Bab 23

276 9 0
                                    

"Macam mana dia boleh terlepas? Nak handle perempuan seorang pun tak boleh ke?" Syuhada bengang.

Dah puas dia amuk dua orang suruhannya yang diarahkan untuk bawa Ardellia ke bilik hotel yang dia sudah tempah, Huzair pun dah tunggu lama.

Sakit hati betul dia bila mereka berdua cakap, mereka tak jumpa Ardellia di mana-mana. Habis hancur rancangan mereka.

Huzair yang hanya memandang itu turut berasa kecewa. Lauk yang dia impikan hilang begitu sahaja. Dia turut akui kata-kata Syuhada tu. Mereka berdua tu lembap betul.

"Dah lah. Blah lah korang, semak pulak aku tengok" Syuhada kusutkan rambut blondenya itu.

"Relaxlah babe. Masih ada masa, nanti biar I sendiri yang pergi. I buat on the spot gerenti tak terlepas punya" Huzair dah sengih jahat.

"You cakap dia kerja dekat mana sekarang ni?"

"Ada dekat bengkel tu, tapi dekat situ selalu ramai orang. You kena intip dia dulu" Syuhada menjelaskan.

"I tahu lah apa nak buat, you jangan risau." Huzair bertekad, kali ni dia yang akan buat sendiri.

***
"Aku rasa korang ni kena cepatkan majlis kahwin" Alisa bersuara ketika dia dalam perjalanan menghantar Ardellia ke bengkel tempat kerjanya.

"Kenapa pulak? Bukannya lama mana lagi majlis aku tu. Tinggal sebulan lebih je lagi" ujar Ardellia.

"Ye, tapi korang ni tak boleh nak berenggang sikit. Haa tengok, apa jadi minggu lepas. Bertepek gigitan asmara dekat leher masing-masing. Memang dah layak kahwin dah kalau macam tu" sindir Alisa.

Ardellia terdiam. Tak menyangka Alisa akan mengungkit kejadian pada minggu lepas. Dah la dua tiga hari juga dia susah tidur sebab rasa bersalah dan rasa malu tu masih ada.

Alisa jeling Ardellia yang hanya diam. Dia mengeluh. Dia kasihankan Ardellia sebenarnya, macam-macam yang orang buat sebab dengki kan dia.

Sudahlah hubungan dia dengan papanya masih lagi dingin. Kalau Ryan dah sah jadi suami dia, Alisa akan sedikit lega.

Ketika kereta yang dipandu Alisa masuk ke dalam kawasan bengkel. Mereka nampak, Faizal dan seorang lelaki yang berbadan agak sado sedang berdiri di depan pintu bengkel.

Alisa betul-betul memberhentikan keretanya di depan mereka berdua. Ardellia keluar dari kereta dan dia berjalan ke arah PA tunangnya itu.

"Kenapa you dekat sini Faizal? Ryan datang sini ke? Bukan dia cakap dia nak pergi Johor ke?" Ardellia dah naik pelik.

"Boss masih lagi dekat pejabat. Kami akan bertolak tengahari nanti. Saya dekat sini nak kenalkan bodyguard cik Ardellia" Faizal melirik pada lelaki sado yang berdiri disebelahnya.

"Bodyguard?" Alisa pandang lelaki itu atas bawah. Patutlah sado semacam. Bodyguard rupanya.

"Ini Asyraff, mulai hari ni dia akan jadi bodyguard cik" jelas Faizal lagi.

"I ni kerja Faizal. Dekat bengkel ni je. Dah kenapa I nak kena pasang bodyguard?" Ardellia dah picit pelipis.

"Ini arahan boss Cik Lia, saya hanya menjalankan tugas. Itu sahaja. Saya tinggalkan Asyraff dekat sini. Saya kena balik office semula" Faizal tunduk hormat sebelum dia berlalu ke arah kereta BMW i7 milik Ryan.

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now