Bab 21

228 8 2
                                    

"Macam mana? Suka?" Tanya Alisa pada Ardellia.

Dia baru sahaja siap menyolekkan kawan baiknya itu untuk majlis makan makan malam sempena ulangtahun syarikat milik Ryan.

Ardellia perhatikan rambut dia yang disanggul gaya messy bun dan make up dia yang nipis. Ryan cakap dia lebih suka wajah yang natural jadi dia hanya menyuruh Alisa membuat make-up yang nampak natural.

"Dress kau ni memang ditempah khas untuk majlis ni ke?" Tanya Alisa. Dia sangat suka akan warna dan design dress yang baru sahaja dihantar oleh PA Ryan, Faizal pada Ardellia. Ringkas tapi nampak sangat cantik.

Warna itu sangat cantik dan menyerlahkan lagi warna kulit Ardellia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Warna itu sangat cantik dan menyerlahkan lagi warna kulit Ardellia.

"Mummy Ryan yang pilih, mereka satu keluarga pakai warna yang sama hari ni, termasuklah aku"

"Pandai bakal mertua kau pilih. Ni kalau pakai tudung, mesti lagi lawa."

Ardellia terdiam mendengar kata-kata Alisa.

"Dell...sorry aku tak berniat nak buat kau terasa. Aku cuma...."

"Tak pe, aku pun selalu terfikir perkara yang sama. Aku rasa nak berhijab nanti bila majlis kahwin aku"

Alisa senyum. Dia tumpang gembira. Dia sendiri baru belajar berhijab selepas membuka kedai bersama stylist yang diupah oleh Ryan, Solehah. Alisa rasa hidupnya lebih tenang sekarang ni, jadi dia pun menginginkan kawan baiknya rasa apa yang dia rasa.

"Ryan ada minta kau pakai tudung?"

"Ryan tak pernah sebut soal ni. Mummy dia pun sama tapi aku tak nak memalukan mereka. Lagipun kalau aku dah kahwin nanti. Aurat aku sepatutnya untuk suami aku sahaja kan?" ujar Ardellia.

"Tak pe, kau tak perlu paksa diri. Kata Solehah, nak tutup aurat dengan sempurna tu perlukan istiqomah. Buat sebab kau rasa itu tanggungjawab kau bukan sebab orang sekeliling." nasihat Alisa lagi.

Ardellia senyum dan menganggukkan kepalanya.

Sayang, I'll be waiting at the lobby. You naik dengan I ~ Ryan Noah

Family you? ~ Ardellia Bella

Mummy naik dengan along dan kak long ~ Ryan Noah

Mata Ryan tidak berkelip bila melihat Ardellia melangkah kearahnya. Cantik bagai bidadari!

Dia perhatikan lenggok supermodel yang tak pernah hilang walau apa pun yang Ardellia pakai. Bertuahnya dia.

Baju yang mummy dia pilih tu pula sangat cantik dan sopan sahaja. Bertutup sepenuhnya. Wajah Ardellia yang dirias tipis menaikkan lagi seri wajahnya.

"Dah la tu termenung, kita dah lambat ni" suara Ardellia membuatkan lelaki itu kembali fokus.

Pintu kereta dibuka untuk cik tunang dan setelah Ardellia masuk, Ryan terus masuk ke tempat pemandu dan keretanya membelah pekat malam menuju ke destinasi.

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now