Bab 14

287 8 1
                                    

Humaira mundar mandir di luar wad vvip yang menempatkan suaminya. Jemarinya digigit. Jantungnya umpama dipalu gendang. Berdebar. Takut. Risau. Semua rasa bercampur menjadi satu. Wajah dia sedikit pucat.

Tadi sewaktu dia dan ibu mertua sedang memasak. Dia dikejutkan dengan panggilan telefon, Dr. Haikal. Doktor peribadi keluarga mereka. Katanya mesin bacaan nadi suaminya berubah dan suaminya sedang nazak. Itu kata mereka.

Setengah jam sudah berlalu dan masih belum ada tanda-tanda sesiapa akan keluar. Dia mendengar suara mereka dari dalam tapi sukar untuk ditebak apa yang sedang berlaku.

Datin Haifa berdiri dan dia peluk si menantu. Hatinya juga risau. Yang sedang bertarung dengan maut itu adalah anak lelakinya. Nyawa pertama yang tinggal di rahimnya. Tapi dia sebagai ibu, dia perlu kuat untuk mereka.

"Mummy...Maira takut my, Maira tak sedia lagi nak kehilangan abang" Humaira sudah teresak-esak.

Pertama kali dia tunjukkan perasaannya. Sewaktu Razif disahkan koma. Humaira hanya tenang sahaja. Dia seolah-olah redha dengan keadaan suaminya. Tapi hari ni, sebaliknya yang berlaki.

"Sabar Maira...mummy yakin, suami kamu kuat. Dia sudah mampu bertahan selama setahun. Dia kuat, kita sama-sama doakan dia"

Datin Haifa bawa Humaira duduk atas kerusi depan pintu bilik itu dan kepala Humaira terlentok di bahu Datin Haifa. Mencari kekuatan dari ibu mertuanya.

Ryan pula hanya memandang sepi. Dia usap kepala Rania yang sudah lena di atas ribanya. Haziq berdiri tidak jauh darinya sambil menyandar pada dinding. Wajahnya juga muram sahaja.

Lima minit kemudian, pintu wad itu terbuka dan muncul wajah Dr Haikal bersama seorang doktor perempuan.

Humaira dan Datin Haifa cepat berdiri menghampiri keduanya. Ryan juga mahu berdiri tapi mengingatkan Rania yang sedang lena jadi dia biarkan sahaja.

"Doktor...macam mana suami saya?" Tanya Humaira dengan wajah yang masih basah.

Dr Haikal tersenyum kecil memandang keluarga pesakit yang baru dirawatnya itu.

"Puan boleh masuk tengok sendiri.." jawab Dr Haikal.

"Apa maksud doktor?" Humaira rasa jantungnya semakin berdebar. Dia pandang pintu wad itu lama.

"Pergilah Maira...mummy tunggu dekat luar." Datin Haifa tahu, Humaira lebih berhak untuk tahu keadaan suaminya.

Humaira tolak daun pintu dengan terketar-ketar. Dia berjalan masuk dan saat sepasang matanya bertembung dengan sepasang mata hitam yang sedang merenungnya dari atas katil itu, terus tangisan Humaira pecah.

"Ab-abang? Abang dah sedar?" Dia berjalan perlahan.

Razif senyum. Dia cuba nak angkat tangannya untuk memanggil isteri ya itu tapi tenaganya masih lagi kurang. Nurse yang sedang menutup mesin bantuan pernafasan itu juga sudah berlalu pergi.

"Ini mimpikan? Abang dah sedar? Suami Maira dah sedar?" Humaira bertanya dan dia semakin hampir dengan katil yang menempatkan tubuh suaminya.

"Sa-sa-yang..." Razif bersuara perlahan. Kasar suaranya dan tersekat-sekat. Sakit tekaknya dan peti suara rasa berbisa sebab sudah lama tidak digunakan.

Sekali lagi Humaira menghamburkan tangisannya. Dia pegang kekura tangan suaminya dan diciumnya bersama tangisan yang belum beri tanda akan reda.

Ya Allah. Dia rindu! Sungguh! Terlalu rindu.

***
Datin Haifa duduk disofa bersama Ryan. Dia senyum melihat si menantu sedang menyuap suaminya makan. Anak mereka, Rania juga sedang ralit memandang ayahnya. Dia berada atas katil disisi Razif.

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now