Bab 6

356 9 1
                                    

Alisa dari tadi tak habis-habis menjeling Ardellia. Naik rimas gadis itu. Dia nak makan pun tak senang. Lalu Ardellia letakkan garpu ditangan dan mata Alisa ditentangnya.

"Kau kalau ada nak cakap something, terus terang je, dari tadi asyik nak tenung aku!" Ardellia mendengus geram.

"Macam mana hubungan kau dengan Ryan tu?" Akhirnya Alisa membuka mulut.

"Macam mana apa? Kami mana ada apa-apa hubungan" acuh tak acuh jawapan Ardellia.

"Aku nampak la Dell. Dari cara Ryan tu pandang kau. Cara dia flirting dengan kau. Haa, bukan ke kau tak suka kalau ada lelaki sentuh kau. Ni Si Ryan tu bukan main lagi dok pegang tangan kau. Berpeluk masa main game tadi."

Terus Ardellia terdiam. Dia ingat Alisa tak perasan.

"Mana ada apa-apa. Kebetulan je tu, dia nak ajar aku main game. Bukan kami berpeluk pun." Ardellia mengguman ayat yang terakhir.

Alisa tersengih jahat. "Eleh, bukan berpeluk. Tadi kalau aku tak tegur. Memang dah bercium la korang tu. Kang nanti viral lagi kau"

"Ishh mulut kau tu. Mana ada kami nak bercium" marah Ardellia. " lagipun kau tahu kan aku tak suka dia" tambahnya lagi.

"Perasaan benci dan cinta itu hanya sebatas garisan yang nipis je Dell. Bila-bila masa je perasaan benci tu akan bertukar jadi cinta dan sayang. Jadi aku nasihatkan kau. Jangan over sangat membenci. Nanti kau jatuh sayang"

"Lisa..."

"Ye, aku tahu tapi aku cuma nak ingatkan kau" Alisa memotong. Kemudian dia menukar topik. "Ni haa, Arch Technology hantar email. Pasal kontrak kau. Macam mana?" Tanya Alisa.

"Sebenarnya Ryan pun ada tawarkan kontrak pada aku" cerita Ardellia.

"Jadi kau memang dah buat kata putus? Nak sign contract dengan Ryan pulak?" Alisa meminta kepastian.

"Tak, aku tak buat apa-apa keputusan lagi tapi aku memang dah ambil keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Arch Technology. Lagipun kau tahu sebabnya kan."

"Irene?" Tanya Alisa

Ardellia hanya diam. Ye Irene. Irene yang mengupah paparazzi untuk mengekori Ardellia demi mengorek cerita tentangnya. Irene yang sama yang pernah menjadikan kehidupan Ardellia huru-hara bila dia dihina pada zaman persekolahan.

Irene tu tak lain dan tak bukan, sepupu Sophea, teman wanita Ryan masa zaman sekolah. Ardellia jadi rasa ingin tahu. Apakah Ryan dan Sophea masih lagi berhubung sehingga sekarang?

"Esok aku nak pergi Arch Technology. Kita habiskan photoshoot terakhirn dengan mereka. Aku tak nak tunggu lama dah"

"Aku ingatkan kau nak rehat lagi minggu ni." Alisa menyuap buah kiwi kemulutnya.

"Lagi lama aku rehat. Lagi huru-hara hidup aku. Ini kerja yang terakhir aku dekat Arch Technology. Lepas ni aku dah tak nak ada kaitan dengan mereka" Tegas Ardellia.

***
Tepat pukul 12 tengah malam. Kereta Ryan menyusur masuk kedalam kawasan villa milik keluarganya. Ryan lihat lampu bilik mummynya masih cerah. Dia mengeluh. Pasti mummy nak tanya tentang makan malam tu.

Dia perasan ada banyak missed call dari mummy dan juga kakak iparnya. Dia tak menjawab panggilan mereka. Adiknya, Riana juga menghantar mesej, memaklumkan apa yang berlaku semasa makan malam bersama Dato' Jaafar dan keluarganya itu.

Sebaik sahaja pintu utama ditolak. Ryan dah nampak Mummy dia yang sedang duduk atas sofa, merenung ke arahnya. Naik seram pulak dia. Tapi dia tetap buat reaksi biasa dan perlahan wanita separuh abad itu dihampirinya.

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now