Ryan bukakan pintu kereta untuk isterinya. Ardellia senyum sekilas dan menyambut huluran tangan suaminya. Mereka berjalan bersama-sama untuk masuk ke dalam rumah.
Tiba di ruang tamu, Ardellia lihat ibu mertuanya sedang berbual dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Seorang wanita yang agak berusia. Dia pandang suaminya.
"Meh abang kenalkan.." Ryan pimpin tangan isterinya dan bawa dia ke sofa.
"Ini ke menantu kau Fa?" Tanya wanita itu.
"Ye Kak Miah. Inilah menantu saya. Ardellia." Datin Haifa senyum.
"Cantik. Pandai anak kau cari" puji wanita itu lagi.
Ardellia hanya senyum sahaja. Dia masih tidak kenal wanita itu. Datin Haifa pandang menantunya.
"Lia. Ini mummy nak kenalkan. Mak Miah. Dia kawan mummy masa kecik-kecik dulu. Mak Miah ni tukang urut dan juga bidan." Datin Haifa memperkenalkan wanita yang berbaju kurung itu.
"Apa khabar Mak Miah.." tanya Ardellia lembut.
"Aku macam nilah Lia. Orang tua. Kadang sihat, kadang tidak." Jawab Mak Miah.
"Mak Miah akan jaga Lia sepanjang Lia berpantang. Mulai hari ni dia akan tinggal disini" Datin Haifa menjelaskan lagi.
Pantang? Oh, ye lah. Dia baru je keguguran. Mesti kena berpantang juga kan. Hatinya rasa sayu mengingatkan hakikat itu tapi Ardellia cuba menguatkan dirinya.
"Kamu jangan risau. Aku tahulah nak urut kamu nak betulkan kedudukan rahim tu. Bagi naik dan kuat balik. InsyaAllah, lepas ni tak lama mesti lekat lagi tu. Kamu tu kena jaga juga emosi, jangan nak difikirkan sangat perkara yang dah lepas. " sambung Mak Miah pula.
Ardellia senyum segaris mendengar kata-kata Mak Miah. Ryan juga senyum dan meramas jemari isterinya.
"Ryan, bawa Lia naik bilik dulu. Nanti Mak Miah nak naik urut dia." Datin Haifa menyuruhnya.
Ryan anguk dan dia bantu isterinya berdiri. Tiba di anak tangga pertama, Ardellia rasa tubuhnya melayang. Terkejut dia.
"Abang..." Ardellia bersuara saat dia dah selamat dalam dukungan suaminya. Malu dia dengan Mak Miah dan ibu mertuanya yang sedang melihat.
"Sayang kan tak sihat lagi. Biar abang je yang dukung sayang.." Ryan mula berjalan mendaki anak tangga tanpa menghiraukan tetamu yang sedang melihat aksi mereka.
Satu jam kemudian, Mak Miah keluar dari bilik yang menempatkan Ardellia. Dia baru sahaja selesai mengurut wanita itu. Ryan melihat Mak Miah turun dan dia terus berdiri.
"Eh kamu nak pergi mana?" Tanya Datin Haifa kepada anak lelakinya.
"Nak tengok isteri Ryan lah mummy" Ryan menjawab dengan dahi yang berkerut.
"Tak payah...biar Lia rehat dulu. Duduk" Datin Haifa tarik tangan anak lelakinya.
"Kenapa?" Soalnya lagi.
"Aku baru siap urut Lia. Dia tengah bersiap nak mandi. Kamu jangan nak kacau dia, nanti kelaut sekejap lagi"Mak Miah menjawab pula.
Ryan kembali duduk walaupun dia tak puas hati. Apa mereka ingat dia gelojoh sangat ke? Dia pun tahu isterinya masih berpantang. Lagipula emosi Ardellia dan dia sendiri masih tidak stabil sepenuhnya selepas merasa kehilangan. Dia cuma tak nak Ardellia bersendirian sahaja.
"Dia okay...tadi dah siap urut, nampak badan dia dah segar sikit." Tambah Mak Miah sambil duduk atas sofa. Dia kenal sangat dengan wajah risau lelaki muda itu.
Malam tu, Ardellia masuk dalam bilik sambil membawa makan malam isterinya dan dia tengok ada sesuatu yang bertempek di dahi isterinya. Mak Miah pula sedang mengurut betis Ardellia.
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku
RomanceArdellia Bella Clarissa, dia dihina dan dibuli sebab dia tidak sempurna. Tidak cantik dan tidak kaya. Cintanya juga ditolak oleh crushnya, Ryan Noah dengan alasan yang sama. 'Dia tidak sempurna'. Dia dimalukan oleh rakan sekelas sehingga dia berte...