka kawan dia akan jadi angau macam ni. Dah berkahwin tapi angaukan perempuan lain. Perangai tak pernah berubah. Ni kalau Maria tahu, masaklah dia.
"Kau jangan nak cari nahas ye. Kau nampak kan apa yang jadi pada Huzair. Kalau kau rasa kau tak nak terima nasib yang sama, baik kau batalkan sahaja niat kau nak dekati Ardellia. Kau tak kenal lagi suami dia macam mana" Razi mengingatkan.
Baru sahaja minggu lepas. Kes Huzair yang dipenjarakan atas kes menculik dan cubaan merogol menjadi topik hangat perbincangan. Ryan Noah tu bukan calang-calang orang. Billionaire kot. Sayang gila dekat bini. Dah dapat bini cantik dan cun melecun macam tu, siapa je yang tak sayang kan?
"Huzair tu bodoh. Dah buat kerja. Terang-terang. Dia ingat kalau dia paksa, Ardellia akan suka dekat dia?" Farish menjawab bersahaja.
"Aku rasa baik kau lupakan saja niat kau tu Farish. Kau tak kesian dekat Maria ke? Dia tu kan tengah mengandungkan anak kau?" Razi mengingatkan sekali lagi.
Farish malas nak jawab. Menyesal dia dekati Maria dulu. Kalaulah dia tahu Maria ada kakak tiri yang cantik lagi rupawan. Memang dia yang akan masuk jarum dulu.
Pada awalnya, dia dekati Maria sebab dia sangka wanita itu ialah pewaris utama Hotel Majestic. Rupa-rupanya cuma anak tiri. Pewaris utama itu jauh lebih cantik lagi.
Sepatutnya selepas dia tahu akan kewujudan Ardellia tu, dia tinggalkan je Maria tu tapi waktu tu Maria dah terlalu angau dengan dia. Sanggup serahkan apa sahaja termasuk tubuh dia yang dara. Tak kanlah dia nak tolak lauk free kan. Tapi tak sangka pulak mereka akan kantoi dan terus dinikahkan selepas kena tangkap basah dekat hotel tu. Menyesal sungguh.
"Takpe. Kuota aku masih ada lagi tiga. Lagipun, Maria tu bukan adik beradik kandung dengan Ardellia. Tak salah bermadu kan" Farish tersenyum sinis.
Razi mengelengkan kepala kesal. "Memanglah mereka boleh dimadukan tapi Ardellia tu isteri orang. Kau jangan nak buat hal ye"
Kalau ikutkan hati. Razi malas nak campur tapi Farish ni kawan lama dia. Walaupun dia pun nakal dan suka berfoya-foya tapi dia tak pernah rosakkan anak dara orang, apatah lagi nak kacau isteri orang.
"Baby!!! I penat tau tunggu you. Kenapa you tak jawab call I semalam?" Tiba-tiba muncul seseorang yang berskirt pendek dan duduk atas ribaan Farish.
Aqila. Setiausaha lelaki itu.
Yang ni lagi seorang. Hubungan sulit yang tak pernah putus. Aqila tu setiausaha Farish dan mereka berdua sudah menjalinkan hubungan sulit sudah lama. Sejak Farish belum berkahwin lagi.
Pada awalnya, Aqila tu tunang orang. Buat hal belakang tunang sehingga putus tunang dan bila Farish kahwin dengan Maria, dia masih lagi jalinkan hubungan dengan lelaki itu.
Sungguh Razi pening. Kalau dah suka sama suka. Kenapa tak kahwin je lepas Aqila putus tunang hari tu? Ni, dah kahwin dengan orang lain tapi masih lagi buat hubungan sulit dengan setiausaha sendiri.
"Dahlah Farish. Aku tak tahu nak cakap apa dengan kau. Aku malas nak campur. Aku pergi dulu" Razi sudah bangun sambil mengelengkan kepala tanda kesal.
Aqila hanya menjeling sahaja batang tubuh Razi yang berlalu pergi. Bila dia nampak Farish yang sedang melihat iklan Ardellia. Dia berdencit geram. Terus handphone lelaki itu dirampas dan diletakkan ditepi.
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku
RomanceArdellia Bella Clarissa, dia dihina dan dibuli sebab dia tidak sempurna. Tidak cantik dan tidak kaya. Cintanya juga ditolak oleh crushnya, Ryan Noah dengan alasan yang sama. 'Dia tidak sempurna'. Dia dimalukan oleh rakan sekelas sehingga dia berte...