Bab 44

168 4 0
                                    

"Kau cari siapa influencer tu. Pastikan surat saman dihantar terus depan pintu rumah dia. Buang semua video yang dia buat tentang isteri aku...no no..masih tak cukup u..kau pastikan akaun dia tu tutup terus!" Ryan tegas bersuara.

Sakit hati apabila ada rakaman video Ardellia dan dia yang sedang berjalan masuk ke dalam balai polis dijadikan topik oleh influencer itu untuk mendedahkan berita tentang keguguran kandungan Maria. Boleh tahan dia menangguk di air yang keruh. Mengutuk isterinya dan menabur fitnah.

Licik betul Puan Sri Aisyah. Dia tahu dia tak mampu nak guna wartawan untuk menghebahkan berita itu dan dia gunakan influencer yang baru setahun jagung naik nama untuk jatuhkan isteri dia.

Saat itu juga ramai wartawan yang mula menghubungi Noah Tech Corporation untuk menuntut kesahihan berita tentang kisah Ardellia yang dibicarakan dalam live influencer itu.

Tak sampai setengah jam. Akaun influencer itu terus ditutup dan semua peminatnya dan netizen terkejut. Mereka juga melihat rakaman video saat surat saman di hantar ke rumah influencer itu dan wanita awal 20-an itu jatuh terduduk. Dia merayu dan menangis meminta maaf tetapi peguam yang diupah Ryan langsung tidak memberi peluang.

Semua itu dirakam oleh team publicist Ryan dan terus diupload ke media sosial. Nak buat live sangatkan, sekarang terimalah nasib yang sama.

***
Tan Sri Arfan terkejut bila Ryan datang menemuinya dan menceritakan apa yang telah berlaku.

"Betul ke Ryan?"

"Isteri papa dah malukan isteri saya dengan mengupah orang untuk merekod video kami dan mengupah seorang influencer untuk bercakap tentang apa yang telah berlaku kepada pihak umum. Saya dah failkan saman ke atas Puan Sri Aisyah dan juga anaknya Maria."

"Ryan...tolong jangan buat macam ni, mana papa nak letak muka kalau orang tahu menantu papa saman keluarga papa."

Ryan ketawa sinis. "Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga. Dimana letaknya hati papa sebagai seorang ayah. Mereka dah fitnah anak kandung papa dan papa masih nak sebelahkan mereka lagi." Ryan gelengkan kepala penuh kesal.

Tan Sri Arfan diam. "Papa serba salah sebenarnya Ryan..papa..."

"Saya kasihankan isteri saya. Selama ni dia dah cukup menderita bila kasih sayang ayahnya di rampas oleh orang asing. Sekarang saya turut merasakannya. Sedihnya hidup seorang Ardellia. Dalam keadaan yang alahan teruk sebab dia mengandung dan badan masih lemah selepas rebah sebaik sahaja balik dari hospital tapi dia tetap positif tetapi datang pula beberapa orang anggota polis datang ke rumah nak heret dia pergi balai. Keluar dari balai, diserang oleh para wartawan." Luah Ryan lagi sambil memicit pelipisnya.

Tan Sri Arfan tunduk. Dia tak tahu akan hal itu. Dia tidak tahu perihal anaknya yang pengsan selepas pulang dari hospital.

"Saya rasa saya dah beri cukup banyak peluang untuk papa dan keluarga papa sehingga Ardellia yang jadi mangsa." Ryan mengeluh sebelum dia menyambung.

"Saya akan dedahkan apa yang berlaku hari ni pada mahkamah dan juga apa yang berlaku sebelum ini pada pihak polis. Rasanya dah tiba masa perempuan jahat yang dilindungi papa itu mendapat balasan yang setimpal atas apa yang dia pernah buat pada isteri saya selama ni"

"Apa maksud kamu?" Tan Sri Arfan pelik dengan kata-kaya Ryan. Apa maksudnya selama ini? Apa lagi yang isterinya buat tanpa pengetahuannya?

Habis berkata-kata Ryan terus melangkah ke arah wad yang menempatkan Maria. Tan Sri Arfan mengekori langkah menantunya penuh dengan persoalan yang bermain di kepalanya.

Sebaik sahaja pintu wad ditolak mereka melihat ada seorang lelaki yang tidak dikenali sedang berbual dengan Maria. Sedang menemubual wanita itu lebih tepat diungkapkan. Ada buku nota dan juga rakaman suara dihadapan Maria.

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now