Ardellia baru sahaja mengemaskan failnya ketika Nadia dan Agus mengajaknya makan tengahari. Crew yang lain juga sudah beransur pergi. Maklumlah hari ni hari Sabtu. Mereka kerja separuh hari.
"Korang pergilah. I nak susun file tu dulu sebab nanti I tak masuk office dah." Ardellia bergerak ke bilik rehatnya untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat zohor.
Selepas solat, dia buka telekungnya dan duduk atas sofa yang disediakan. Penat. Semalam dia tak cukup tidur. Alih-alih pagi ni, crewnya meminta dia datang bengkel sebab ada sedikit masalah. Sebagai ketua engineer, dia tidak boleh lepas tangan dan dia harus bertanggungjawab.
Mata dipejam sejenak. Masih ada sedikit urusan yang dia kena setelkan. Tunggulah bila Nadia dan Agus balik dari makan tengahari nanti. Boi pula mc sebab dia cirit birit semalam dan Aizat balik kampung nak mewalikan majlis perkahwinan adik perempuan dia.
Ketika Ardellia sedang melayan kantuknya. Dia dikejutkan dengan panggilan telefon. Dengan malas-malas dia bingkas bangun dan capai handphone yang dia letak atas meja.
Nombor yang tidak dikenali. Pada mulanya dia tidak mahu menjawab tapi memandangkan kebelakangan ini. Selalu sahaja ada panggilan masuk berkaitan urusan majlis perkahwinannya, jadi dia mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.
"Hello!"
Senyap.
"Hello? Siapa?"
Talian itu mati.
Ardellia dah pandang pelik. Baru sahaja dia nak pusing balik tubuhnya, tiba-tiba dia terasa ada orang yang menutup hidungnya dengan kain. Tak sempat bertindak. Hidungnya tanpa sengaja terhidu choloroform itu dan beberapa saat kemudian dia terus jatuh longlai.
***
"Kenapa kau tak ikut dia pergi bengkel?" Harith dah garu kepala."Aku mc la gila. Semalam Boi paksa aku makan mee kari tu. Tak tidur aku ulang alik pergi tandas." Jawab Asyraff.
Hilang wajah bekunya. Yang ada wajah pucat yang kepenatan. Kenapalah dia makan juga mee kari tu. Kang tak pasal-pasal dah jadi penunggu toilet.
Harith raup wajahnya. Mati kalau Ryan tahu tak ada seorang pun bodyguard bersama dengan Ardellia. Asyraff MC, dia pulak baru balik dari balai sebab ada kes. Harith itu pegawai polis dan kenalan rapat Ryan, jadi dia menerima tugas jadi bodyguard Ardellia. Tapi part time je.
***
Tap Tap TapBunyi tapak kasut seseorang dalam ruang rumah yang kosong itu mengejutkan Ardellia. Dia yang masih lagi mamai itu mencelikkan matanya berkali-kali. Apa jadi ni? Dia dekat mana? Kepalanya sedikit sakit. Mungkin kesan kloroform yang dia hidu tadi.
Ardellia cuba menggerakkan tangannya. Tapi tidak berjaya. Dia baru tersedar, kedua tangannya sedang terikat di belakang kerusi yang didudukinya. Kakinya turut terikat sama.
Matanya cepat pandang sekeliling. Ruang bilik yang kosong. Hanya ada sebuah katil yang berada di belakang kerusinya. Rumah siapa ni?
"Oh dah sedar ye princess?" Bunyi suara seseorang yang cukup dikenalinya mengalihkan pandangannya ke arah muka pintu bilik.
Syuhada!
"Kau! Apa kau buat ni?" Mata Ardellia mencerung tajam.
"Aku buat apa? Aku cuma nak halang kau dari menikahi bakal suami aku je!" Syuhada tersengih jahat.
Rambut blondenya dikibas. Tubuhnya hanya dibaluti sepasang mini dress paras paha dan dia memakai heels. Jauh berbeza penampilannya dari yang sebelum ni. Jadi inilah diri Syuhada yang sebenar?
"Munafik rupanya kau selama ni. Aku ingatkan kau ni acah-acah paling sopan, paling menutup aurat tapi pakaian kau mengalahkan aku yang tak menutup aurat ni" Ardellia memerli tajam.
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku
RomantizmArdellia Bella Clarissa, dia dihina dan dibuli sebab dia tidak sempurna. Tidak cantik dan tidak kaya. Cintanya juga ditolak oleh crushnya, Ryan Noah dengan alasan yang sama. 'Dia tidak sempurna'. Dia dimalukan oleh rakan sekelas sehingga dia berte...