"Congratulations. Puan Ardellia pregnant 3 weeks. So far kandungan dalam keadaan baik. Cuma badan puan agak lemah sebab dehydrated. Nanti I akan prescribe vitamin dan asid folik untuk dimakan sepanjang pregnancy puan" jelas Dr Sarah lagi.
Ryan dan Ardellia masih tidak percaya. Mereka memandang screen yang jelas menunjukkan imej kecil. Masih belum sempurna tetapi itu anak mereka. Benih cinta mereka berdua. Ryan mengenggam jemari isterinya sebelum dia mencium tangan Ardellia.
"Thank you my love" bisiknya dan Ardellia hanya senyum bahagia sambil melihat screen.
"Err...puan nak salinan sonogram ni?" Tanya Dr Sarah pula. Terasa menganggu pasangan itu.
"Yes please." Ardellia menjawab. Dia nak. Dia nak simpan kenangan sewaktu dia mengandungkan anaknya ini.
Selesai mengambil vitamin Ardellia. Mereka berdua berjalan ke kereta. Ryan membukakan pintu untuk isterinya dan dia cepat-cepat pergi ke tempat duduk pemandu.
Ardellia baru sahaja nak tarik seatbelt ketika tiba-tiba suaminya menariknya ke pelukan. Bulat matanya.
"Abang..." Ardellia terkejut dengan perilaku suaminya itu tetapi dia tetap menepuk bahu suaminya.
"Thank you sayang. Thank you for this gift. I love you so much" Ryan rungkaikan pelukan dan seluruh wajah isterinya dicium penuh kasih. Dahi, pipi, hidung dan terakhir sekali bibir.
Ardellia sudah tersengih setelah mendapat ciuman dari suaminya. Suka bila dirinya dimanjakan seperti itu.
"Kenapa sayang pandang abang macam tu?" Tanya Ryan pula.
"Saja. Suka bila abang cium Bella macam tu" ujarnya sambil menggigit hujung jarinya.
Ryan dah mencerlung tajam. Menggoda sungguh dia nampak isterinya sekarang ni. Sekali lagi wajah Ardellia di tarik dan bibir mereka melekap. Kali ini agak lama.
Ardellia melayan sahaja karenah suaminya, tidak sedar mereka masih lagi di kawasan parking. Nasib baik kereta bertinted gelap. Tak adalah orang dekat luar tengok freeshow kan.
Ryan lepaskan bibir Ardellia setelah isterinya itu menepuk-nepuk bahunya kerana tidak boleh bernafas.
"Abang ni...kita dekat luar la, malu kalau orang tengok" Ardellia sudah muncung, sedangkan dia suka je ciuman suaminya itu.
Ryan tersengih. "Sayang nampak menggoda sangat, dah jom kita balik rumah mummy. Mesti dia tak sabar nak tunggu kepulangan kita kali ni."
Keluar rumah pergi honeymoon, bawa balik cucu. Mesti kecoh lah rumah Datin Haifa. Tengoklah nanti kalau tak percaya.
***
"Alhamdulillah...syukur atas rezeki ni Ya Allah" Datin Haifa hampir menitiskan air mata bila anak dan menantunya memaklumkan tentang cucunya yang sedang dikandung Ardellia."Terima kasih Lia, sudi mengandungkan cucu mummy. Dah lama rumah ni tak meriah dengan suara baby. Adalah teman Rania nak bermain nanti" Datin Haifa usap jemari menantunya.
Sangkanya Ardellia dan Ryan akan merancang. Maklumlah Ardellia tu model dan Ryan pula sibuk dengan kerja. Dia tidak kisah pun kalau betul mereka berdua merancang sebab itu urusan anak dan menantunya tapi bila dia tahu akan kehadiran cucunya kali ini, dia rasa sangat terharu.
"Siapa je yang tahu tentang ni?" Tanya Datin Haifa lagi.
"Papa dengan Mak Som dah tahu. Kalau ikut ni. Mummy orang yang ke tiga" jawab Ardellia sambil tersengih.
"Lia gembira ke dengan kandungan ni?" Tanya Datin Haifa sambil merenung wajah jelita menantunya.
Ardellia menganguk. Terserlah senyuman manisnya. Nampak seri bakal ibu disitu. Dia sangat gembira selepas mendapat khabar yang dia hamil.
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku
RomanceArdellia Bella Clarissa, dia dihina dan dibuli sebab dia tidak sempurna. Tidak cantik dan tidak kaya. Cintanya juga ditolak oleh crushnya, Ryan Noah dengan alasan yang sama. 'Dia tidak sempurna'. Dia dimalukan oleh rakan sekelas sehingga dia berte...