Ryan berhentikan keretanya di tempat parking hospital. Riana terus keluar tanpa sempat dia menuturkan apa-apa. Pagi ni, dia keluar untuk jemput adik bongsunya dari airport.
Sepanjang perjalanan dari airport sampai ke hospital, tak habis-habis Riana menyuruh angahnya memandu cepat dan laju. Dia sudah tak sabar nak bertemu empat mata dengan alongnya.
Ryan mengelengkan kepala melihat tubuh Riana yang hampir melanggar sekumpulan nurse yang sedang bercakap.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Riana terus masuk. Tangganya cepat menekan butang lif untuk naik ke wad VIP. Dia tak sabar. Nafasnya terasa tersekat-sekat. Rasa macam lambat pula lif tu nak sampai ke lantai 12. Nombor 12 ditekan lagi berkali-kali.
"Kalau awak tekan 10 kali pun tetap sama juga kelajuan lif ni" dia dengar suara seorang lelaki dari belakang.
Riana pusing tubuhnya. Kenapa dia tak perasan ada orang tadi. Dia lihat lelaki itu memakai kot putih, doktor mungkin. Tag nama dipandangnya sekilas.
Dr. Emir
Malas nak bergaduh, Riana hanya diam dan memandang ke hadapan. Tanpa dia sedar, raut wajahnya sedang diteliti melalui bayang yang terpancar di dinding lif itu.
Tiba sahaja ke tingkat 12, Riana terus berlari laju keluar dari lif itu. Emir tersenyum melihat gadis cantik yang baru sahaja berlalu itu. Dia keluar dan terserempak dengan kawannya Dr. Haikal.
"Hai Emir, senyum je ni. Ada berita yang menggembirakan ke?"
"Hmm, aku baru je jumpa bidadari tadi." Jawab Emir.
Haikal naikkan keningnya.
"Bidadari apa pulak ni? Kau jangan melalut. Ini hospital" balas Haikal. Dah lah ruangan lantai 12 itu sunyi sahaja. Maklumlah kawasan wad VIP kan.
"Haa...mana patient yang kau nak aku tengokkan tu?" Emir menukar topik dan berjalan beriringan dengan Haikal.
"Ada dekat wad No 8. Dia baru sahaja sedar dari koma semalam. Tangan dia boleh bergerak tapi kaki dia tak boleh bergerak. Sama ada itu dari kesan kemalangan dulu atau kesan terbaring lama semasa dia koma." Terang Haikal dan menghulurkan board yang berisi maklumat pesakit itu pada Emir.
Emir mengangguk tanda faham dan mereka tiba di bilik no 8 yang dimaksudkan oleh Haikal. Pintu wad itu ditolak dan mata Emir terus tertancap pada figura seorang gadis yang dikenali sedang memeluk pesakit diatas katil. Terus kendur wajah Emir.
***
Riana tolak pintu wad kuat dan mengejutkan semua yang ada dalam bilik itu. Humaira dan Datin Haifa mengalihkan pandangan mereka ke muka pintu dan mereka disajikan dengan wajah basah Riana."Along? Along dah sedar? Along..." Riana menyeru berkali-kali dan langkah dibawa ke katil yang menempatkan Razif.
Razif tersenyum tapi kolam matanya juga berair melihat si bongsu yang kini sudah memakai tudung.
"Adik..." panggilnya.
Riana terus menerpa ke katil dan tubuh alongnya dipeluk sambil mengogoi.
"Along jahat, kenapa Along tidur lama sangat...adik rindu along...." Dia merengek manja dan air hingusnya sudah mula keluar.
Razif menggosok belakang si bongsu dengan penuh rasa sayang. Riana memang sangat manja dengannya. Dia je yang masih memanggil Riana dengan panggilan adik walaupun gadis itu sudah besar. Dah 18 tahun pun.
Kata Ryan, Riana dapat tawaran ke luar negara tapi dia menolak, dia tak nak sambung belajar jauh dari keluarga. Jadi dia pilih untuk masuk matrikulasi di Pulau Pinang. Katanya juga dia nak jadi doktor. Dia nak tolong Along dia.
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku
RomanceArdellia Bella Clarissa, dia dihina dan dibuli sebab dia tidak sempurna. Tidak cantik dan tidak kaya. Cintanya juga ditolak oleh crushnya, Ryan Noah dengan alasan yang sama. 'Dia tidak sempurna'. Dia dimalukan oleh rakan sekelas sehingga dia berte...