Bab 50

189 5 0
                                    

Sebaik sahaja bilik itu menjadi terang benderang, Datin Haifa rasa kakinya jadi lembik. Dia bagaikan bermimpi melihat figura seseorang yang dikenali sedang tidur atas katil anak dan menantunya.

"Ermm...abang Ryan, kenapa buka lampu..." kedengaran suara manja tak lain dan tak bukan, tapi anak angkat Puan Mashitah, Si Syakirah yang sedang berselimut. Jelas dia tidak memakai walaupun seurat benang.

"Astaghfirullahalazim...kau buat apa ni Kira?" Terdengar suara Puan Mashitah yang kuat.

"Mak? Aunty Faa.." Syakirah buat-buat terkejut dan terus ditarik comforter rapat kedadanya. Wajahnya takut-takut. Dia pandang semua orang yang ada dalam bilik tu.

Datin Haifa sudah jatuh terduduk. Macam mana Syakirah boleh ada dalam bilik Ryan dan Ardellia? Atas katil mereka pula tu. Tanpa seurat benang. Dia lihat baju-baju Syakirah yang terdampar dilantai.

Seketika kemudian, bunyi pintu bilik air dibuka dari dalam. Semua mata menghala ke situ. Muncul Ryan dengan wajah dan rambut yang basah, memakai bathrobe. Ada sehelai tuala kecil ditangannya dan dia muncul bersahaja sambil mengelap rambut.

Langkah Ryan mati bila dia perasan ada banyak mata yang sedang merenungnya. Dahinya berkerut.

"Mummy? Kenapa ramai-ramai dekat bilik Ryan?" Tanyanya tanpa rasa bersalah.

Datin Haifa rasa hatinya bagai dilapah-lapah. Ya Allah apa yang dah jadi pada anak aku? Apa semua ni?

"Ryan! Kau buat apa dekat anak aku?" Jerit Puan Mashitah dan dia hampiri Ryan untuk menampar pipi lelaki itu tetapi Ryan lebih cepat menghalang.

"Kenapa semua orang dekat sini?" Tanya Ryan. Dia pegang lengan Puan Mashitah sebelum menolaknya jauh, masih lagi dengan riak bersahaja.

"Kenapa kau tanya? Kau dah rosakkan Kira,kau nak berpura-pura pula. Kau ni memang jantan tak guna!!!." Puan Mashitah menjerit. Dari tadi hanya dia je yang melalak. Semua orang hanya diam.

Mastura pandang kakak iparnya. 'Wah hebat betul Kak Ita berlakon.' Kemudian Mashitah memberi isyarat mata padanya.

"Ryan, dah tak ada guna kau nak buat-buat tak tahu. Kau mesti bertanggungjawab atas apa yang berlaku hari ni" Mastura menambah.

"Bertanggungjawab? Bertanggungjawab apa pulak?" Tanya Ryan sekali lagi.

"Aku tak kisah apa nak jadi sekalipun. Hari ni bersaksikan semua. Aku nak kau nikah dengan anak aku!" Puan Mashitah menghambur geram.

"Apa maksud Mak Ita saya kena nikah dengan anak Mak Ita" tanya Ryan. Kali ni dia berpeluk tubuh.

"Abang Ryan...maaf, Kira tertidur tadi. Tak sempat nak keluar." Tiba-tiba dia terdengar suara Syakirah dari arah katilnya.

Ryan berpaling dan melihat tubuh Syakirah atas katil yang menjadi tempat dia dan isterinya memadu kasih membuatkan darahnya menggelegak.

"Kau buat apa dekat sini? Kenapa kau ada atas katil aku?" Soalannya beralih pada Syakirah

"Abang...maafkan Kira tapi benda dah jadi. Kira tak tahu pula kita akan ditangkap macam ni." Syakirah buat-buat bersalah. Minta maaf tapi bukan menafikan, kata-katany memang sengaja mengiakan semua tuduhan itu.

"Ryan...apa semua ni?" Kedengaran suara Datin Haifa, lirih. Dari tadi dia membisu. Dia masih lagi terkejut.

Nasib baik hanya mereka bertiga dalam bilik tu. Kalau tidak sudah tentu dia malu besar melihat anaknya ditangkap basah dengan keadaan yang mengaibkan ini.

"Mummy tak percayakan Ryan?" Tanya Ryan pada mummynya. Dia tahu permainan apa yang sedang dimainkan oleh Puan Mashitah dan Syakirahz

"Nak percaya apa lagi. Dah bukti depan mata. Kira tu tak berbaju atas katil. Kamu pula baru lepas mandi dengan tanpa pakaian. Itu semua bukti yang kamu dah tidur dengan Kira. Aku tak kira. Kamu kena kahwin juga hari ni. Mana aku nak letak muka ni kalau semua orang tahu." Puan Mashitah buat-buat terduduk dan dia mula menangis.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now