Bab 36

222 4 0
                                    

Balik dari Honeymoon. Ryan dan Ardellia singgah di rumah Tan Sri Arfan. Nak memberikan buah tangan dari Sicily untuk papanya. Ryan juga bercadang untuk bermalam di rumah bapa mertuanya untuk satu malam. Sejak kahwin, dia tidak pernah bermalam disini jadi hari ni, masa yang sesuai untuk dia bermalam di rumah mertuanya.

"Sayang masuk dulu. Abang nak ambil beg.." Ryan membuka pintu untuk isterinya.

"Abang nak Bella tolong tak?" Tanya si isteri.

"Tak apa. Sayang pergi naik atas rehat. Dah makin pucat muka tu" Ryan lap peluh kecil di dahi isterinya.

Dalam flight. Ardellia muntah-muntah. Dah macam orang mabuk perjalanan pulak. Tidur je memanjang. Dia pun risaukan isterinya itu. Nak bawa ke klinik tapi Ardellia menolak. Degil! Nak marah tapi kan merajuk pulak, sudahnya diikut sahaja angin si isteri.

Ardellia senyum dan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Tersenyum melihat Mak Som yang sedang menunggu di pintu masuk. Pembantu rumah papanya itu sudah maklum akan kedatangan Ardellia dan Ryan jadi dia sudah mengemas dan menukar cadar di bilik Ardellia.

"Lia sihat?" Tanya Mak Som

Ardellia tunduk menyalami tangan pembantu rumahnya. Itu yang membuatkan Mak Som sangat menyayangi gadis ini. Adabnya dengan orang tua memang tidak pernah hilang. Walaupun dia berstatus lebih tinggi tapi dia tetap menghormati Mak Som selaku orang yang lebih tua.

"Lia penat sikit Mak Som, semalam dalam flight muntah-muntah. Mabuk perjalanan kot" Ardellia menjawab.

"Meh Mak Som bawa Lia masuk bilik. Tan Sri dan Puan Sri tak ada ni. Mereka keluar tadi jumpa kawan lama. Tapi Tan Sri cakap sekejap lagi dia balik, dia pun rindu nak jumpa Lia"

Ardellia mengangguk dan dia mengikuti langkah Mak Som mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Ryan mengetuk pintu bilik dan menolak daun pintu. Dilihat isterinya sedang bersandar di kepala katil. Wajah itu masih pucat tapi ada senyuman yang terlakar.

"Nak peluk!" Ardellia angkat kedua tangannya ke arah suaminya.

Ryan ketawa kecil. Dia tutup pintu dan luggage diletakkan di penjuru bilik sebelum dia menghampiri katil dan diraih tubuh si isteri dalam pelukan.

Ardellia senyum bila pelukan hangat suaminya menyapa tubuhnya. Terasa hilang semua kesakitannya.

"Nak tidur ke?" Tanya Ryan.

Haa itupun perangai pelik Ardellia baru-baru ni. Pantang ada masa terluang, mesti dia akan tidur.

Ardellia geleng. "Nak abang peluk je erat-erat"

Ryan senyum. Dia bersandar pada katil saiz King itu dan semakin menarik rapat tubuh si isteri ke dalam pelukan.

***
Mereka satu keluarga berkumpul di ruang makan untuk menikmati makan malam. Ardellia kelihatan mesra bercerita tentang tempat yang dia pergi kepada papanya.

Tan Sri Arfan senyum sahaja mendengar celoteh anak perempuannya itu. Sudah lama Ardellia tidak menunjukkan sisi manjanya seperti ini jadi Tan Sri Arfan hanya melayan sahaja setiap cerita sang anak.

Ketika mereka sedang berbual. Muncul Maria dan Farish dan sekaligus menghentikan cerita Ardellia. Muncul tak beritahu, nasib baik Ardellia masih berpakaian sopan dan bertudung.

Puan Sri Aisyah yang hanya diam dari tadi terus senyum dengan kemunculan anak dan menantunya itu. Sukalah dia sebab menghadap muka anak tirinya dari tadi buat dia rasa menyampah.

Tan Sri Arfan senyum melihat kemunculan Maria dan Farish. "Maria, Farish...kebetulan sungguh, semua anak menantu papa ada hari ni."

"Maria ni papa, balik dari check- up tadi dia cakap dia mengidam sangat nak makan lauk ikan pekasam Mak Som" Farish memberitahu.

Yang SempurnakankuWhere stories live. Discover now